NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu (Sabtu-04.05.2019)
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
Pilih perkataan sinonim yang sesuai dengan perkataan bergaris.
Bayi Kakak Fatin sedang tidur dengan nyenyak di atas katil.
lena
diam
lama
senyap
Pilih jawapan yang paling sesuai.
Sikap Asmah yang suka menyendiri seperti _______ itu menyebabkan rakan-rakannya memulaukannya.
patah hati
lipas kudung
kera sumbang
kambing hitam
Pilih jawapan yang paling sesuai.
__________ bayi Kakak Husna dipotong semasa majlis cukur jambul semalam.
Jejari
Sesiku
Rerambut
Rerumput
Pilih jawapan yang paling sesuai.
Semua ahli yang hadir diminta memberi _____ masing-masing dalam perbincangan meja bulat itu.
buah hati
buha pena
buah mulut
buah fikiran
Pilih jawapan yang paling sesuai.
Jalan di pekan lama itu _____ sehingga menyukarkan para pelawat.
huru-hara
ulang-alik
simpang-siur
kering-kontang
Pilih perkataan sinonim yang sesuai dengan perkataan bergaris.
Kami berasa curiga akan kata-kata Mo Joo kerana dia seorang yang tidak boleh dipercayai.
yakin
benar
sangsi
awas
Pilih jawapan yang paling sesuai.
Puan Rohaya masih menyimpan se______ kancing baju emas yang dihadiahkan oleh arwah ibunya.
gemal
rawan
keping
genggam
Pilih jawapan yang paling sesuai.
Puan Dina membeli tiga _____ tikar buluh dan _____ pasu tembikar dari sarawak.
keping.....sebiji
gulung.....sebiji
bidang.....sebuah
bidang.....sebentuk
Pilih jawapan yang paling sesuai.
Limpahan air yang urun dari bukit itu sangat _____ selepas hujan lebat.
ligat
deras
pantas
kencang
Pilih jawapan yang paling sesuai.
Angin _____ pada petang tadi telah menumbangkan beberapa batang pokok.
cepat
deras
pantas
kencang
Bawang merah itu _____ nipis-nipis oleh Priya sebelum dimasukkan ke dalam kuali.
dibelah
dibedah
disiang
dihiris
Pilih jawapan yang paling sesuai.
Pelayan restoran _____ dulang yang berisi makanan itu dengan berhati-hati.
menatang
menggalas
memegang
menjinjing
Pilih jawapan yang paling sesuai.
Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
sampai hati
pilih kasih
putih mata
salah urat
Pilih jawapan yang paling sesuai.
Mila menyampaikan berita sedih itu dengan suara yang _____.
tersengguk-sengguk
teresak-esak
tersekat-sekat
terjerit-jerit
