NEW
Font size
WorksheetsKUIZ PENDIDIKAN JASMANI T5 - TOPIK MENGELECEK
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
Apakah yang dimaksudkan dengan mengelecek?
Mengelecek ialah satu kemahiran melepaskan diri dari kawalan pihak lawan dengan cara memperdayakan pihak lawan.
Mengelecek ialah satu kemahiran membuat hantaran kepada rakan sepasukan.
Mengelecek ialah satu kemahiran yang diperlukan ketika bertahan daripada serangan pihak lawan.
Mengelecek ialah satu kemahiran membuat serangan dari jarak jauh.
Ketika melakukan aktiviti kelecek spring, mengapakah fleksi lutut perlu dilakukan ketika mendarat?
Untuk mengelakkan kecederaan pada lutut.
Untuk memastikan pemain boleh melompat lebih tinggi.
Untuk melepasi pihak lawan.
Untuk menjadikan permainan lebih seronok.
Apakah situasi yang paling sesuai untuk pemain melakukan kemahiran mengelecek?
Ketika ingin melepasi kawalan pihak lawan.
Ketika ingin membuat hantaran kepada rakan.
Ketika ingin membuat jaringan.
Ketika ingin membuat adangan.
Pemain di atas merupakan salah seorang pemain bola sepak yang diklasifikasikan sebagai antara pemain paling handal dalam mengelecek. Siapakah nama pemain tersebut dan dari manakah negara asal beliau?
Lionel Messi - Argentina
Lionel Messi - Sepanyol
Neymar Junior - Brazil
Cristiano Ronaldo - Portugal
Mengapakah bola perlu berada berhampiran dengan kaki ketika mengelecek?
Supaya bola senang dikawal dan menyukarkan pemain lawan merebut bola.
Supaya pemain lawan keliru.
Supaya mudah melakukan jaringan.
Supaya memudahkan pemain untuk membuat hantaran kepada rakan sepasukan.
Apakah nama permainan kecil yang mampu meningkatkan kemahiran mengelecek?
Permainan kelecek spring
Permainan raja pintas
Permainan sejuk, suam dan panas
Permainan baling dan tangkap
Yang manakah antara sukan berikut TIDAK memerlukan kemahiran mengelecek?
Bola tampar
Bola sepak
Bola keranjang
Bola baling
Ketika bermain permainan kelecek spring, mengapakah pemain perlu mengelak untuk melompat terlalu rapat?
Untuk mengelakkan perlanggaran sesama rakan.
Untuk mengelakkan pemain daripada terjatuh.
Untuk memastikan pemain daripada membuat pendaratan dengan betul.
Untuk memastikan lompatan lebih tinggi.
Pemain di atas dikategorikan sebagai pemain paling handal dalam mengelecek bagi sukan futsal. Siapakah nama pemain tersebut?
Falcao
Maradonna
Arshavin
Kane
Apakah kelebihan utama pemain yang mampu mengelecek dengan baik?
Mudah melepasi pertahanan pihak lawan ketika membuat serangan.
Dapat mengelakkan kecederaan ketika bermain.
Dapat membuat jaringan dari jarak jauh.
Dapat memastikan pihak lawan tidak dapat membuat jaringan.
