wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MPU-HE Quiz 1

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Pemisahan aspek budaya, ras, agama, kelas sosial, dasar, adat resam, penempatan, pekerjaan dan pendidikan merujuk kepada konsep

a)

Asimilasi

b)

Segregasi

c)

Akulturasi

d)

Amalgamasi

2.

Etnik A melakukan diskriminasi berdasarkan perbezaan kulit dan ciri-ciri fizikal biologikal merujuk kepada ...

a)

Ras

b)

Etnisiti

c)

Rasisme

d)

Etnosentrisme

3.

Formula A + B + C = A merupakan gambaran proses

a)

segregasi

b)

asimilasi

c)

akulturasi

d)

amalgamasi

4.

Di antara pernyataan di bawah ini merupakan cabaran-cabaran dalam hubungan etnik KECUALI

a)

Rasisme

b)

Etnosentrisme

c)

Etnisiti

d)

Prejudis

5.

"Dayak Laut" merupakan suku kaum terbesar di negeri Sarawak. Mereka dikenali sebagai etnik

a)

Bisaya

b)

Punan

c)

Iban

d)

Melanau

6.

Yang manakah TIDAK BENAR tentang tujuan Perlembagaan ?

a)

Sebagai rujukan

b)

Mengawal pemimpin kerajaan

c)

Mewujudkan kestabilan negara

d)

Menjamin keutuhan dan kedaulatan negara

7.

Berdasarkan Perkara 152 (1), mengapakah bahasa Melayu dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan oleh semua pihak di negara kita ?

a)

Bahasa Melayu bahasa pemilik negara ini

b)

Bahasa Melayu mempunyai dua bentuk tulisan iaitu jawi dan rumi

c)

Bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan kata yang lebih banyak dari bahasa-bahasa lain.

d)

Penutur bahasa Melayu dari sekalian bangsa lebih ramai berbanding bahasa Tamil dan Mandarin

8.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan peranan perlembagaan?

a)

Memelihara keamanan

b)

Menetapkan peraturan bagi memberi kebebasan pergerakan atau rakyat dan kerajaan

c)

Menjadi garis panduan untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian yang timbul

d)

Memperuntukkan hak-hak tertentu kepada sesuatu warganegara dalam konteks perhubungan kaum

9.

Susun sejarah perkembangan Perlembagaan Persekutuan di Malaysia mengikut aturan yang betul;

i. Malayan Union

ii. Persekutuan Tanah Melayu

iii. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

iv. Perlembagaan Persekutuan Malaysia

a)

i,ii,iii,iv

b)

ii,iv,i,iii

c)

i,iii,ii,iv

d)

i,ii,iv,iii

10.

Berikut adalah Perkara yang dipinda dalam Perlembagaan Persekutuan selepas Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia KECUALI _____________________.

a)

Pengurusan bekalan air

b)

Kes rogol

c)

Pemisahan Singapura

d)

Bahasa Kebangsaan

11.
Siapakah yang memegang kuasa tertinggi di Malaysia?
a)
Majlis Raja-raja
b)
Mahkamah Agung
c)
Perlembagaan Malaysia
d)
Yang di-Pertuan Agong
12.
________________ mahkamah yang paling tinggi di Malaysia.
a)
Mahkamah Agung
b)
Mahkamah Tinggi
c)
Mahkamah Rayuan 
d)
Mahkamah Seksyen
13.

Perlembagaan persekutuan menyatakan bahawa melayu adalah seperti berikut KECUALI

a)

beragama Islam

b)

lazim bercakap bahasa Melayu

c)

mengamalkan adat istiadat Melayu

d)

berkomunikasi dalam pelbagai bahasa

14.

X = Proses menyatupadukan masyarakat membentuk satu identiti dan ideologi bersama.


Apakah X?

a)

Perpaduan

b)

Perlembagaan

c)

Rukun Negara

d)

Identiti Kebangsaan

15.

Z = Ukuran perbezaan antara kelompok mengikut ciri fizikal seseorang


Apakah yang dimaksudkan dengan Z?

a)

Pluralistik

b)

Ras

c)

Etnocentrisme

d)

Stereotaip

16.

Antara berikut yang manakah contoh bagi segregasi?

a)

Penduduk di Malaysia dibezakan mengikut negeri kelahiran

b)

Wujud kampung khas mengikut ekonomi dan pendapatan penduduk

c)

Manusia dan haiwan dipisahkan antara satu sama lain

d)

Pemerintah di Afrika Selatan mengamalkan Dasar Apartheid

17.

Apakah yang boleh difahami daripada kalimah Prasangka atau Prejudis?

a)

Perasaan stress yang melampau sehingga memberi kesan kepada orang lain dalam kehidupan

b)

Kehidupan yang tidak tenang dan selalu merasakan ada kuasa asing mempengaruhi setiap keputusan

c)

Perasaan syak yang menebal dilakukan melalui pengamatan terhadap pemilikan akaun media sosial

d)

Suatu tanggapan yang bersifat negatif (buruk sangka) dari sekelompok etnik terhadap sesuatu etnik yang lain tanpa usul periksa

18.

Apakah contoh yang betul bagi tahap hubungan kaum bersifat akomodasi?

a)

Amir memakai baju melayu manakala Muthu memakai dhoti sewaktu pesta budaya di pejabat

b)

Lee Chong Wei memakan chicken chop di sebuah restoran

c)

Kanang anak Langkau berjuang menentang komunis

d)

Makanan di restoran Mamak disediakan dalam pelbagai jenis dan rasa

19.
Manakah perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang bersangkut paut dengan perpaduan dan hubungan etnik
  i.  Agama Islam agama rasmi negara
 ii.  Bahasa Melayu bahasa rasmi negara
 iii.  Hak istimewa orang Melayu
 iv.  Politik
a)
i dan ii
b)
i, ii dan iii
c)
ii, iii dan iv
d)
Semua di atas
20.
Agama Islam agama rasmi negara. Walau bagaimanapun, agama-agama lain juga diberi kebebasan untuk diamalkan dengan aman dan tenteram. Kenyataan ini merujuk kepada ________ Perlembagaan Persekutuan.
a)
Perkara 3 (1)
b)
Perkara 152
c)
Perkara 153
d)
Perkara 160