NEW
Font size
WorksheetsSemester 2 STPM - Sintaksis: Ragam Ayat
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Ayat yang manakah terkategori dalam ragam ayat?
I Ayat susunan songsang
II Ayat aktif tak transitif
III Ayat perintah
IV Ayat pasif
I dan II
II dan IV
I dan III
III dan IV
Buku itu telah saya baca.
Apakah jenis ragam ayat di atas?
Ayat aktif transitif
Ayat aktif tak transitif
Ayat pasif dengan imbuhan pasif
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama
Ayat yang manakah yang BUKAN ayat aktif tak transitif berpenerang?
Neneknya suka berkain batik.
Mereka mahu bermain badminton esok.
Kanak-kanak sedang seronok bermain di taman permainan.
Lelaki yang bertongkat kayu itu kemalangan ketika menyeberang jalan.
Ayat yang manakah yang merupakan ayat aktif transitif?
Adik-beradik itu asyik berbual setelah lama tidak bertemu.
Pekerja syarikat itu membersihkan longkang yang tersumbat.
Juadah berbuka sudah terhidang di atas meja ketika mereka sampai.
Beberapa orang pelajar masih berbincang mengenai ayat aktif transitif.
Pernyataan yang manakah BUKAN tentang ayat pasif?
Menggunakan frasa kerja yang berimbuhan di-
Frasa kerja diikuti oleh frasa nama sebagai objek
Kata kerja berimbuhan ber- yang diikuti kata sendi nama oleh
Terdapat juga kata kerja berimbuhan ter- yang diikuti kata sendi nama oleh
Ayat yang manakah merupakan ayat aktif transitif?
Pengetua sedang meneliti kertas cadangan itu.
Budak perempuan itu sedang menangis teresak-esak.
Pokok mempelam di depan rumah itu membesar dengan cepatnya.
Patung lilin yang dipamerkan itu menyerupai wajah sebenar tokoh tersebut.
Ayat yang manakah TIDAK boleh dipasifkan?
Wanita itu membaringkan anaknya di sofa.
Negarar itu membangun dengan pesat sekarang.
Dia menghidupkan enjin motosikalnya lalu beredar dari situ.
Jamal sudah mengirimkan bungkusan itu kepada nenek semalam.
Ayat yang manakah ayat aktif tak transitif berpelengkap?
I Mereka berlari ke arah pantai.
II Pegawai penyelidik tiba pagi tadi.
III Kami akan berkunjung ke rumahnya esok.
IV Kita perlu sentiasa berbuat baik terhadap jiran tetangga.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Ayat yang manakah yang mempunyai kata kerja berpenerang?
Budak itu berjaya merenangi sungai itu.
Abang beroleh pendapatan yang lumayan.
Cincin pertunangannya bersalut emas 18 karat.
Mereka menetap di kampung itu sudah agak lama.
Ayat yang manakah mengandungi frasa kerja yang diikuti oleh objek?
Adik mahu menjadi tukang masak.
Dua ekor kucing itu sedang bergaduh di halaman rumah.
Pemuda itu semakin tampan apabila dia berbaju Melayu.
Mak Milah memasak rendang daging untuk hidangan hari raya.
Ayat yang manakah merupakan ayat pasif kata ganti nama diri kedua?
Pelanggan itu belum kami temui lagi.
Kamu hendaklah berbaik-baik dengan jiran.
Tuala yang sudah digunakan anda sangkutkan pada palang.
Menjelang minggu hadapan, semua tugas harus kita selesaikan.
Ayat yang manakah yang mengandungi frasa kerja dengan pelengkap?
Budak itu masih berada di asrama anak yatim.
Ibu dan bapa saya masih belum pulang dari pekan.
Penceramah bebas itu baru bertolak dari Kota Kinabalu.
Anak bongsunya masih mahu berehat di rumah neneknya.
Antara yang berikut, yang manakah ayat aktif tak transitif?
Bapa saudaranya membuka syarikat baharu di Melaka.
Penduduk kampung diarahkan agar berwaspada dengan kejadian itu.
Menulis rencana tentang masalah kekerluargaan tugasnya dalam penerbitan majalah tersebut.
Semua petak bendang datuk Majid di daerah Pendang di Kedah sedang berbuah dengan lebatnya.
Pernyataan yang manakah yang BENAR tentang ayat aktif transitif?
Ayat aktif transitif menggunakan perkataan yang berimbuhan ber-.
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul.
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mementingkan subjek asal sebagai judul.
Ayat aktif transitif ialah ayat yang tidak memerlukan penyambut selepasa frasa kerja transitifnya.
Pernyataan yang manakah yang TIDAK benar tentang ayat pasif.
Ayat pasif boleh juga menggunakan imbuhan ter- dan ber-.
Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul.
Ayat pasif ialah ayat yang mementingkan subjek asal sebagai judul.
Ayat pasif kata ganti nama diri pertama ialah ayat mengandungi kata ganti nama diri kedua yang diikuti oleh kata kerja pasif.
Ayat yang manakah yang mengandungi dua objek?
Kakak memberi ibu wang setiap bulan.
Kemudahan jalan raya memudahkan kegiatan seharian penduduk.
Mereka mengedarkan buku atur cara program itu kepada setiap peserta.
Bandar raya itu akan menikmati kemudahan perkhidmatan transit aliran ringan.
Ayat yang manakah yang TIDAK menepati struktur ayat pasif?
Harga makanan itu telah saya bayar.
Pemandu jentolak itu kena saman semalam.
Projek itu belum lagi diselesaikan oleh kamu berdua.
Penduduk kampung kebingungan oleh peristiwa pelik itu.
Yang manakah ayat yang menepati binaan ayat pasif?
Penjenayah itu tertembak di bahagian dadanya.
Mereka terdengar bunyi tembakan dari arah hutan.
Kereta mewah milik orang kaya itu terlanggar tiang telefon.
Cadangan yang lengkap perlu dihantar oleh kita dua hari lagi.
Yang manakah ayat pasif?
Pahlawan itu terangkat besi yang berat itu.
Besi yang berat itu terangkat oleh pahlawan itu.
Budak yang nakal itu terlanggar pemuda yang gemuk.
Terlanggar pemuda yang gemuk budak yang nakal itu.
Ayat aktif transitif yang manakah yang mengandungi satu objek?
Mak Teh menjahitkan saya baju kurung.
Allah sentiasa menganugerahi hamba-Nya rezeki.
Budak-budak itu menganggap Pak Lamin ayah mereka.
Tuan rumah sedang menghidangi tetamunya nasi dagang.
