NEW
Font size
WorksheetsTatabahasa BM Tahun 3 (Unit 1 - 24)
Total questions: 55
Worksheet time: 30mins
Klinik ibu saudara Anis terletak di ___________.
Taman Sentosa
Taman Indah
Klinik Haiwan Mulia
Klinik Haiwan Sentosa
Varuni dan Ming Jun tiba di Pusat Sains Negara. ___________ melawat ke bahagian pameran sains.
Kami
kami
Mereka
mereka
Cikgu Tan bangun awal. ___________ perlu menyambut kedatangan murid di sekolah.
Dia
Beliau
Saya
Kamu
Datuk memakai ___________ cermin mata untuk membaca surat khabar di ruang tamu.
sebuah
sebatang
sekeping
sepasang
Ibu menggunakan __________ payung semasa berjalan kaki ke pasar pagi kerana hujan.
sebuah
sebatang
sekaki
seutas
Nenek Kim Ho sedang __________ ayam untuk kami sekeluarga di dapur.
mengukus
memanggang
memasak
mencuci
Amira sedang __________ bersama ibu dan neneknya di dapur.
membuat kuih
makan kuih
menjual kuih
membeli kuih
Sisa makanan __________ dengan beg plastik sampah.
mengikat
diikat
membungkus
dibungkus
Siew Min berasa takut untuk memanjat tangga (楼梯) yang __________ .
tinggi
rendah
panjang
pendek
Udara di pantai sangat __________ .
busuk
nyaman
wangi
cantik
Suasana di pantai amat __________ .
senyap (安静)
riuh
sunyi (宁静)
bising
Ayah berdiri __________ melihat juruteknik membaiki (修理) lampu yang rosak
untuk
di
supaya
dengan
Adik mahu bermain dengan suis elektrik __________ dilarang (被阻止) oleh ibu.
kerana
untuk
tetapi
supaya
Rasimi memberikan nasihat tentang bahaya elektirk __________ Fanly.
daripada
kepada
pada
dari
Rak-rak buku terletak di __________ bilik darjah.
antara
sebelah
sudut
atas
Terdapat sebuah pondok di __________ dua batang pokok.
tengah
antara
tepi
dekat
Kanak-kanak diminta supaya __________ melintas jalan sesuka hati.
sila
bukan
tidak
jangan
__________ semua murid memberikan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan.
Harap
Tolong
Jangan
Sila
__________, cantiknya baju kurung anda!
Oh
Aduh
Cis
Wah
__________, sakitnya kaki aku!
Ah
Cis
Aduhai
Aduh
Saya __________ makan laksa. Tolong belikan saya mi goreng.
tidak
bukan
Perempuan yang cantik itu __________ kakak saya.
tidak
bukan
Yang manakah kata dasar untuk "membawa"?
bawa
awa
Yang manakah imbuhan yang sesuai untuk "tulis"?
men
me
mem
meng
Yang manakah imbuhan yang sesuai untuk "cat"?
mem
men
meng
menge
Yang manakah imbuhan yang sesuai untuk "ambil"?
me
men
meng
menge
Kim Ho menggunakan __________ untuk menelefon Fendi.
telefon pintar
telefon awam
komputer riba
Hanif memakai __________ untuk latihan sukan di padang.
pakaian sekolah
pakaian sukan
pakaian tradisional
Murid-murid menggunakan __________ untuk bermain badminton.
bola tampar
bulu tangkis
bulu ayam
bola sepak
Ayah menggantung _________ pada dinding ruang tamu.
gambar-gambar
buku-buku
botol-botol
poster-poster
Ayah menjemput __________ yang datang ke rumah dengan mesra.
pengunjung
tetamu
kura-kura
kekuda
Ibu Vimala membeli __________ di pasar pagi untuk memasak kari ayam.
turun-temurun
kuih-muih
lauk-pauk
rempah-ratus
Ibu Yen Ni membeli __________ dari Warung Sri Kandar di tepi jejantas.
lauk-pauk
rempah-ratus
kuih-muih
rumput-rampai
__________, sakitnya kepala aku!
Aduh
Aduhai
Amboi
Ah
__________, cantiknya kakak Vimala!
Eh
Amboi
Aduh
Cis
__________ perhatian, murid-muird. Hari ini, kita akan belajar cara untuk membuat kolam.
Tolong
Minta
Harap
Sila
__________ catat maklumat di dalam buku nota anda.
Harap
Jangan
Tolong
Sila
Pilih ayat tanya yang sesuai.
Di manakah kamu pergi ke Kuala Lumpur?
Bagaimanakah kamu pergi ke Kuala Lumpur?
Berapakah kamu pergi ke Kuala Lumpur?
Bilakah kamu pergi ke Kuala Lumpur?
Pilih ayat tanya yang sesuai.
Mengapakah Pak Cik Hadi menghantar susu kambing?
Siapakah Pak Cik Hadi menghantar susu kambing?
Bagaimanakah Pak Cik Hadi menghantar susu kambing?
Di manakah Pak Cik Hadi menghantar susu kambing?
Pilih ayat tunggal.
Kim Ho dan Fendi bermain bola sepak di padang.
Varuni membeli roti canai dari Nasi Kandar Hadi.
Ajay sedang menyapu lantai sambil mendengar lagu di ruang tamu.
Kamu suka minum kopi atau teh?
Pilih ayat majmuk.
Siew Min sedang berehat di bawah pokok yang rendang.
Datuk Guan Hong sedang minum air kopi di ruang tamu.
Fendi membuka kasut lalu masuk ke rumahnya.
Vimala sedang mencuci tangan di singki.
Terdapat __________ pisang yang masak di atas pokok pisang.
sebatang
sebiji
sebuah
setandan
Ajay membeli tiga __________ kek di kedai kek yang berhampiran dengan rumahnya.
potong
keping
buah
tandan
Ibu Vimala membeli __________ baju putih di pasar malam.
sekeping
sehelai
serumpun
sekawan
Saya mencuci tangan dengan sabun yang __________.
busuk
harum
panas
sejuk
Kim Lin memakai baju yang berwarna __________ semasa menunggang basikal pada waktu malam.
gelap
cerah
nyaman
indah
Kita haruslah belajar dengan bersungguh-sungguh __________ kita akan berjaya pada masa hadapan.
kerana
lalu
supaya
tetapi
Kok Meng sedang memotong rumput __________ belakang rumah.
pada
dari
ke
di
Pilih kata dasar untuk perkataan "menanam".
nanam
anam
tanam
enanam
Pak Cik Man memakai sepasang __________ semasa mengisi air di dalam reban ayam.
paip getah
kasut getah
sarang telur
penyapu lidi
Pilih ayat perintah yang betul.
Sila bawa pensel warna ke sekolah pada hari esok.
Kim Seng membawa pensel warna ke sekolah.
Siapakah yang membawa pensel warna ke sekolah?
Amboi, cantiknya kotak pensel warna ini!
Pilih ayat seru yang betul.
Wah, besarnya rumah banglo ini!
Di manakah rumah banglo ini?
Tolong cat dinding rumah banglo ini.
Ayah Ming Jun telah membeli sebuah rumah banglo.
Pilih ayat tanya yang sesuai.
Mengapakah Fanly tidak datang ke sekolah?
Fanly tidak datang ke sekolah kerana kakinya sakit.
Eh, Fanly tidak datang ke sekolah!
Jangan tidak datang ke sekolah pada hari esok.
Pilih kata kerja aktif transitif yang betul.
menerima hadiah
berlari di padang
berucap di atas pentas
menyanyi di dalam bilik
Pilih kata kerja aktif tak transitif yang betul.
berjalan ke sekolah
membaca buku
menyiram pokok bunga
menggemburkan tanah
