Font size
WorksheetsSEJARAH MALAYSIA : BAB 1 : INSTITUSI PEMERINTAHAN
Total questions: 37
Worksheet time: 19mins
Sistem beraja merujuk kepada :
Satu sistem pemerintahan yang raja mempunyai kuasa secara mutlak
Satu sistem pemerintahan bercorak autokrasi
Satu sistem pemerintahan yang raja mempunyai kuasa yang terhad
Satu sistem pemerintahan yang tidak membenarkan raja menggubal undang-undang
Apakah maksud kuasa mutlak dalam institusi beraja?
Raja berkuasa penuh dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbiran negara
Pembesar berkuasa penuh dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbiran negara
Raja berkongsi kuasa dengan pembesar dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negara
Pembesar berkuasa menggubal undang-undang dan menjatuhkan hukuman
Alat-alat kebesaran raja ialah :
Cap mohor, keris, tepak sirih dan kendi
Cap mohor, keris dan tanjak
Keris, tepak sirih dan tasbih
Tepak sirih, senjata dan kasut
Apakah bahasa yang digunakan oleh raja dan kerabat raja ?
Bahasa istana
Bahasa mesra
Bahasa formal
Bahasa pijin
Berikut merupakan alat-alat kebesaran raja, kecuali :
Nobat
Warna kuning
Cap mohor
Warna biru
Hubungan antara raja dan rakyat terjalin berasaskan konsep ?
'Penaung dan hamba'
'Penaung' dan 'dinaungi'
'Pemerintah dan pembesar'
'Dinaungi dan dijaga'
Apakah peranan raja dalam aspek
politik ?
Berhak memberi pengampunan kepada sesiapa sahaja yang diinginkan
Memastikan segala undang-undang yang digubal dikuatkuasakan
Menjadi ketua agama Islam
Melantik pemimpin agama untuk membimbing rakyat
Konsep ini memberikan hak dan kekuasaan kepada raja.
Apakah konsep ini ?
Daulat
Derhaka
Tulah
Feudal
Konsep ini berkaitan dengan melanggar perintah atau arahan raja.
Apakah konsep ini ?
Daulat
Derhaka
Tulah
Kuasa mutlak
Peranan raja dalam aspek ekonomi adalah :
Menguasai semua sumber ekonomi
Melantik wakil-wakil kerajaan untuk mengutip cukai dan menguruskan khazah negara
Mengutip cukai
Menjadi orang perantara dengan pedagang yang datang dari luar
Apakah peranan raja dalam aspek
sosial ?
Menjadi ketua agama Islam selepas kemasukan pengaruh Islam di alam Melayu
Melantik pemimpin agama untuk membimbing rakyat
Melantik bakal pengganti raja dalam kalangan putera-putera
Memiliki tenaga buruh sendiri sendiri di bawah sistem kerah
Rakyat bergantung kepada raja untuk memperoleh :
Perlindungan daripada musuh
Keperluan ekonomi
Pengaruh agama Islam
Hak mengutip cukai
Payung berwarna kuning digunakan khas untuk ?
Raja dan keluarga diraja sahaja
Raja dan pembesar
Putera dan keluarga diraja
Pembesar dan rakyat biasa
Apakah kegunaan nobat ?
Muzik tradisional untuk kerabat diraja beradu
Muzik tradisional untuk upacara perkahwinan rakyat dan raja
Muzik tradisional untuk upacara pertabalan raja
Muzik tradisional untuk upacara perkahwinan diraja
Selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu, Raja dianggap sebagai ?
'Penyambung warisan'
'Mandat dari syurga'
'Jelmaan tuhan di bumi'
'Khalifah Allah di dunia'
Mengapakah para pembesar dilantik ?
Menguasai sumber ekonomi
Menguatkan pengaruh dan pengikut para pembesar
Mewujudkan suatu sistem pentadbiran yang teratur
Menyebarkan pengaruh agama Hindu dan Buddha
Bagaimanakah pelantikan pembesar dilakukan ?
Pemberian sebilah pedang
Pemberian surat tauliah
Pemberian surat tauliah dan sebilah pedang
Pemberian cap mohor
Kekuatan seorang pembesar bergantung kepada :
Bilangan pengikut
Harta kekayaan
Kedudukan sosial
Bilangan surat tauliah
Agama yang dianuti
Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana merupakan pembesar di peringkat ?
Pusat
Daerah
Kampung
Mukim
Setiap pembesar kebiasaannya mempunyai pejabat sendiri yang dikenali sebagai ?
Pejabat
Kuttab
Dewan
Balai
Apakah peranan pembesar dalam aspek politik ?
Melaksanakan 'istiadat menjunjung duli' kepada raja
Menjatuhkan hukuman terhadap pesalah kecuali hukuman bunuh
Mengutip cukai
Bertanggungjawab dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negara
Apakah peranan pembesar dalam aspek ekonomi ?
Terlibat dalam kegiatan perniagaan
Menjadi perantara antara rakyat dengan raja
Mengutip cukai
Membekalkan tenaga buruh yang mencukupi untuk kerja sosial
Apakah peranan pembesar dalam aspek sosial ?
Menjadi ketua agama Islam
Melantik pemimpin agama
Membekalkan tenaga buruh yang mencukupi
Menjadi perantara antara raja dengan rakyat
Pembesar terbahagi kepada berapa kumpulan yang utama ?
Dua
Empat
Enam
Lima
Apakah perbezaan sistem pembesar dalam setiap negeri di Tanah Melayu ?
Peranan
Tugas
Gelaran
Kedudukan
Apakah gelaran pembesar di Kelantan ?
Tuan dan Wan
Tun dan Wan
Dato' dan Cik
Che dan Wan
Apakah kesan campur tangan British terhadap kuasa pembesar di Tanah Melayu ?
Sumber pendapatan bertambah
Hilang tempat tinggal
Hilang kuasa dan hak mengutip cukai
Hilang kuasa mentadbir wilayah
Apakah hubungan antara raja dengan pembesar ?
Raja dilantik pembesar dan raja membantu pembesar dalam pemerintahan
Tiada sebarang hubungan
Raja dan pembesar berkongsi kuasa dan peranan
Raja melantik pembesar dan pembesar membantu raja dalam pemerintahan
Apakah tujuan pejabat pembesar ditubuhkan ?
Membolehkan rakyat membuat aduan
Menjadi tempat istirahat para pembesar
Tempat tinggal pembesar
Menjadi pusat kutipan cukai
Sistem pembesar di Tanah Melayu digubal berasaskan ?
Sistem Pembesar Lapan Lipatan
Sistem Pembesar Empat Lipatan
Sistem Pembesar Enam Lipatan
Sistem Pembesar Lima Lipatan
Berikut merupakan peranan Bendahara. KECUALI
Penasihat raja dalam bidang pentadbiran
Ketua semua syahbandar
Menteri utama
Pemangku sultan ketika sultan gering atau ke luar negara
Berikut merupakan peranan Penghulu Bendahari, KECUALI
Pemungut hasil atau ufti
Ketua semua syahbandar
Ketua hakim
Ketua bagi semua Bendahari
Berikut adalah peranan Laksamana. KECUALI
Ketua angkatan laut (menjaga ketenteraman di laut)
Ketua urusan diraja ke seberang laut
Mengawal keselamatan sultan
Ketua protokol istana
Pilih pernyataan berkaitan Pentdbiran Peringkat Negeri
Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar
Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ yang di Pertuan Besar
Pembesar berempat merupakan pembesar yang bertugas di peringkat pusat
Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar.
pilih pernyataan berkaitan pembesar peringkat pusat
Unit pentadbiran yang kedua terbesar.
Pembesar terbahagi kepada 2 golongan – Pembesar yang bekerja dalam istana tetapi ada kawasan pegangan dan Pembesar yang bekerja atau mentadbir daerah di luar istana.
Memungut cukai di peringkat Daerah dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada pusat sebagai taat setia pembesar
Mengadili dan menjatuhkan hukuman bunuh kepada yang melakukann jenayah
Menyediakan kerahan tenaga, Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya,
Pilih pernyataan berkaitan Pentdbiran Peringkat Kampung
Unit pentadbiran paling kecil
Ditadbir oleh pembesar yang dilantik oleh sultan daripada kalangan keluarga baik-baik iaitu Penghulu atau Tok Kweng.
Memungut cukai peringkat kampung,
membekalkan tenaga tentera semasa peperangan dan Mendapatkan tenaga buruh
Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan.
Perubahan peranan pembesar selepas campurtangan British
Hilang kuasa dan hak untuk memungut cukai kerana diambil alih oleh Raja
Hilang sumber pendapatan utama. British memberi elaun/ gaji sebagai ganti rugi
Hilang kuasa politik sebagai penasihat sultan dalam Majlis Penasihat sultan
Hilang kuasa kehakiman ,diambil alih oleh Majisteret
Hilang kuasa mentadbir wilayah yang diambil alih oleh Pegawai Daerah British
