Font size
WorksheetsSains Ting2 HABA
Total questions: 27
Worksheet time: 2hrs 12mins
Paku tekan yang manakah akan jatuh dahulu?
A
B
C
Apakah sumber utama haba Bumi?
Mentol
Matahari
Mantel Bumi
Tenaga geoterma
Pernyataan yang manakah TIDAK BENAR mengenai haba?
Haba diukur dengan Joule (J)
Haba diukur menggunakan kalorimeter
Haba diukur dalam unit darjah Celcius (°C)
Haba dipindahkan dari kawasan panas ke kawasan sejuk
Yang manakah BUKAN contoh aplikasi pengembangan dan pengecutan jirim?
jalan keluli
paip plastik
termometer
landasan keretapi
Maklumat berikut mengenai seuatu fenomena.Nyatakan fenomena itu.
Udara panas di darat naik ke atas dan udara sejuk dari permukaan laut bergerak untuk menggantikan udara panas di darat.
bayu laut
bayu darat
pembentukan hujan
pemanasan Bumi
Yang manakah benar tentang HABA?
unit SI pengukuran ialah kilojoule
menggunakan termometer
jumlah zarah terkandung dalam jirim
mengalir dari kawasan panas ke kawasan sejuk
Rajah menunjukkan aliran udara di dalam sebuah rumah. Fenomena yang manakah mempunyai prinsip yang sama seperti dalam rajah?
menggosok pakaian
operasi pendingin hawa
pemanasan Bumi oleh Matahari
memakai baju hitam pada hari panas
Situasi manakah menghasilkan HABA?
Iglu diperbuat daripada bongkah ais yang merupakan PENEBAT haba yang BAIK. Yang manakah merupakan SEBAB bongkah ais digunakan untuk membuat iglu?
Haba dalam iglu dapat mengalir keluar
air merupakan konduktor haba yang baik
suhu di dalam iglu berubah-ubah
haba di dalam iglu tidak dapat mengalir keluar
Rajah menunjukkan suatu eksperimen untuk mengkaji kesan haba ke atas pengembangan dan pengecutan jirim.
Apakah yang diperhatikan berdasarkan TEORI KINETIK JIRIM?
udara dalam kelalang kon menjadi sejuk kerana membebaskan haba kepada air panas
udara yang mengecut memenuhi ruang di dalam belon
udara dalam kelalang kon menjadi panas kerana menyerap haba daripada air panas
zarah udara bergerak dengan lebih cepat menyebabkan jarak antara zarah bertambah
Rajah menunjukkan susunan radas bagi suatu eksperimen. Yang manakah disusun dalam tertib MENAIK berdasarkan keupayaan membebaskan haba?
kertas → kapas → benang bulu biri-biri
kapas → kertas→ benang bulu biri-biri
kertas → benang bulu biri-biri → kapas
benang bulu biri-biri → kapas → kertas
Rajah menunjukkan satu eksperimen ringkas bagi haba.
Yang manakah benar tentang zarah-zarah logam bola besi selepas pemanasan?
jisim zarah-zarah bertambah
zarah-zarah logam bola besi mengembang
jarak di antara zarah-zarah bertambah
jarak di antara zarah-zarah berkurang
Mengapakah ibu ayam melindungi anaknya di bawah kepaknya? Mengapakah ibu ayam melindungi anaknya d bawah kepaknya?
kepak ayam dapat membebaskan haba
kepak ayam mengalirkan udara dan bertindak sebagai penebat haba
kepak ayam memerangkap udara dan bertindak sebagai penebat haba
kepak ayam memerangkap udara dan bertindak sebagai konduktor haba
Yang manakah merupakan aplikasi prinsip penyerapan dan pembebasan haba?
kelalang termos
pakaian angkasawan
seterika elektrik
termometer makmal
Rajah menunjukkan satu jalur dwilogam membengkok selepas dipanaskan.
Pernyataan yang manakah benar?
logam Y lebih panas daripada logam X
logam X mengembang lebih banyak daripada logam Y
zarah-zarah logam X lebih besar daripada zarah-zarah logam Y
zarah-zarah logam Y mempunyai tenaga kinetik yang banyak daripada zarah-zarah logam X
Apakah maksud SUHU?
suatu bentuk tenaga
darjah kepanasan
kuantiti jirim
kebolehan melakukan kerja
Antara pasangan berikut, yang manakah BETUL?
suhu: K
haba: J
suhu: kJ
haba: °F
suhu: Nm
haba: K
suhu: °C
haba: kg
Situasi yang manakah melibatkan SINARAN HABA?
mendidih air di dalam cerek
melebur logam di dalam relau
memanaskan badan di hadapan pendiang
membentuk titisan embun di atas sehelai daun
Situasi yang manakah melibatkan PEROLAKAN HABA?
mendidih air di dalam cerek
melebur logam di dalam relau
memanaskan badan di hadapan pendiang
membentuk titisan embun di atas sehelai daun
Situasi yang manakah melibatkan KONDUKSI HABA?
mendidih air di dalam cerek
melebur logam di dalam relau
memanaskan badan di hadapan pendiang
membentuk titisan embun di atas sehelai daun
Permukaan yang manakah adalah penyerap haba yang terbaik?
permukaan kelabu
permukaan merah
permukaan putih
permukaan hitam
Permukaan yang manakah adalah pemantul haba yang terbaik?
permukaan kelabu
permukaan merah
permukaan putih
permukaan hitam
Antara berikut yang manakah menggunakan prinsip pengembangan jirim?
penyaman udara
merkuri di dalam termometer
pemegang kuali diperbuat daripada plastik
dinding rumah-rumah dicat putih
Kerusi keluli tahan karat terasa lebih sejuk daripada kerusi kayu apabila disentuh. Pernyataan manakah menerangkan situasi itu?
keluli tahan karat lebih keras daripada kayu
keluli tahan karat memantul haba lebih baik daripada kayu
keluli tahan karat mengkonduksi haba lebih baik daripada kayu
keluli tahan karat memancar haba lebih baik daripada kayu
Antara berikut, situasi yang manakah melibatkan pengembangan dan pengecutan jirim?.
jambatan keluli
bayu laut
bayu darat
pemanasan Bumi oleh Matahari
50 ml latte panas dengan suhu 80 oC di tuang ke dalam cawan Aluminium A, B, C dan D. Cawan manakah yang mengalami kehilangan haba yang paling banyak selepas 15 minit?
Rajah menunjukkan Amir memanaskan air di dalam periuk di atas unggun api. Apakah cara pengaliran haba yang diwakili oleh Y dan Z?
Y: sinaran
Z: konduksi
Y: konduksi
Z: perolakan
Y: konduksi
Z: sinaran
Y: perolakan
Z: konduksi
