wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS T2 KSSM 2019

Total questions: 50

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud biodiversiti?

a)

Kepelbagaian organisma

b)

Kepelbagaian habitat dan cuaca

c)

Keunikan flora dan fauna

d)

Keunikan alam semulajadi

2.

Berikut merupakan REPTILIA kecuali

a)

Buaya

b)

Penyu

c)

Ular

d)

Salamander

3.

Antara berikut yang manakah ciri-ciri AMFIBIA?

a)

Homoioterma

b)

Poikiloterma

c)

Kaki bersisik

d)

Persenyawaan dalam

4.

Pilih vertebrata yang melakukan persenyawaan dalam.

a)

Reptilia & ikan

b)

Burung & amfibia

c)

Mamalia & burung

d)

Ikan & mamalia

5.

Antara berikut yang manakah pengguna primer?

a)

Kulat

b)

Burung

c)

Harimau

d)

Rumput

6.

Proses berikut menghasilkan karbon dioksida kecuali

a)

Respirasi

b)

Pembakaran (combustion)

c)

Pengaratan (rusting)

d)

Fotosintesis

7.

Apakah maksud populasi?

a)

Persekitaran atau tempat tinggal organisma

b)

Beberapa komuniti tinggal bersama dalam 1 habitat saling berinteraksi

c)

Sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dan boleh membiak

d)

Sekumpulan organisma yang sama spesies dan hidup di habitat yang sama

8.

Jenis interaksi paku pakis langsuir dan pokok perumah adalah sama dengan

a)

Singa dan rusa

b)

Kutu dan anjing

c)

Ikan remora dan ikan jerung

d)

Buran dan ikan badut

9.

Antara berikut yang manakah kelebihan kawalan biologi?

a)

Mengambil masa yang lama untuk menunjukkan kesan

b)

Mengganggu keseimbangan ekosistem

c)

Menjejaskan kesihatan manusia

d)

Tidak mencemarkan alam sekitar

10.

Nyatakan unsur dalam karbohidrat.

a)

Karbon, hidrogen, oksigen

b)

Karbon, hidrogen, nitrogen

c)

Karbon, nitrogen, fosforus

d)

Karbon, fosforus, oksigen

11.

Yang manakah contoh protein?

a)

Roti, ikan, marjerin

b)

Kacang, ayam, ikan

c)

Pisang, minyak, udang

d)

Mentega, hati, telur

12.

Nyatakan kelas makanan yang membekalkan tenaga.

a)

Protein, lemak, karbohidrat

b)

Lemak, karbohidrat, vitamin

c)

Karbohidrat, pelawas, protein

d)

Kalsium, protein, lemak

13.

Apakah monomer bagi protein?

a)

Glukosa

b)

Asid amino

c)

Asid lemak

d)

Gliserol

14.

Pilih pasangan vektor-penyakit yang betul.

a)

Lipas - Kolera

b)

Nyamuk - Malaria

c)

Tikus - Kolera

d)

Lalat - Zika

15.

Nyatakan jenis keimunan bagi suntikan antiserum?

a)

Keimunan pasif semulajadi

b)

Keimunan pasif buatan

c)

Keimunan aktif semulajadi

d)

Keimunan aktif buatan

16.

Antara berikut yang manakah penyakit berjangkit?

a)

Tuberkulosis

b)

Diabetes

c)

Hipertensi

d)

Obesiti

17.

Pernyataan berikut BENAR tentang proses PEMEJALWAPAN kecuali . . .

a)

Pertukaran pepejal kepada gas

b)

Pertukaran gas kepada pepejal

c)

Pertukaran pepejal kepada cecair

d)

Pertukaran cecair kepada gas

18.

Pilih pernyataan yang benar tentang AIR TULEN.


I Takat didih 101'C

II Tidak berwarna

III Suatu campuran

IV Terdiri daripada oksigen dan hidrogen

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

19.

Apakah faktor yang menyebabkan kadar penyejatan air menurun?

a)

Kelembapan udara tinggi

b)

Suhu persekitaran tinggi

c)

Keamatan cahaya tinggi

d)

Pergerakan udara tinggi

20.

Kaedah pembersihan air yang tidak membunuh mikroorganisma ialah . . .

a)

Penyulingan

b)

Penurasan

c)

Pendidikan

d)

Pengklorinan

21.

Apakah bahan yang menukarkan kertas litmus biru kepada merah?

a)

Minuman bergas

b)

Baja

c)

Sabun

d)

Ubat gigi

22.

Peneutralan ialah tindak balas

antara asid dan alkali

menghasilkan garam dan air.

Apakah garam yang terbentuk apabila asid hidroklorik bertindak balas dengan kalium hidroksida?

a)

Kalium klorida

b)

Kalium sulfat

c)

Kalium nitrat

d)

Kalium oksida

23.

Pilih ciri yang betul bagi alkali.

a)

Menukarkan kertas litmus biru kepada merah

b)

Mempunyai nilai pH kurang daripada 7

c)

Tidak bertindak balas dengan logam

d)

Berasa masam

24.

Pilih pasangan unit SI yang betul.

a)

Tenaga - Joule (J)

b)

Daya - Ampere (A)

c)

Kerja - Watt (W)

d)

Isipadu - Meter (m)

25.

Apakah fungsi alat ini?

a)

Mengukur arus elektrik

b)

Mengukur voltan

c)

Menyambung atau memutuskan litar

d)

Menghalang arus yang melebihi nilai maksimum untuk mengalir dalam litar

26.

Pernyataan yang manakah benar bagi LITAR SELARI?

a)

Semua komponen dikawal oleh suis yang sama

b)

Kerosakan satu alat elektrik menyebabkan alat elektrik lain tidak berfungsi

c)

Pemasangan lebih banyak alat elektrik menyebabkan rintangan bertambah

d)

Penambahan alat elektrik tidak menjejaskan fungsi alat elektrik lain dalam litar yang sama

27.

DAYA NORMAL ialah . . .

a)

Daya yang menyebabkan semua benda yang dilambung jatuh semula ke tanah

b)

Daya yang bertentangan dengan arah gerakan

c)

Daya yang dihasilkan apabila suatu objek bersentuhan dengan suatu permukaan

d)

Daya tujah yang bertindak pada objek yang terapung di dalam suatu bendalir

28.

PALANG YANG BERPUTAR PADA SATU TITIK YANG TETAP merujuk kepada

a)

Tuas

b)

Momen daya

c)

Fulkrum

d)

Beban

29.

Alat yang mempunyai kelas tuas yang sama dengan PLAYAR ialah

a)

Forseps dan pemecah kekeras

b)

Gunting dan penyepit ais

c)

Kereta sorong dan joran

d)

Pembuka tin dan jongkang-jongket

30.

Jika objek J diletakkan 3m dari fulkrum, berapakah jarak objek K dari fulkrum bagi memastikan palang dalam keadaan seimbang?

a)

1.5m

b)

5m

c)

6m

d)

2m

31.

Pernyataan yang manakah benar tentang HABA?

a)

Diukur dalam Joule (J)

b)

Darjah kepanasan atau kesejukan objek

c)

Diukur dalam kelvin (K)

d)

Bergantung kepada darjah pergerakan zarah-zarah dalam bahan

32.

Haba boleh merambat menerusi ruang kosong atau vakum. Pernyataan ini merujuk kepada . . .

a)

Sinaran

b)

Konduksi

c)

Perolakan

d)

Konduktor

33.

Pemindahan haba dalam ketuhar berlaku secara . . .

a)

Perolakan dan sinaran

b)

Konduksi sahaja

c)

Sinaran dan konduksi

d)

Perolakan sahaja

34.

Pilih pernyataan yang BENAR tentang PEMINDAHAN HABA.

a)

Pembentukan bayu laut dan bayu darat melibatkan proses konduksi.

b)

Pemindahan haba dari api ke periuk berlaku secara perolakan.

c)

Haba dari Matahari dipindahkan ke Bumi melalui zarah-zarah udara.

d)

Proses pengaliran haba secara konduksi berlaku dengan pantas.

35.

Berikut merupakan BAHAN YANG BOLEH MENGALIRKAN HABA DENGAN BAIK kecuali . . .

a)

Kaca

b)

Besi

c)

Kuprum

d)

Aluminium

36.

Selepas 1 jam, antara K, L, M, N yang manakah mempunyai suhu paling rendah?

a)

K

b)

L

c)

M

d)

N

37.

Kenapa LORI TANGKI MINYAK dicat dengan warna PUTIH atau PERAK? Pilih alasan paling tepat.

a)

Warna putih dan perak ialah penyerap haba yang baik

b)

Warna putih dan perak ialah pembebas haba yang baik

c)

Warna putih dan perak ialah pembebas haba yang kurang baik

d)

Warna putih dan perak ialah penyerap haba yang kurang baik

38.

Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR tentang BUNYI.

a)

Bunyi memerlukan medium untk merambat.

b)

Gelombang bunyi merambat melalui gas dengan sangat perlahan.

c)

Dinding batu adalah pemantul bunyi yang baik.

d)

Papan gabus adalah penyerap bunyi yang kurang baik.

39.

Pilih CIRI-CIRI yang digunakan untuk PENGELASAN BINTANG.


I Warna

II Suhu

III Bahan

IV Saiz

a)

I, II, III

b)

I, II, IV

c)

I, III, IV

d)

II, III, IV

40.

Apakah PLANET PERTAMA dalam SISTEM SOLAR?

a)

Utarid

b)

Uranus

c)

Zuhal

d)

Zuhrah

41.

Pilih pernyataan yang BENAR tentang BINTANG.

a)

Bintang paling panas berwarna biru

b)

Bintang paling kecil disebut bintang super raksasa

c)

Kecerahan bintang bergantung kepada kandungan debu, gas dan air

d)

Bintang paling cerah di langit ialah Bima Sakti dan Andromeda

42.

Berikut merupakan ciri-ciri BUMI kecuali . . .

a)

Mempunyai kandungan air yang banyak

b)

Mempunyai julat suhu yang sesuai

c)

Menerima cahaya matahari sepanjang tahun

d)

Mempunyai kandungan karbon dioksida yang tinggi

43.

METEOROID ialah . . .

a)

Serpihan batu dan logam kecil yang terapung dan bergerak di angkasa

b)

Batuan besar dan logam yang mengelilingi Matahari mengikut orbit sendiri

c)

Jasad kecil yang terdiri daripada ais, gas dan debu beku yang bergerak mengelilingi Matahari mengikut orbit sendiri

d)

Serpihan batu dan logam kecil yang memasuki atmosfera Bumi

44.

Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR tentang MATAHARI.

a)

Matahari ialah sebuah bintang.

b)

Matahari ialah sebuah planet.

c)

Matahari boleh mengeluarkan cahaya sendiri.

d)

Matahari adalah bintang paling dekat dengan Bumi.

45.

Si Polan cuba memindahkan air dari bikar B ke bikar A beberapa kali tetapi masih belum berjaya. Cadangkan pengubahsuaian yang perlu dilakukan oleh si Polan.

a)

Isi tiub dengan udara.

b)

Tinggikan kedudukan bikar B.

c)

Tinggikan kedudukan bikar A.

d)

Isi tiub dengan air separa penuh.

46.

Semasa PROSES PEMBERSIHAN AIR, ALUM dimasukkan ke dalam air. Apakah fungsi alum?

a)

Untuk mengurangkan keasidan air

b)

Untuk menyingkirkan bau dan rasa yang kurang enak

c)

Untuk menggumpalkan zarah-zarah lumpur

d)

Unutk membunuh mikroorganisma

47.

Pilih turutan yang betul dalam SISTEM PENCERNAAN.

a)

Usus kecil - usus besar - perut - dubur

b)

Perut - esofagus - usus kecil -usus besar

c)

Duodenum - perut - usus besar - usus kecil

d)

Esofagus - perut - duodenum - usus kecil

48.

Apakah penyakit akibat kekurangan BESI?

a)

Anemia

b)

Kwasyiorkor

c)

Goiter

d)

Riket

49.

Apakah yang dimaksudkan dengan PENGURAI?

a)

Organisma yang membuat makanan sendiri

b)

Organisma yang menguraikan haiwan dan tumbuhan mati kepada bahan ringkas

c)

Organisma yang memakan pengeluar

d)

Organisma yang makan pengguna primer

50.

Pilih RANTAI MAKANAN yang betul.

a)

Padi > tikus > ular > helang

b)

Padi > helang > ular > tikus

c)

Padi > tikus > helang > ular

d)

Padi > ular > tikus > helang