wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa istana

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Sultan Muazzam Shah _______________ agar kawalan keselamatan di perairan negara diperketatkan.

a)

berkata

b)

bertitah

c)

bersabda

d)

berfirman

2.

Permaisuri Cempaka Biru menjadi _______________ apabila mengetahui putera baginda gering.

a)

gundah gulana

b)

riang gembira

c)

suka duka

d)

tertawan rasa

3.

______________ istana sibuk menyiapkan persalinan permaisuri Zubaidah di kamar.

a)

Permaisuri

b)

Pawang

c)

Hulubalang

d)

Dayang

4.

Dalam istiadat itu, Raja Muda telah _______________ sepersalinan pakaian kebesaran kepada Datuk Laksamana Hang Nadim.

a)

menobatkan

b)

mengistiharkan

c)

menganugerahkan

d)

mencanangkan

5.

Putera Indera Budiman tidak dibenarkan keluar dari kawasan istana kerana baginda __________.


a)

garang

b)

guring

c)

garing

d)

gering

6.

Para pembesar kerajaan dan rakyat jelata berhimpun di ________________ untur mendengar titah sultan.

a)

singgahsana

b)

peterana

c)

balairong

d)

tahta

7.

Setelah kemangkatan Sultan Malik Shah, Raja Muda Kamarulzaman menaiki _________ kerajaan negeri Inderapura.


a)

tangga

b)

tahta

c)

kursi

d)

bahtera

8.

Dalam pertandingan ____________ tenaga itu, Hang Mahmud telah mengalahkan Panglima Awang.

a)

adu

b)

lawan

c)

gusti

d)

laga

9.

Sepanjang malam Tengku Zarina tidak dapat ___________ memikirkan kesihatan baginda sultan yang semakin tenat.

a)

berjaga

b)

bersiram

c)

beradu

d)

bersantap

10.

" Izinkan ________ mengambil keris di dalam almari itu," kata Panglima Toha kepada pengawal istana

a)

beta

b)

patik

c)

baginda

d)

hamba

11.

Putera bongsu sedang nenyak beradu di _________ peraduan.

a)

tahta

b)

kamar

c)

bilik

d)

istana

12.

Baginda sultan telah berkenan ________________ untuk merasmikan bangunan baharu sekolah ini.

a)

merafak sembah

b)

memohon mengadap

c)

mencemar duli

d)

memberi kurnia

13.

Beberapa orang ___________ telah diundang ke istana untuk menyembuhkan penyakit permaisuri.

a)

soldadu

b)

tabib

c)

penekar

d)

bentara

14.

____________ Sultan Najimuddin ke negeri atas angin diiringi oleh para pembesar negeri.

a)

Kemangkatan

b)

Keberangkatan

c)

Keberadaan

d)

Kepahlawanan

15.

Tuah lima bersaudara menerima _______ daripada paduka Sultan Mahmud Shah.

a)

hadiah

b)

kurnia

c)

petaka

d)

kuasa