wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BENGKEL PENATARAN BA T4 KSSR SEMAKAN (slot 2)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Penulisan awalan dokumen ditulis di dalam bahasa Ibunda kerana _____________________

a)

BM adalah bahasa kebangsaan Malaysia

b)

majoriti guru bahasa Arab di Malaysia berbangsa Melayu

c)

berdasarkan penandaarasan kurikulum negara yang mengajar BA kepada penutur bukan Arab

d)

memudahkan bagi murid berbangsa Melayu untuk memahami DSKP

2.

DSKP BA digubal berdasarkan _______________________

a)

Falsafah Pendidikan Islam

b)

Falsafah Bahagian Pendidikan Islam KPM

c)

Falsafah Sektor Pendidikan Islam JPN

d)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

3.

Pembelajaran BA di sekolah rendah menumpukan _____________________

a)

pembelajaran dan penguasaan kemahiran bahasa sahaja

b)

pembelajaran dan penguasaan komunikasi sahaja

c)

penguasaan asas tatabahasa Arab yang asas

d)

penguasaan kemahiran menulis sahaja

4.

Bermula tahun 2, setiap perkataan yang ada di dalam DSKP KSSR Semakan perlu di _____________ oleh murid.

a)

SEBUT

b)

TULIS

c)

HAFAL

d)

DENGAR

5.

CEFR digunakan untuk mempelajari bahasa asing _________________

a)

di negara masyarakat multilingual

b)

di negara-negara Islam

c)

di negara Eropah sahaja

d)

di negara Barat

6.

Berikut adalah pendekatan CEFR kecuali ___________

a)

menekankan nahu wazifi

b)

menggunakan model kompetensi komunikatif

c)

menekankan nahu sahaja

d)

bertujuan melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi harian

7.

Berikut adalah profil murid Kemahiran Abad ke-21 kecuali ___________

a)

berdaya tahan

b)

pemikir

c)

patriotik

d)

perkauman

8.

Apakah tahap penguasaan minimum (TP) bagi subjek BA KSSR Semakan

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

9.

Kata kerja KBAT mewakili _________________

a)

Aras Taksonomi Bloom

b)

Aras bahasa Arab

c)

Aras Ekonomi

d)

Aras Taksonomi Minami

10.

Strategi PdPC BA yang berkesan buat masa ini ialah

a)

berpusatkan murid

b)

berpusatkan guru

c)

berpusatkan murid turus

d)

berpusatkan bilik darjah

11.

Mengapakah elemen "keusahawanan" dimasukkan di dalam PdPC seorang guru?

a)

untuk memberikan gambaran awal berkenaan dengan pekerjaan berkaitan keusahawanan kepada murid

b)

melatih murid ilmu matematik di dalam keusahawanan itu sendiri

c)

ciri keusahawanan seperti jujur, rajin, amanah dan bertanggungjawab itu perlu dipupuk di kalangan murid

d)

menjadikan keusahawanan itu sebagai matlamat seorang murid

12.

Berikut ialah jenis-jenis pentaksiran PBD kecuali ___________

a)

peperiksaan formatif

b)

peperiksaan sumatif

c)

pengujian fizikal murid

d)

pemerhatian

13.

Pernyataan seperti konsisten, menepati situasi dan mithali merujuk kepada TP _____________

a)

3

b)

4

c)

5

d)

6

14.

Seorang guru bahasa Arab menyesuaikan tema di dalam DSKP mengikut kesesuaian suasana persekolahan. Apakah konsep ini di sisi KSSR Semakan?

a)

Linear

b)

Modular

c)

Silibus

d)

Praktikal

15.

Apakah konsep yang digunakan untuk menterjemahkan unsur tatabahasa (nahu) di dalam DSKP BA Tahun 4 ini?

a)

Nahu Wazifi

b)

Nahu Wadhih

c)

Nahwi wa Sorfi

d)

Nahu Wafiy