WorksheetsKUIZ 1-AKTA MAKANAN 1983
Total questions: 8
Worksheet time: 4mins
Tujuan diwujudkan Akta 1983 adalah untuk
A. Menentapkan denda kepada pengeluar produk makanan
B. Melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampinagn atau berkaitan dengannya
C. Menetapkan cara melabelkan makanan yang dijual dalam bungkusan atau sebaliknya perkara yang hendak dimasukkan atau tidak hendak dimasukkan pada label-label itu.
D. Menetapkan standard, komposisi, kekuatan, potensi, ketulenan, kualiti, berat, kuantiti, tempoh penggunaan atau lain-lain sifat bagi apa-apa makanan atau apa-apa ramuan atau komponennya
Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975 dan Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975 adalah tertakluk di bawah
A. Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan
B. Akta/Enakmen Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan
C. Akta Makanan 1983 (Akta 281)
D. Akta Perihal Dagangan 1972
‘’Ketua Pengarah’’ dalam tafsiran Akta Makanan 1983 membawa maksud
A. Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan
B. Ketua Pengarah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia
C. Ketua Pengarah, Kementerian Dalam Negeri
D. Ketua Pengarah, Kementerian Pelajaran Malaysia
‘’Makanan itu mengandungi atau dicampurkan atau dicairkan dengan apa-apa bahan yang nilai perdaganganya lebih rendah dari nilai makanan itu dalam keadaan yang tulen, biasa atau tertentu dan dalam keadaan merosot dan baik’’. Keterangan ini dinyatakan dalam Akta Makanan 1983, Bahagian III,Seksyen 13B ______________________.
A. Makanan yang diadukkan
B. Makanan yang tidak sesuai dimakan oleh manusia
C. Makanan yang tercemar
D. Makanan yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan
Pilih kenyataan yang benar mengenai Seksyen 42, Penyalahgunaan tanda halal dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559).
A. Mana-mana orang yang mempamerkan pada atau berkenaan dengan mana-mana makanan atau minuman yang tidak halal, apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa makanan atau minuman itu adalah halal adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
B. Mana-mana orang yang mempamerkan pada atau berkenaan dengan mana-mana makanan atau minuman yang tidak halal, apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa makanan atau minuman itu adalah halal adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sembilan ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
C. Mana-mana orang yang mempamerkan pada atau berkenaan dengan mana-mana makanan atau minuman yang tidak halal, apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa makanan atau minuman itu adalah halal adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
D. Mana-mana orang yang mempamerkan pada atau berkenaan dengan mana-mana makanan atau minuman yang tidak halal, apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa makanan atau minuman itu adalah halal adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pilih penyataan yang SALAH mengenai makanan yang tidak sesuai dimakan oleh manusia di dalam Akta Makanan 1983.
A. Apa-apa bahan binatang dan sayuran yang berpenyakit, kotor, reput atau bangar.
B. Apa-apa bahagian makanan yang tidak sesuai untuk dijadikan makanan
C. Hasil binatang yang sudah mati selain kerana disembelih atau sebagai binatang
buruan
D. Hasil tumbuhan yang ditanam secara organik
Penutupan premis yang tidak suci boleh diarahkan oleh Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa tidak lebih dari _______________ hari.
Dua belas (12)
Empat belas (14)
Sembilan (9)
Empat puluh (40)
Apakah undang-undang yang diguna pakai dalam pensijilan halal Malaysia?
A. Akta Pekerja 1955
B. Akta Kesihatan 1985
C. Akta Syarikat 1965
D. Akta Perihal Dagangan 1972 (PenggunaaPerbahasaan Halal 1975))
