NEW
Font size
WorksheetsKUIZ SASTERA IKHTISAS (MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Ilmu ekonomi mengkaji tentang
tingkah laku manusia untuk memilih barangan yang terhad bagi mencapai keuntungan maksimum
bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas
bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang tidak terhad untuk mencapai kepuasan maksimum
tingkah laku manusia untuk membuat keputusan bagi mengeluarkan barangan yang tidak terhad untuk menyelesaikan masalah ekonomi
Kehendak manusia yang tidak terbatas menunjukkan bahawa
keinginan manusia untuk memiliki sesuatu barang adalah tinggi
cita rasa setiap manusia terhadap sesuatu barang adalah berbeza-beza
kesemua keinginan manusia tidak dapat dipenuhi dengan sumber yang ada
cita rasa manusia sentiasa berubah dalam membuat pilihan terhadap sesuatu barang
Apakah faktor yang menyebabkan unit ekonomi membuat pilihan?
Kekurangan sumber ekonomi
Kehendak manusia yang terhad
Pengeluaran dilakukan oleh firma
Semua barang melibatkan kos lepas
Sistem ekonomi berbeza berasaskan ciri yang berikut kecuali
jenis barang
pemilikan sumber
keputusan agihan barang
keputusan peruntukan sumber
Kecekapan dalam konteks keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan
wujud lebihan sumber ekonomi
tiada pembaziran sumber ekonomi
penghasilan output yang minimum
penggunaan input yang maksimum
Antara berikut manakah yang merupakan profesion perakaunan yang boleh diceburi?
Juru audit
Perancang perniagaan
Perancang bandar
Arkitek
Tujuan Penyata Pendapatan disediakan adalah untuk...
Mengetahui kedudukan kewangan perniagaan
Menunjukkan jumlah aset dan liabiliti perniagaan
Mengetahui untung atau rugi bersih
Mengira ekuiti pemilikdan liabiliti perniagaan
Invois yang diterima oleh kedai Omar daripada syarikat Muiz diberi potongan diskaun niaga 20%. Apakah tujuan syarikat Muiz berbuat demikian?
Menghabiskan inventori lama
Mengelakkan berlakunya hutang lapuk
Menggalakkan Kedai Omar membayar segera
Menggalakkan kedai Omar membeli dengan banyak
Urusniaga manakah yang mengurangkan aset dan liabiliti perniagaan?
Terima pinjaman dari bank
Bayar pembekal dengan cek
Beli barang niaga secara tunai
Ambilan stok untuk kegunaan peribadi
Manakah yang merupakan hasil operasi bagi Kedai Perabot Baiduri.?
Sewa diterima
Jualan set meja makan
Faedah atas simpanan
Untung atas pelupusan kenderaan
Antara berikut yang manakah merupakan elemen definisi perniagaan?
Sumber modal
Aktiviti jual beli
Proses Perniagaan
Milikan Perniagaan , Perkongsian , Syarikat dan Koperasi.
Apakah faktor Input bagi kilang roti ?
Cara pembungkusan roti
Tepung Gandum
Jenama roti
Semua di atas
Reen sebagai seorang usahawan cuba memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dengan menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Antara berikut yang manakah berkaitan tentang pernyataan di atas ?
Maksud Perniagaan
Proses Perniagaan
Milikan Tunggal
Kepentingan Perniagaan
PENGELUARAN , PEMASARAN , KEWANGAN , SUMBER MANUSIA. Apakah kaitan di atas dengan sesebuah perniagaan ?
Peranan usahawan
Fungsi perniagaan
Untuk memaksimumkan keuntungan
Proses perniagaan
Aznal menghasilkan pelbagai jenis perabot, dia mendapatkan kayu dari Tauke Lim untuk menghasilkan perabot. Siapakah Tauke Lim?
Pekerja
Pesaing
Pembekal
Pelabur
Berikut adalah langkah–langkah menyelesaikan tugasan dalam organisasi kerja kecuali
Menetapkan matlamat yang jelas
Membina carta organisasi
Tidak menetapkan jangka masa tugasan
Mengerjakan tugasan dengan tema yang biasa dilaksanakan
Berikut merupakan kepentingan semangat kerja sepasukan kecuali
Mengeratkan hubungan dan kerjasama dalam pasukan masing-masing sahaja
Menghasilkan idea yang bernas melalui permuafakatan
Menjimatkan masa yang ditetapkan dalam menyelesaikan tugas
Mengurangkan masalah melalui jalan penyelesaian yang dipersetujui secara bersama
Berikut merupakan kepentingan budaya kerja positif kecuali
Bekerja mengikut garis masa (carta gantt)
Mengikut arahan dengan betul
Memberi arahan sepanjang masa
Menjaga kebersihan dan kekemasan ruang kerja
Apakah salah satu kaedah mengekalkan hubungan baik dalam pasukan
Komited terhadap tugasan
Berkomunikasi secara tertutup
Mewujudkan konflik atau perselisihan faham
Memelihara dan mengekalkan hubungan baik dengan orang yang disukai sahaja
Nyatakan satu kaedah untuk mendapatkan maklumbalas peningkatan kendiri
Ujian Psikometrik
Ujian SEGAK
Ujian Isokinetik
Ujian Psikologi
