NEW
Font size
WorksheetsTrial Sejarah Kedah
Total questions: 41
Worksheet time: 1hrs 22mins
Apakah manfaat yang dapat dicapai daripada penciptaan roda kepada masyarakat tamadun Mesopotamia? (f4 m/s 16)
Meningkatkan hasil pertanian
Menggalakkan perhubungan luar
Memudahkan upacara keagamaan
Memajukan pembinaan jalan raya
Mengapakah karya The Art of War dianggap penting kepada masyarakat hari ini? (f4 m/s 33)
Memajukan teknologi terusan
Menggalakkan perluasan kuasa
Memajukan kegiatan pertanian
Meningkatkan idea dalam perniagaan
Maklumat berikut merujuk kepada kemudahan yang terdapat dalam tamadun Rom.
· Bekalan air
· Tempat mandi awam
Bagaimanakah pemerintah Rom berjaya menyediakan kemudahan tersebut? (f4 m/s 47)
Menubuhkan pasukan polis
Menguatkan pasukan tentera
Menubuhkan majlis perbandaran
Memberikan keutamaan kepada undang-undang
Prinsip berikut merujuk kepada sistem perundangan dalam tamadun utama dunia.
· Hukuman berat
· Bercorak kolektif
Prinsip tersebut merujuk kepada.. (f4 m/s 47)
Tamadun Rom
Tamadun China
Tamadun India
Tamadun Yunani
Apakah sumbangan tentera laut kepada kerajaan Srivijaya sehingga berjaya menjadi kuasa maritim di Asia Tenggara? (f4 m/s 80)
I Mengawal perdagangan
II Menjaga keselamatan negara
III Menggalakkan hubungan diplomatik
IV Mengetuai upacara keagamaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah golongan Vaisya menyebarkan agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara? (f4 m/s 84)
Melalui peperangan
Melalui perdagangan
Melalui persuratan
Melalui penaklukan
Maklumat berikut berkaitan ciri-ciri masyarakat Arab jahiliah.
“Sekiranya salah seorang diberitahu tentang kelahiran anak perempuan, mukanya menjadi merah kerana terlalu marah dan mereka menyembunyikan diri daripada kaumnya kerana keburukan daripada berita yang disampaikan. Apakah patut dipeliharanya dengan rasa malu atau ditanam dalam tanah. Alangkah buruknya apa yang mereka putuskan”.
Surah al-Nahl : ayat 58 -59 – terjemahan
Berdasarkan maklumat di atas, apakah tujuan tindakan tersebut diambil? (F4 m/s 101)
Mengatasi masalah kemiskinan
Mengurangkan anak perempuan
Meningkatkan status keluarga
Menjaga maruah keluarga
Apakah usaha yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk membetulkan akidah masyarakat Arab Jahiliah? (f4 m/s 107)
Mengasingkan diri untuk beribadat di Gua Hirak
Menggalakkan Arab Jahiliah berhijrah ke Madinah
Menanam keimanan yang kuat kepada Allah
Menyerang dan menguasai Kota Makkah
Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mengapakah perlembagaan tersebut dikatakan berbeza daripada perlembagaan bertulis yang lain di dunia? (f4 m/s 124)
Berasaskan peraturan sistem kabilah
Berpandukan wahyu Allah
Melibatkan pelbagai kaum
Meliputi semua aspek
Jadual berikut menunjukkan hasrat orang Islam menziarahi Makkah. Mengapakah hasrat tersebut disekat olah orang Quraisy? (f4 m/s 132)
I Bimbang dengan kekuatan Islam
II Berkeyakinan untuk mengalahkan Islam
III Mengetahui taktik orang Islam untuk menguasai Makkah IV Merasakan maruah mereka tercabar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berikut berkaitan cukai yang dikenakan kepada penduduk Madinah.
Kharaj Jizyah Zakat
Apakah maksud Jizyah? (f4 m/s 144)
Cukai hasil tanah yang dikenakan kepada bukan muslim
Cukai pendapatan perniagaan yang dikenakan kepada bukan muslim
Cukai dikenakan terhadap individu bukan muslim yang berlindung di negara Islam
Cukai perdagangan yang dikenakan kepada individu bukan muslim
Kerajaan Bani Abbasiyah telah menubuhkan sebuah institusi keilmuan yang dikenali Baitulhikmah.
Apakah peranan institusi tersebut? (f4 m/s 156)
Pusat menterjemah karya sains dan falsafah
Pusat pengajian tinggi
Pusat penyimpanan harta kerajaan
Pusat perbincangan para ilmuan
Islam disebarkan di bandar pelabuhan secara aman dan tertib. Mengapakah keadaan tersebut boleh wujud? (f4 m/s 179)
Sikap keterbukaan masyarakat
Penerimaan pemerintah
Kemahiran berdakwah pedagang
Penggunaan Bahasa Melayu
Islam disebarkan di bandar pelabuhan secara aman dan tertib. Mengapakah keadaan tersebut boleh wujud? (f4 m/s 179)
Sikap keterbukaan masyarakat
Penerimaan pemerintah
Kemahiran berdakwah pedagang
Penggunaan Bahasa Melayu
Apakah perubahan yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Asia Tenggara setelah kedatangan Islam? (f4 m/s 197)
Mewujudkan sistem republik
Memperkukuhkan konsep dewa-raja
Melaksanakan amalan demokrasi
Memperkenalkan institusi kesultanan
Bagaimanakah tokoh berikut membantu Kesultanan Melayu Melaka? (f4 m/s 180)
·Laksamana
·Syahbandar
Mengembangkan ekonomi
Menjaga keselamatan
Mengawasi kemasukan buruh
Mengetuai utusan ke luar negara
Ukiran Kayu Kelantan pada abad ke-19 mempunyai motif bunga-bungaan. Apakah pengaruh utama motif ukiran tersebut? (f4 m/s 206)
Adat resam
Agama Islam
Unsur ketuhanan
Konsep orde kosmos
Gerakan Reformation ialah suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abab ke-16. Apakah yang dapat dikaitkan dengan gerakan tersebut? (f4 m/s 220)
Pentadbiran
Pertanian
Agama
Perdagangan
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan sekolah vernakular Cina pada abad ke-20? (f4 m/s 265)
Diiktiraf sebagai sekolah elit
Dibiayai oleh saudagar China
Dibina di kawasan luar bandar
Diawasi oleh golongan penjajah
Sistem Tanaman Paksa telah diperkenalkan kepada penduduk Indonesia. Apakah kesan terhadap rakyat Indonesia? (f5 m/s15)
Mewujudkan jurang sosial
Meningkatkan ekonomi
Menghapuskan cukai pertanian
Menyediakan peluang pekerjaan
X ialah sebuah pertubuhan nasionalisme di Burma yang ditubuhkan pada tahun 1906 menggunakan isu kasut
sebagai pembakar semangat nasionalisme. Pertubuhan tersebut ialah... (f5 m/s 21)
Liga Antipemisah
Persatuan Belia Buddha
Liga pembebasan rakyat AntilFasis
Parti Dobama Asiayone
Beliau pernah menghasilkan novel 'Anak Mat Lela Gila dan Putera Gunung Tahan'. Kedua-dua novel ini mempunyai persamaan tema yakni... (f5 m/s 53)
menghargai warisan bangsa
menghargai sumbangan tokoh
kepentingan pendidikan moden
semangat cinta akan negara
Sekitar abad ke-20, kegiatan berpersatuan di Sabah tidak menyerlah seperti di Semenanjung. Mengapakah keadaan tersebut berlaku? (f5 m/s 55)
Tentangan daripada pemerintah
Kelemahan sistem perhubungan dan pendidikan rendah
Kekangan kewangan
Perbezaan taraf hidup antara etnik
Count Camillo Benso di Cavour- Itali
Otto Eduard Von Bismarck- Jerman
Kedua-dua tokoh tersebut berjaya menyatupadukan negara masing-masing. Bagaimana mereka berjaya melakukan penyatuan tersebut? (f5 m/s f5 m/s 68-69)
Mewujudkan pakatan strategik
Menyekat pengaruh agama
Mengamalkan realpolitik
Melaksanakan sistem perundingan
Mengapakah wilayah Venetia diserahkan kepada Itali oleh Prussia sekitar tahun 1866? (f4 m/s 68)
Pertukaran wilayah
Arahan Liga Bangsa
Kekalahan dalam peperangan
Kerjasama menewaskan Austria
Mengapakah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menyokong Malayan Union? (f5 m/s 100)
i) Hal ehwal pentadbiran Islam dipermudah
ii) Konsep Melayu Raya diperkenalkan
iii) Kuasa Sultan dikembalikan semula
iv) British cekap membangunkan Tanah Melayu
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Piagam Atlantik 1945 yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak menggalakkan penjajahan baru. Apakah saranan Piagam Atlantik 1945? (f5 m/s 104)
Menghapuskan sistem feudal Melayu
Tidak mengiktiraf kuasa raja
Membentuk konsep republik
Latihan berkerajaan sendiri
Dato’ Onn Jaafar telah mencadangkan pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu tetapi telah dikecam. Mengapa? (f5 m/s 120)
Orang Melayu bukan lagi rakyat tunggal Tanah Melayu
Orang bukan Melayu juga menjadi rakyat Tanah Melayu
Orang bukan Melayu merasakan perpaduan terlalu asing
Orang Melayu enggan mengubah struktur UMNO
Satu isu hangat dalam pembentukan Suruhanjaya Reid ialah kerakyatan jus soli. Mengapakah orang Melayu menentang kerakyatan jus soli? (f5 m/s 126)
Melemahkan kedudukan orang Melayu
Pemberian hak yang tidak sama antara kaum
Menjejaskan kedudukan istimewa orang Melayu
Mencabar kedudukan kuasa Raja-Raja Melayu
Mengapakah Barisan Sosialis menentang pembentukan Malaysia? (f5 m/s 141)
Menjejaskan kestabilan politik
Ancaman keselamatan
Penjajahan baru
Menggugat kemerdekaan Singapura
Di Brunei pada awalnya, Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia. Namun, Parti Rakyat Brunei (PRB) pimpinan A.M.Azahari menentang gagasan Malaysia.
Mengapakah PRB menentang gagasan Malaysia? (f5 m/s 145)
Meninjau pendapat rakyat terlebih dahulu
Penubuhan Persekutuan Borneo
Menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu
Bimbang sumber ekonomi dikuasai oleh Malaysia
Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen setelah mencapai kemerdekaan. Sistem ini membolehkan rakyat.. (f5 m/s 161)
boleh menukar sistem pemerintahan
berpeluang memilih ketua Negara
berhak membentuk kerajaan
boleh memilih perwakilan di Dewan Negara
Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi kepada semua rakyat. Apakah yang dimaksudkan hak asasi? (f5 m/s 164)
Kebebasan pemberian lesen perniagaan dan perdagangan
Mengkritik dan menghasut masyarakat
Mendapat biasiswa dan pinjaman perumahan
Kebebasan beragama dan memiliki harta secara sah
Bendera Malaysia merupakan lambang kebanggan rakyat Malaysia. Apakah kepentingan bendera negara dikibar setelah mencapai sesuatu kejayaan? (f5 m/s 189)
Kebanggaan terhadap negara
Menunjukkan identiti negara
Sebagai tradisi kepada sebuah negara
Untuk menunjukkan negara yang diwakili
Siapakah tokoh yang diberi tanggungjawab memajukan kawasan luar bandar dengan menubuhkan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar? (f5 m/s 199)
Tunku Abdul Rahman
Tun Dr.Ismail
Dato Hussein Onn
Dato Abdul Razak
Di bawah Dasar Pertanian Negara, program pembangunan in-situ diperkenalkan. Apakah matlamat program tersebut? (f5 m/s 206)
Memasarkan barangan
Mengurangkan cukai tanah
Meningkatkan produktiviti
Membuka tanah perladangan
Prinsip Rukun Negara perlu dihayati oleh semua masyarakat di Malaysia. Mengapa kita perlu menghayati prinsip Rukun Negara? (f5 m/s 211)
Ideologi untuk membentuk masyarakat ideal
Negara yang mengamalkan sistem demokrasi
Falsafah pendidikan kepada masyarakat
Teras membina semangat bersaing antara kaum
Apakah faktor-faktor tercetusnya Perang Dunia Pertama? (f5 m/s 229)
i Ekonomi
ii Sosial
iii Kekayaan bahan mentah
v Politik
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Penubuhan Pakatan Warsaw disebabkan (f5 m/s 235)
Perang Dunia Pertama
Perang Dunia Kedua
Perang Dingin
Perang Timur Tengah
Namakan pertubuhan yang dianggotai oleh Malaysia berdasarkan pernyataan di bawah. (f5 m/s 243)
· Membina semangat setia kawan dalam kalangan negara anggota
· Mewujudkan kerjasama dalam segala bidang
Komanwel
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA)
Apakah kepentingan Sukan SEA terhadap Malaysia? (f5 m/s 260)
Mengerat perpaduan kaum
Memperkasakan Negara
Memudahkan perkongsian maklumat serantau
Merapatkan hubungan antara negara
