NEW
Font size
WorksheetsPengajian Am P1 Set 1
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Yang manakah bertepatan dengan konsep negara berdaulat.
Mempunyai komuniti tertentu
Mempunyai sempadan negara yang nyata
Mempunyai hubungan dengan negara luar
Mempunyai ketua negara yang dilantik rakyat
Yang manakah diamalkan dalam sistem pemerintahan di Malaysia.
I Demokrasi Berparlimen
II Demokrasi Terpimpin
III Raja Berperlembagaan
IV Raja Mutlak
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
• Gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri
• Terdapat pembahagian kuasa pentadbiran dan perundangan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
Pernyataan di atas merujuk kepada kerajaan
Kesatuan
Gabungan
Konfederasi
Persekutuan
Yang manakah benar tentang sistem kerajaan kesatuan?
Kerajaan pusat mempunyai segala kuasa
Pentadbiran banyak tertumpu kepada kerajaan negeri
Kerajaan tempatan mempunyai kuasanya tersendiri
Terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
Doktrin pengasingan kuasa bertujuan untuk
Menjamin rakyat mendapat keadilan undang-undang
Mengelakkan pemusatan kuasa dalam kalangan mana-mana pihak
Mengagihkan kuasa antara Dewan Rakyat dengan Dewan Negara
Membahagikan kuasa antara badan pemerintah Persekutuan dengan Negeri
• X warganegara Jepun dan isteri kepada warganegara Malaysia
• Telah bermastautin di Malaysia selama 10 tahun
Cara yang manakah untuk X mendapatkan kewarganegaraan?
Masukan
Pendaftaran
Percantuman Wilayah
Kuat Kuasa Undang-Undang
Yang manakah benar tentang pembahagian kuasa perundangan yang disenaraikan dalam jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?
Senarai P’sekutuan - Pasport, Senarai Negeri - Pertanian, Senarai Bersama - Kebajikan masyarakat
Senarai Persekutuan - Biasiswa, Senarai Negeri - Kebajikan orang asli, Senarai Bersama - Hukun syarak
SP - Kewarganegaraan, SN - Perancangan bandar dan desa, SB - Pemulihan tanah lombong
SP - Pos dan Telekom, SN - Ternakan binatang, SB - Penyu
Yang di-Pertuan Agong hendaklah berunding dengan Majlis Raja-Raja apabila Baginda ingin melantik
Peguam Negara
Ketua Polis Negara
Akauntan Negara
Ketua Hakim Negara
Yang manakah termasuk di bawah bidang kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong?
I - Seorang tentera yang telah dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tentera
II - Encik Y yang telah dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak
III - Encik X yang telah dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi Labuan
IV - Encik Z yang telah dijatuhi hukuman denda dan penjara oleh Mahkamah Syariah Kedah
I & III
I & IV
II & III
III & IV
Ketua Audit Negara berhak mengaudit perbelanjaan yang dilaksanakan oleh
Telekom Malaysia Berhad
Khazanah Nasional Berhad
Tenaga Nasional Berhad
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd
Yang manakah benar tentang Dewan Rakyat?
I - Yang di-Pertuan Dewan Rakyat dibantu oleh dua orang timbalan
II - Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat
III - Setiausaha Dewan Rakyat dilantik oleh Yang di-Pertuan Dewan Rakyat
IV - Parti yang menguasai majoriti kerusi di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Tugas Dewan Rakyat dan Dewan Negara ialah
membahaskan masalah rakyat
meluluskan dasar kerajaan
membahaskan ideologi parti-parti politik
menyelaras pelaksanaan dasar kerajaan
I - Proses kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
II - Dipersetujui secara kolektif oleh Jemaah Menteri
III - Kementerian merangka dasar Rang Undang-Undang
II, I, III
I, III, II
III, II, I
II, I, III
Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan setelah
Diluluskan oleh Majlis Parlimen
Diwartakan sebagai warta kerajaan
Ditandatangani oleh Ketua Hakim Negara
Diperkenankan oleh YDPA
Padanan yang benar tentang klasifikasi perundangan?
I - Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen
II - Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri di Semenanjung
III - Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak
Ordianan -III, Enakmen - I, Akta - II
Ordinan - II, Enakmen - III, Akta - I
Ordinan - I, Enakmen - II, Akta - III
Ordinan - III, Enakmen - II, Akta - I
