Font size
WorksheetsPeribahasa
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
Nasi sudah menjadi bubur
Hukuman yang muktamad
Kerja dikongsi, untung diambil sendiri
Serba tidak sempurna
Sudah terlanjur
Antara berikut peribahasa yang hampir sama maknanya dengan peribahasa "kais pagi, makan pagi "
Kain tersangkut, kain tinggal
Kain tak cukup sebelit pinggang
Kais dulu maka makan
Kain sehelai sepinggang habis
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas.
Anak wayang
Ringan tulang
Bagai menatang minyak yang penuh
Anak ghara
Terangkan maksud peribahasa " seperti kera kena belacan"
Orang yang menurut kemahuan orang besar atau orang pandai.
Melakukan pekerjaan dengan pantas
Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Tidak boleh duduk diam
Setelah berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya. Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas
sedangkan lidah lagi tergigit.
bagaikan anak ayam kehilangan ibu
keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.
mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang
Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Romzy pulang semula ke kampung halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram. Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas.
Ayam tambatan
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
burung terbang dipipiskan lada
kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas.
Ada rupa, ada harga
Ada pasang surut
cubit paha kanan, paha kiri terasa juga
seperti murai dicabut ekor
Terangkan maksud peribahasa " sudah jatuh ditampa tangga"
Setelah ditipu atau mendapat sesuatu kemalangan, barulah hendak beringat atau berjaga-jaga
Seseorang yang malang, berturut-turut mendapat kesusahan
Seseorang yang malas berusaha, pasti hidupnya susah
Seseorang yang membuat kesalahan, semua orang terlibat sama
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat di bawah.
Puan Hasnita berasa gembira kerana akhirnya kedua-dua orang anaknya sudah berbaik semula setelah berbulan- bulan berselisih faham. Hal ini diibaratkan
pahit dahulu, manis kemudian
hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah
kecil api menjadi kawan, besar
menjadi lawan
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Peribahasa "pukul anak sindir menantu" bermaksud
membuat dua kerja sekali gus
memburuk-burukkan nama baik keluarga
mengata-ngatai orang, tetapi sebenarnya kata-kata itu ditujukan kepada orang lain
mencela orang lain tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi
Sikap Karina memanjakan Anisah jadikan anaknya itu semakin ____________ dan tidak mahu berusaha sendiri.
batu api
banyak lemak
batu loncatan
bangkai bernyawa
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.
Hubungan yang erat antara Hui Beng dengan Zarinah menyebabkan mereka sering diperhatikan bersama-sama tidak kira di mana-mana sahaja. Hubungan antara mereka itu tepat dengan peribahasa
Bagai aur dengan tebing
Bagai dakwat dengan kertas
Seperti cincin dengan permata
Bagai mentimun dengan durian
Rubiah berasa _______________ kerana dipilih untuk mewakili kelasnya dalam pertandingan perbahasan. Peribahasa yang paling sesuai ialah
berat hati
besar hati
iri hati
ambil hati
Antara berikut, yang manakah merupakan maksud peribahasa " bagai pungguk rindukan bulan"
Orang yang hidup menyendiri tanpa banyak kawan di sisinya
Orang yang menanti-nantikan peluang untuk memperoleh keuntungan
Orang yang mengidam-idamkan gadis yang jelita namun hasratnya gagal dicapai
Orang yang berasa rindu akan peristiwa masa silam yang menimbulkan kenangan manis
