wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah KSSM - Siri 6

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Konfusius merupakan ahli falsafah yang hidup pada zaman Dinasti Zhou dan ajarannya terus kekal hingga hari ini.


Apakah karya beliau yang paling terkenal?

a)

Lun Yu

b)

Chun Glu

c)

Shang Shu

d)

Zhong Yong

2.

Pada zaman Dinasti Qin, pendidikan menekankan aspek pemahaman perundangan yang diasaskan oleh Han Fei Zi.


Apakah asas perundangan tersebut?

a)

Mengutamakan ketegasan undang-undang

b)

Menekankan tatasusila dan kesopanan rakyat

c)

Mementingkan keprihatinan masyarakat terhadap golongan miskin

d)

Mengukuhkan kuasa golongan feudal dalam mengawal golongan bawahan

3.

Sistem pendidikan dalam Tamadun China berkembang maju pada zaman Dinasti Qin dan Dinasti Han.


Apakah faktor perkembangan tersebut?

a)

Sistem tulisan diseragamkan dan teknologi pembuatan kertas

b)

Sistem tulisan diseragamkan dan teknik mencetak kitab dan buku falsafah dimajukan

c)

Penubuhan sekolah tinggi dan teknologi pembuatan kertas

d)

Teknologi pembuatan kertas diperkenalkan dan semakin banyak sekolah dibina di setiap wilayah

4.

Gambar menunjukkan Maharaja Shi Huangdi dalam Dinasti Qin.


Apakah sumbangan beliau dalam perkembangan pendidikan dalam Tamadun China?

a)

Mencipta kertas

b)

Menyeragamkan sistem tulisan

c)

Menekankan aspek pemahaman perundangan

d)

Melaksanakan sistem pemilihan pegawai perkhidmatan awam

5.

Rajah menunjukkan struktur masyarakat dalam Tamadun China.


Mengapakah masyarakat Cina meletakkan golongan sarjana pada status yang paling tinggi?

a)

Merupakan arahan maharaja

b)

Membentuk masyarakat berilmu

c)

Merupakan matlamat pendidikan

d)

Meningkatkan tradisi budaya masyarakat

6.

Andaikan anda seorang anak petani dalam Tamadun China.


Mengapakah anda akan rajin berusaha untuk lulus peperiksaan perkhidmatan awam?

a)

Supaya dilantik sebagai panglima tentera

b)

Supaya berada pada hierarki pertengahan dalam masyarakat

c)

Supaya mendapat kedudukan dan pangkat tinggi dalam kerajaan

d)

Supaya berpeluang menceburi bidang perdagangan antarabangsa

7.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah. Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan...

a)

Keturunan

b)

Kerajaan

c)

Wilayah

d)

Agama

8.

Dalam kalangan kaum Hadhari, terdapat sesetengah daripada mereka yang keluar berdagang secara kafilah. Apakah maksud kafilah?

a)

Menjual ternakan secara nomad

b)

Menjalankan perniagaan di bazar

c)

Mengamalkan sistem tukar barang

d)

Merentasi padang pasir membawa barang dagangan

9.

Sejak Zaman Jahiliah, telah wujud laluan perdagangan merentasi benua yang menghubungkan pedagang Arab dengan China, India dan Asia.


Laluan ini dikenali sebagai...

a)

Laluan Sutera

b)

Jalan Raya Rom

c)

Laluan Mediterranean

d)

Jalan Perdagangan Islam

10.

Surah berikut adalah wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang mengandungi perintah supaya menyebarkan Islam.


"Surah al-Mudassir ayat 1 hingga 7"


Bagaimanakah Nabi Muhammad S.A.W melaksanakan perintah tersebut?

a)

Mengarahkan sahabat berpindah ke Madinah

b)

Mendirikan kerajaan yang berpusat di Makkah

c)

Menawarkan kedudukan tinggi kepada kaum bangsawan Quraisy

d)

Menyampaikan dakwah terhadap keluarga terdekat terlebih dahulu

11.

Antara berikut, yang manakah merupakan punca perpecahan masyarakat Islam semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq?

a)

Kemunculan golongan mawali

b)

Kebangkitan tentera Parsi dan Rom

c)

Kewujudan golongan al-Riddah

d)

Kemunculan gerakan golongan pemberontak

12.

Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pada 622 Masihi?

a)

Melindungi tradisi masyarakat Arab

b)

Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi

c)

Menamatkan persengketaan dengan negara-negara Eropah

d)

Memantapkan strategi menghadapi ancaman Quraisy

13.

Jawatan khalifah diwujudkan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.


Apakah peranan seorang khalifah?

a)

Menjadi hakim negara

b)

Menggubal perlembagaan negara

c)

Menjaga keselamatan negara

d)

Menegakkan ajaran agama Islam

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Ibnu Sina (Avicenna):


"Merupakan penulis buku al-Qanun fi al-Tib. Albert the Great telah dipengaruhi oleh karya beliau"


Apakah bidang sumbangan beliau?

a)

Pelayaran

b)

Perubatan

c)

Astronomi dan falak

d)

Ilmu sains dan kimia

15.

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan antara sumber utama pengasasan kerajaan Melayu.


Kerajaan Melayu manakah yang berkaitan dengan sumber tersebut?

a)

Kedah

b)

Perlis

c)

Kelantan

d)

Negeri Sembilan

16.

Apakah strategi kerajaan Kedah untuk menghadapi ancaman dari dalam dan luar negeri?

a)

Mendapatkan perlindungan raja Siam

b)

Mengukuhkan kedudukan menerusi perkahwinan diraja

c)

Menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan jiran

d)

Mengembangkan kawasan pemerintahan menerusi pembukaan kota

17.

Bagaimanakah Long Yunus memastikan usaha menyatukan Kelantan tidak ditentang oleh pihak musuh?

a)

Mendapat perlindungan raja Patani

b)

Menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam

c)

Mendapat pengiktirafan daripada Sultan Terengganu

d)

Mengasaskan Kota Bahru sebagai pusat pemerintahan yang baru

18.

Maklumat di bawah berkaitan dengan pemerintahan X di Kelantan:


  • Memerintah wilayah tebing Sungai Lebir pada awal abad ke-17.
  • Memelihara kijang sebagai haiwan kesayangan.


Siapakah X?

a)

Long Yunus

b)

Puteri Saadong

c)

Sultan Muhammad II

d)

Che Siti Wan Kembang

19.

Mengapakah Raja Melewar mendapatkan pengiktirafan Kerajaan Johor Riau setelah baginda mengasaskan kerajaan Negeri Sembilan?

a)

Mendapatkan perlindungan

b)

Menjalinkan hubungan diplomatik

c)

Negeri Sembilan naungan Kerajaan Johor Riau

d)

Baginda dilantik oleh Kerajaan Johor Riau sebagai Yamtuan Besar

20.

Pada tahun 1843, Siam mengiktiraf Syed Hussin Jamalullail sebagai pemerintah negeri Perlis.


Apakah kesan pengiktirafan tersebut?

a)

Perlis menjadi negeri naungan Siam

b)

Perlis menjadi negeri yang berdaulat

c)

Perlis mendapat perlindungan kerajaan Siam

d)

Perlis menjalinkan hubungan kekeluargaan dengan raja Siam

21.
  • Sultan
  • Pembesar
  • Penghulu


Apakah peranan Penghulu?

a)

Ketua agama Islam

b)

Wakil pentadbir bagi jajahan

c)

Penguasa peringkat mukim

d)

Lambang perpaduan penduduk

22.

Semasa menyambut hari keputeraan Sultan, terdapat majlis penganugerahan Pingat Darjah Kebesaran.


Mengapakah majlis tersebut diadakan?

a)

Memeriahkan suasana sambutan

b)

Pengiktirafan kepada mereka yang berjasa

c)

Mengeratkan hubungan pemerintah dengan rakyat

d)

Melambangkan kekuasaan Sultan yang memerintah

23.
  • Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah Darulaman
  • Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis
  • Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan

Apakah persamaan bagi kesemua undang-undang tersebut?

a)

Kewajipan membayar zakat

b)

Cara-cara pentadbiran yang baik

c)

Hukuman ke atas kesalahan maksiat

d)

Larangan kepada pemerintah menyerahkan negeri kepada kuasa asing

24.

Apakah kepentingan karya-karya persuratan seperti Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Detik2 Sejarah Kelantan?

a)

Menjadi rujukan penting

b)

Mengukuhkan konsep daulat

c)

Melambangkan keagungan kerajaan

d)

Mengabsahkan salasilah keturunan pemerintah

25.

Gambar menunjukkan hasil kraf tangan masyarakat Melayu di negeri Kelantan.


Mengapakah hasil seni tersebut wajar dipertahankan?

a)

Menguntungkan masyarakat

b)

Kemegahan masyarakat setempat

c)

Melambangkan identiti masyarakat

d)

Kekayaan seni kraf tangan masyarakat

26.

Mengapakah Adat Perpatih menggalakkan perkahwinan perkahwinan di luar suku?

a)

Menambahkan rezeki keluarga

b)

Mewujudkan hubungan persaudaraan antara suku

c)

Mengukuhkan kedudukan suku dalam masyarakat

d)

Mengelakkan keluarga mendapat musibah

27.

Apakah asas penting dalam pelantikan pemimpin dalam sistem Adat Perpatih?

a)

Taat setia

b)

Amalan muafakat

c)

Prinsip demokrasi

d)

Pelantikan pemerintah

28.

Apakah tanggungjawab Anak Buah dalam masyarakat Adat Perpatih?

a)

Memilih ketua luak

b)

Menjadi ketua rujukan dalam hukum adat

c)

Menyelesaikan pertelingkahan dalam suku

d)

Menghafal adat dan asal usul kelompok kekeluargaan sendiri

29.

Maklumat berikut merupakan ciri-ciri ekonomi moden di negara kita pada awal kurun ke-20:

  • Modal yang besar
  • Tanah yang luas
  • X


Apakah X?

a)

Pengeluaran skala kecil

b)

Penggunaan teknologi tinggi

c)

Penggunaan buruh tempatan

d)

Penguasaan pemerintah tempatan

30.

Pada penghujung abad ke-19, harga kopi jatuh di pasaran dunia.


Apakah faktor yang menyebabkan berlaku keadaan demikian?

a)

Kualiti tidak dikawal

b)

Serangan penyakit

c)

Pengeluaran terkawal

d)

Pengenalan tanaman baru

31.

Kawasan berikut merupakan kawasan pertanian yang penting di Sarawak.


  • Oya
  • Mukah
  • Bintulu


Apakah hasil tanaman yang dikeluarkan?

a)

Padi

b)

Sagu

c)

Kelapa

d)

Tembakau

32.

Maklumat berikut berkaitan dengan H.N Ridley


  • Pengarah Botanical Garden Singapura
  • Menggalakkan penanaman getah di Tanah Melayu

Apakah sumbangan beliau dalam perusahan getah?

a)

Membuka ladang getah

b)

Membawa masuk buruh India

c)

Mendirikan Institut Penyelidikan Getah

d)

Memperkenalkan kaedah menoreh getah

33.

Senarai berikut merupakan syarikat Eropah yang terdapat di Tanah Melayu pada awal abad ke-20


  • Sime Darby
  • Guthrie
  • Harissons Crosfield

Syarikat tersebut memainkan peranan penting dalam perusahan

a)

getah

b)

bijih timah

c)

kelapa sawit

d)

arang batu

34.

Jadual berikut menunjukkan peratus pengeluaran bijih timah oleh pengusaha Eropah di Tanah Melayu:


1928-50%

1930-63%

1937-68%


Apakah faktor yang membantu peningkatan pengeluaran tersebut?

a)

Penggunaan tenaga mahir

b)

Penggunaan kapal korek

c)

Pengecualian cukai eksport

d)

Penglibatan pembesar tempatan

35.

Pada tahun 1913, Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu.


Apakah tujuan British memperkenalkan akta tersebut?

a)

Menyekat kemasukan buruh asing

b)

Melindungi kepentingan ekonomi British

c)

Memajukan ekonomi kawasan luar bandar

d)

Melibatkan orang Melayu dalam ekonomi moden

36.

Sistem berikut diperkenalkan di negara kita pada awal abad ke-20:

  • Sistem Kontrak
  • Sistem Kangani


Apakah persamaan kedua-dua sistem tersebut?

a)

Buruh asing dibawa masuk ke negara kita

b)

Buruh asing terikat dengan kontrak negara masing-masing

c)

Pemberian kerakyatan kepada buruh asing

d)

Penglibatan buruh asing dalam pembinaan jalan

37.

Landasan kereta api yang berikut telah dibina di negara kita menjelang akhir abad ke-19:


1885 - Taiping ke Port Weld

1890 - Kuala Lumpur ke Port Swettenham

1891 - Seremban ke Port Dickson


Apakah tujuan pembinaan landasan kereta api tersebut?

a)

Memudahkan pentadbiran British

b)

Menghubungkan bandar-bandar besar

c)

Memudahkan pengangkutan bijih timah

d)

Membangunkan kawasan pedalaman

38.

Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan pada tahun 1905.


Apakah tujuan penubuhan kolej tersebut?

a)

Melahirkan rakyat yang berilmu

b)

Melahirkan golongan pentadbir Melayu

c)

Memberi pendidikan sempurna kepada anak-anak Melayu

d)

Membolehkan orang Melayu melanjutkan pelajaran ke luar negara

39.

Pada tahun 1831, Penghulu Dol Said bangkit menentang British.


Apakah faktor yang membawa kepada kebangkitan tersebut?

a)

Mengekalkan adat resam

b)

Mempertahankan kedaulatan

c)

Menentang pembinaan balai polis

d)

Memperjuangkan semangat jihad

40.

Kebangkitan Tani di Terengganu dipimpin oleh Haji Abdul Rahman Limbong.


Apakah strategi yang digunakan oleh beliau untuk menentang British di Terengganu?

a)

Mencabar perjanjian

b)

Mengadakan rundingan

c)

Melancarkan gerakan revolusi

d)

Menggunakan sistem perundangan