wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TAHUN 3

Total questions: 55

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.

a)

orang

b)

haiwan

c)

makhluk

d)

ternakan

2.

Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.

a)

kelapa sawit

b)

bunga

c)

getah

d)

padi

3.

Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.

a)

hati

b)

ubat

c)

gula

d)

garam

4.

__________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.

a)

Batik

b)

Dodol

c)

Gamelan

d)

Tarian Inang

5.

__________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.

a)

Nyanyian

b)

Masakan

c)

Pakaian

d)

Tarian

6.

__________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.

a)

Gadis

b)

Wanita

c)

Pemudi

d)

Pemuda

7.

Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.

a)

doktor

b)

perwira

c)

mekanik

d)

pemandu

8.

Mereka selalunya bermesyuarat di __________.

a)

bilik gerakan

b)

bilik bacaan

c)

bilik stor

d)

bilik air

9.

Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput.

a)

sumpah-sumpah

b)

angkut-angkut

c)

kisi-kisi

d)

api-api

10.

Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu.

a)

labu-labu

b)

kisi-kisi

c)

dekak-dekak

d)

kuda-kuda

11.

__________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.

a)

Budak-budak

b)

Kanak-kanak

c)

Lelaki-lelaki

d)

Pelajar-pelajar

12.

__________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.

a)

Batu-batan

b)

Tanah-tanih

c)

Bukit-bukau

d)

Kayu-kayan

13.

Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.

a)

dalam

b)

bawah

c)

tengah

d)

atas

14.

__________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.

a)

Buah-buah

b)

Buku-buku

c)

Bekas-bekas

d)

Barang-barang

15.

Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan kawan-kawannya di _________pokok rambutan.

a)

tepi

b)

atas

c)

bawah

d)

belakang

16.

Cikgu Rozita merupakan bekas __________ di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.

a)

murid

b)

pelatih

c)

pelajar

d)

mahasiswa

17.

__________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu.

a)

Daun

b)

Batang

c)

Pelepah

d)

Mayang

18.

Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.

a)

poskad

b)

majjalah

c)

surat khabar

d)

surat berdaftar

19.

Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.

a)

Arnab

b)

Kucing

c)

kambing

d)

kura-kura

20.

Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Ptoton buatan __________.

a)

Malaysia

b)

Korea

c)

Jepun

d)

China

21.

Pada hari __________ yang lalu, Farid dan abangnya menunaikan solat di Masjid al-Falah di kampung mereka.

a)

Isnin

b)

Rabu

c)

Ahad

d)

Jumaat

22.

Orang ramai berkumpul di __________ itu untuk mendengar ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Dato Dr. Fadzillah Kamsah.

a)

kedai

b)

rumah

c)

dewan

d)

masjid

23.

Kaum __________ diingatkan supaya tidak terpedaya dengan jualan murah sewaktu berbelanja.

a)

gadis

b)

isteri

c)

betina

d)

wanita

24.

Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya menambahkan hasil tangkapan __________.

a)

pesawah

b)

penoreh

c)

nelayan

d)

petani

25.

Kita sebagai __________ Malaysia hendaklah menghormati undang-undang negara.

a)

pelancong

b)

pendatang

c)

rakyat

d)

murid

26.

Sofea dihadiahi ayahnya sebuah __________ kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun lalu.

a)

motosikal

b)

basikal

c)

kereta

d)

beca

27.

Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjadikan Lata Ulu Kenas sebagai pusat __________.

a)

perkhemahan

b)

pelancongan

c)

petempatan

d)

perkampungan

28.

Walaupun Suraya dan Tania bukan adik-beradik tetapi _______________ sangat rapat seperti isi dengan kuku.

a)

dia

b)

kita

c)

kami

d)

mereka

29.

Kemalangan yang berlaku di bawah ____________itu menyebabkan kesessakan lalu lintas.

a)

jejantas

b)

jambatan

c)

lapangan

d)

bangunan

30.

Haziq merupakan satu-satunya __________ yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.

a)

dekan

b)

pelajar

c)

profesor

d)

pensyarah

31.

Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh _________ dengan suara yang lantang.

a)

juruulas

b)

juruacara

c)

jurucakap

d)

juruhebah

32.

Penduduk Kampung Sira bergotong-royong membaiki __________ yang rosak itu.

a)

jambatan

b)

jejambat

c)

jejantas

d)

jejari

33.

Tiang telefon di hadapan rumah Elena condong akibat dipukul __________ semalam.

a)

ribut

b)

hujan

c)

angin

d)

panas

34.

Puan Rosnah dikejarkan ke __________ kerana darah di kakinya tidak berhenti mengalir.

a)

pasar

b)

pejabat

c)

hospital

d)

bengkel

35.

__________ itu tersenyum manis sambil menghidangkan minuman kepada penumpang.

a)

Seniwati

b)

Pramugari

c)

Pramugara

d)

Peragawati

36.

Mahasiswa dan mahasiswi di __________ diingatkan supaya menumpukan perhatian semasa mengikuti kuliah.

a)

universiti

b)

sekolah

c)

tadika

d)

kolej

37.

Kuiz itu diadakan untuk menguji kecekapan __________ dalam mata pelajaran Matematik.

a)

ibu

b)

adik

c)

kakak

d)

pelajar

38.

__________ yang dijual di kedai Kak Som itu segar-segar belaka kerana baru dipetik.

a)

Kuih

b)

Lauk

c)

Sayur

d)

Barang

39.

_________ polis itu sedang menyampaikan taklimat tentang kes rompakan kedai emas yang berlaku di Kedai Emas Fung Keong kepada pihak media.

a)

juruacara

b)

jurucakap

c)

juruhebah

d)

jurumaklum

40.

Penyokong-penyokong pasukan bola sepak Perak melonjak __________ apabila Khalid Jamlus menjaringkan gol kemenangan.

a)

lompatan

b)

kemeriahan

c)

kesenangan

d)

kegembiraan

41.

“Oh, kamu datang untuk ______________________, ya!” kata Sang Serigala.

a)

Terhutang budi

b)

Menyerah diri

c)

Panjang akal

d)

Darah daging

42.

1. Boon Seng mengambil sepotong kek ______menyuapkan ke mulut adiknya.

a)

lalu

b)

kerana

c)

supaya

d)

untuk

43.

Soalan 1 berdasarkan gambar


Sarena suka ___________________ pada masa lapang.

a)

pancing

b)

memancing

c)

dipancing

d)

berpancing

44.

Budak perempuan yang sedang menyanyi itu ialah …………………………….. saya.

a)

kakak

b)

abang

c)

ayah

d)

emak

45.

Ayah ……………………………..ibu menghadiri majlis perkahwinan anak jiran kami di Mersing.

a)

serta

b)

tetapi

c)

jika

d)

dan

46.

Suraya asyik memerhati ………………………………….yang sedang membuat sarang di dinding rumahnya.

a)

lebah

b)

lelebah

c)

labah-labah

47.

Pada minggu hadapan, kami akan …………………………… untuk membersihkan kelas, kata Halim.

a)

gotong-royong

b)

kerjasama

c)

bergotong royong

d)

kerja-raya

48.

Aiman Hakim memotong papan itu …………………….. gergaji.

a)

guna

b)

gunakan

c)

mengguna

d)

menggunakan

49.

Saya amat menyayangi kucing saya yang …………………………… dan manja.

a)

cantik

b)

comel

c)

ayu

d)

kemas

50.

Budak itu menangis ……………………….. kelaparan.

a)

kerana

b)

jika

c)

untuk

d)

tetapi

51.

Azman …………………………… buku sambil berbaring di sofa.

a)

menonton

b)

membaca

c)

melihat

d)

memerhati

52.

................................harga buku ini pak cik?

a)

Siapa

b)

Mengapa

c)

Berapa

d)

Apa

53.

Puan Salmi memakai ………………………………………sejak beberapa tahun yang lalu.

a)

cermin mata

b)

bulu mata

c)

kanta mata

d)

bingkai mata

54.

………………………………… ibu tidak sembuh, kakak tidak akan ke sekolah.

a)

Selagi

b)

Selepas

c)

Apabila

d)

Sehingga

55.

……………………, Sakitnya ! Tangan saya terluka.

a)

Cis

b)

Wah

c)

Amboi

d)

Aduh