wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Mahkamah-mahkamah Khas

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?

a)

Perbuatan rasuah

b)

Perbuatan minum arak

c)

Pengambilan anak angkat

d)

Pembahagian harta pusaka

2.

Yang manakah antara pernyataan yang berikut adalah benar tentang Mahkamah Kanak-Kanak?


I. Membicarakan pesalah muda berumur di bawah 18 tahun yang melakukan keslahan memeras ugut

II. Membicarakan pesalah muda berumur di bawah 18 tahun yang melakukan kesalahan membunuh

III. Disidangi oleh seorang Majistret dan dibantu oleh dua orang penasihat

IV. Boleh mengenakan hukuman penjara terhadap pesalah

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

3.

Antara berikut yang manakah tidak benar tentang Mahkamah Kanak-kanak?

a)

Mahkamah kanak-kanak wujud di setiap negeri

b)

Perbicaraan di Mahkamah Kanak-Kanak dijalankan secara tertutup

c)

Mahkamah Kanak-Kanak boleh membebaskan pesalah dengan ikat jamin

d)

Keputusan Mahkamah Kanak-Kanak tidak boleh dirayu di Mahkamah Tinggi

4.

Yang manakah antara yang berikut benar tentang sistem mahkamah di Sabah dan Sarawak?


I. Sabah dan Sarawak tidak mempunyai Mahkamah Tinggi

II. Sabah dan Sarawak mempunyai Mahkamah Bumiputera

III. Bilangan peringkat Mahkamah Bumiputera di Sabah dan Sarawak adalah sama

IV. Hakim Besar Sabah dan Sarawak mengawal sistem kehakiman awam di negeri-negeri itu

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

5.

Mahkamah ini terdiri daripada Mahkamah Bumiputera, Mahkamah Pegawai Daerah dan Mahkamah Rayuan Bumiputera.


Mahkamah yang dimaksudkan di atas ialah

a)

Mahkamah Sesyen

b)

Mahkamah Tentera

c)

Mahkamah Bumiputera Sarawak

d)

Mahkamah Bumiputera Sabah

6.

Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kesalahan yang dilakukan oleh pesalah yang berumur di bawah 18 tahun, melainkan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman bunuh.


Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan

a)

Mahkamah Sesyen

b)

Mahkamah Kanak-kanak

c)

Mahkamah Majistret

d)

Mahkamah Bumiputera

7.

Yang manakah antara berikut tidak benar tentang Mahkamah Bumiputera di Sabah dan Sarawak?

a)

Mahkamah Bumiputera menjadi sebahagian daripada mahkamah di Sabah dan Sarawak

b)

Mahkamah Bumiputera tidak menjadi sebahagian daripada mahkamah di Semenanjung Malaysia

c)

Mahkamah Bumiputera berkuasa membicarakan kes-kes yang bersabit dengan adat anak negeri

d)

Mahkamah Bumiputera berkuasa untuk membicarakan kes-kes jenayah dan kesalahan lalu lintas

8.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Mahkamah Kanak-kanak?


I Membicarakan semua kesalahan juvenil termasuk kesalahan membunuh

II Menjalankan perbicaraan secara tertutup

III Memerlukan seorang Majistret dan dua orang penasihat

IV Menjatuhkan hukuman denda atau penjara

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

Mahkamah Bumiputera Sarawak


I Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputera

II Mahkamah Ketua Kampung

III Mahkamah Bumiputera Residen

IV Mahkamah Daerah Bumiputera


Berdasarkan jadual di atas, susun semula struktur Mahkamah Bumiputera Sarawak mengikut urutan bidang kuasa dari bawah ke atas.

a)

II, I, III, IV

b)

II, I, IV, III

c)

I, II, III, IV

d)

II, III, I, IV

10.

Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Jemaah Pengampunan berkuasa untuk mengampunkan kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di

a)

Mahkamah Majistret

b)

Mahkamah Tinggi

c)

Mahkamah Syariah

d)

Mahkamah Sesyen

11.

Yang manakah benar tentang Mahkamah Khas Raja-raja?


I. Sultan yang dibicarakan boleh mengampunkan kesalahan diri sendiri

II. Dakwaan terhadap sultan perlu mendapat kebenaran Peguam Negara

III. Perbicaraan di Mahkamah ini melibatkan seorang hakim sahaja

IV. Mahkamah ini membicarakan kesalahan-kesalahan sultan mengikut prosedur Mahkamah Awam

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

12.

Yang manakah merupakan sebahagian daripada Mahkamah Syariah?


I. Mahkamah Khas Syariah

II. Mahkamah Tinggi Syariah

III. Mahkamah Rayuan Syariah

IV. Mahkamah Majistret Syariah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Yang manakah akan dibicarakan di Mahkamah Syariah?


I. Seorang gadis Cina berjudi di khalayak ramai

II. Seorang gadis bukan Melayu telah tinggal serumah dengan seorang lelaki

III. Seorang gadis Melayu telah menyertai pertandingan ratu cantik Malaysia

IV. Seorang lelaki India beragama Islam telah menyebarkan ajaran bertentangan dengan Islam

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

14.

Yang manakah antara mahkamah berikut membuat keputusan berdasarkan suara majoriti?


I. Mahkamah Buruh

II. Mahkamah Bumiputera

III. Mahkamah Khas Raja-raja

IV. Mahkamah Tuntutan Kecil

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Yang manakah merupakan anggota Mahkamah Bumiputera Sabah?


I. Ketua Menteri

II. Pegawai Daerah

III. Ketua Bumiputera

IV. Yang di-Pertua Negeri Sabah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV