wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Simpulan Bahasa Tahun 4

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Hisham menjadi ____________________ dalam pasukan Berjaya United selepas muncul sebagai penjaring gol terbaik Malaysia.

a)

ayam tambatan

b)

durian runtuh

c)

harga diri

d)

putih tulang

2.

Kes rompakan yang berlaku di Taman Impian Murni telah menjadi ______________________ penduduk di sekitarnya.

a)

buah hati

b)

kera sumbang

c)

makan hati

d)

buah mulut

3.

Kulit Rohana kemerah-merahan apabila terkena cahaya matahari. Oleh sebab itu, dia dipanggil _____________________ oleh kawan-kawannya.

a)

kaki bangku

b)

puteri lilin

c)

buah hati

d)

harga diri

4.

Sikap Mak Milah yang suka ____________________itu tidak disukai penduduk kampung.

a)

buah mulut

b)

kaki botol

c)

kerang busuk

d)

bawa mulut

5.

Allen dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun atas tuduhan ___________________.

a)

makan hati

b)

pisau cukur

c)

makan suap

d)

berat sebelah

6.

_______________ ibu Zaidi apabila mengetahui anaknya terlibat dengan kes rompakan di kedai emas baru-baru ini.

a)

lintah darat

b)

makan hati

c)

hancur hati

d)

berat hati

7.

Walaupun Pak Osman bergelar jutawan, namun, dia ___________________ dan tidak pernah menghulurkan bantuan kepada saudara-maranya yang miskin.

a)

berat sebelah

b)

tangkai jering

c)

telinga kuali

d)

hati batu

8.

Azlan berpura-pura ___________________ sejurus menyedari kepulangan ibunya.

a)

jinak-jinak merpati

b)

tidur-tidur ayam

c)

nyawa-nyawa ikan

d)

ajak-ajak ayam

9.

Encik Azman terpaksa ___________________ selepas syarikatnya mengalami kerugian akibat kegagalan projek pembinaan stesen kereta api di Melaka.

a)

gulung tikar

b)

mandi peluh

c)

cuci mata

d)

ganti tikar

10.

Sikap majikan yang suka ____________________ dan hanya memberi arahan mengundang ketidakpuasan hati dalam kalangan pekerja.

a)

serkap jarang

b)

duit kopi

c)

campur tangan

d)

lepas tangan

11.

Sikap pengadil yang ____________________ semasa perlawanan bola sepak antara Terengganu dan Kelantan mengundang kemarahan para penyokong.

a)

atas pagar

b)

berat sebelah

c)

harga diri

d)

putih tulang

12.

Harga barang-barang yang dijual di kedai itu ___________________ dan tidak boleh ditawar lag.

a)

tangkai jering

b)

tanda harga

c)

paku belanda

d)

durian runtuh

13.

Kakak mengambil dua keping roti sebagai ___________________ sebelum ke sekolah.

a)

buah mulut

b)

ikat perut

c)

makan suap

d)

alas perut

14.

Fiza sentiasa __________________ membantu ibunya mengemas rumah dan menjaga adik-adik.

a)

ringan tulang

b)

pasang telinga

c)

ringan tangan

d)

berat tulang

15.

___________________ itu nyaris dilanggar lori kerana berjalan secara terhuyung-hayang di tengah-tengah jalan raya.

a)

langkah kanan

b)

kaki botol

c)

kaki bangku

d)

kaki tipu