wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sejarah (KMK-LMS) 2022

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah takrif  kedaulatan dalam bahasa Inggeris?

a)

Negara yang bebas dan merdeka

b)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara

d)

Negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan

2.

Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?

a)

Menjadi kuasa politik unggul dunia

b)

Menunjukkan kekuatan angkatan tentera

c)

Mewujudkan keberkesanan sistem pentadbiran

d)

Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa

3.

Konsep kedaulatan  tradisional Kesultanan Melayu merujuk kepada

a)

raja memerintah

b)

    alat kebesaran diraja

c)

sistem pemerintahan beraja

d)

negeri yang ditadbir oleh raja

4.

Senarai dibawah adalah undang-undang yang digunakan oleh Negeri-negeri Melayu sebelum  kedatangan kuasa Barat.

·     Hukum Kanun Melaka

·     Hukum Kanun Pahang

·     Undang-Undang Kedah

Apakah persamaan pada undang-undang tersebut?

a)

Menerangkan kesalahan jenayah

b)

Menjadi panduan kepada pemerintah

c)

Mengawal kegiatan ekonomi

d)

Mengecualikan pemerintah dari hukuman

5.

Sistem perundangan berikut diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat oleh British.

·     Charter of Justice

Apakah asas undang-undang yang diperkenalkan tersebut?

a)

Perundangan di England

b)

Undang-undang di negeri Melayu

c)

Undang-undang tempatan

d)

Undang-undang tanah jajahan

6.

Maklumat berikut berkaitan mesyuarat Majlis Negeri Perak.

Tahun 1877 - Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak di pengerusikan oleh Raja Muda Yusuf

Apakah kepentingan mesyuarat tersebut?

a)

Majlis raja dibentuk

b)

Membentuk Majlis Mesyuarat kerajaan

c)

Mewujudkan konsep pengasingan kuasa

d)

Menjadi asas pembentukan perundangan negara

7.

Negara Malaysia diperintah melalui sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.  Kuasa tertinggi terletak pada

a)

Kabinet

b)

Perdana Menteri

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Perlembagaan Persekutuan

8.

Apakah kesan pengamalan sistem demokrasi berparlimen di negara kita?

a)

Menggalakkan pemusatan kuasa

b)

Menyekat pengaruh fahaman komunis

c)

Mengekalkan pemerintahan beraja

d)

Mengekalkan pemerintahan stabil

9.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda pada tahun 1963 dan 1965.

Apakah rasional pindaan tersebut?

a)

Perubahan politik dalam negara

b)

Atas permintaan Majlis Raja-raja Melayu

c)

Mengekalkan keluhuran perlembagaan

d)

Desakan daripada pihak British

10.

Pernyataan berikut berkaitan dengan badan eksekutif pada peringkat Kerajaan Persekutuan  

Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan Menteri-menteri yang memegang portfolio tertentu

Apakah peranan badan tersebut?

      

a)

Meluluskan sistem cukai baru

b)

Melaksanakan dasar-dasar negara

c)

Menggubal undang-undang negara

d)

  Mengadili pertikaian antara pemerintah dengan rakyat

11.

Antara berikut, perkara manakah yang terletak di bawah bidang kuasa dalam Senarai bersama?  

          

I Pelajaran

     II Perumahan

          III Kebudayaan dan sukan

           IV Keselamatan dalam negeri

        

a)

I dan II

b)

  I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Maklumat berikut berkaitan cadangan terawal pembentukan Malaysia.

 

Tokoh : Sir Malcolm MacDonald

Tahun : 1951

Cadangan : Penggabungan tanah jajahan

British di Asia Tenggara

Mengapakah cadangan tersebut dikemukakan?  

a)

Melindungi kepentingan British

b)

Membendung ancaman komunis

c)

Melaksanakan dasar dekolonisasi

d)

Mewujudkan keseimbangan ekonomi

13.

Faktor keselamatan yang mendorong pembentukan gagasan Malaysia

 

a)

Desakan British

b)

Pengaruh Indonesia

c)

Ancaman Komunis

d)

Keseimbangan Kaum

14.

Kesan penubuhan Malaysia terhadap rantau Asia Tenggara

a)

Mewujudkan kestabilan politik

b)

Melahirkan Kerjasama tentera

c)

Mengeratkan perpaduan antara negara

d)

Menghindarkan campur tangan kuasa asing

15.

Bagaimanakah penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei dapat mengatasi kesan kemasukan Singapura dalam Persekutuan Malaysia.

a)

Mengawal jumlah penduduk

b)

Mengimbangi komposisi antara kaum

c)

Mengawal jumlah dan kadar pertumbuhan kaum

d)

Mengawal kemasukan imigran Cina ke Malaysia

16.

Mengapakah golongan pedagang dan penguasaha industri di Singapura menyokong pembentukan Malaysia?

 

a)

Membuka pasaran luas

b)

Membangunkan ekonomi serantau

c)

Memajukan Pelabuhan bebas Singapura

d)

Menggalakkan kemasukan pekerja asing

17.

Mengapakah Barisan Sosialis menentang penggabungan Singapura kedalam Malaysia?

  

a)

Pengaruh Parti akan berkurangan

b)

Singapura kehilangan pengaruh ekonomi

c)

Malaysia dianggap sebagai neokolonialisme

d)

Kemenangan dalam pilihan raya tidak diiktiraf

18.

Apakah tujuan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mencadangkan Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Mengukuhkan ekonomi

b)

Meningkatkan perpaduan

c)

Membendung ancaman komunis

d)

Menstabilkan politik  serantau

19.

  Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya Cobbold?

 

a)

Memastikan kepentingan British di Tanah Melayu terkawal

b)

Melatih penduduk tempatan dan kaum lain mentadbir Tanah Melayu

c)

Menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

d)

Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang penubuhan Malaysia

20.

Hak keistimewaan yang diperolehi Sarawak dan Sabah apabila menyertai Persekutuan Malaysia tahun 1963?

a)

Menentukan dasar luar negeri

b)

Menentukan agam rasmi negeri

c)

Mengawal hal ehwal imigresen

d)

Mengawal sumber kewangan negeri

21.

Bagaimanakah kerajaan mengatasi cabaran pembangunan sosioekonomi di Sarawak dan Sabah?

 

a)

Membangunkan bandar baharu

b)

Meningkatkan insfrastruktur

c)

Memajukan industri pelancongan

d)

Mempelbagaikan pertanian komersil

22.

Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan sistem Pendidikan di Sabah dan Sarawak?

 

a)

Melatih tenaga guru baharu

b)

Membina kurikulum bersepadu

c)

Menambah peruntukan Pendidikan

d)

Menjadikan sistem persekolahan satu aliran

23.

Bagaimanakah Operasi Hammer Berjaya melemahkan Gerakan Komunis di Sarawak?

 

a)

Memusnahkan senjata api

b)

Menyekat pergerakan komunis

c)

Membuka penempatan baharu

d)

Menawarkan pengampunan kepada Komunis

24.

Mengapakah sukar membentuk integrasi nasional antara Semenanjung Malaysia  dengan Sabah dan Sarawak?

 

a)

Jurang ekonomi yang luas

b)

Taraf Pendidikan berbeza

c)

Kepelbagaian etnik dan kaum

d)

Jarak antara wilayah terlalu jauh

25.

Rusuhan kaum yang berlaku di Singapura pada 21 Julai 1964 menjadi antara faktor  pemisahan Singapura.

     

Mengapakah rusuhan tersebut berlaku?

 

a)

Pengaruh ideologi komunis

b)

Tuntutan persamaan hak

c)

Ketidakseimbangan ekonomi

d)

Parti pemerintah hilang majoriti

26.

Dasar pendidikan British telah menyebabkan munculnya sistem pendidikan Vernakular di Tanah Melayu.

Apakah kesan kemunculan sistem pendidikan vernakular?

 

a)

Meningkatkan jurang ekonomi

b)

Memupuk perpaduan kaum

c)

Meningkatkan intergrasi nasional

d)

Mewujudkan perbezaan pemikiran

27.

Antara berikut manakah langkah kerajaan memperkasakan perpaduan kaum dan Intergrasi Nasional dalam ekonomi?

 

a)

Membuka bandar baharu

b)

Menghapuskan miskin bandar

c)

Membangunkan Kawasan luar bandar

d)

Menggalakkan penghijrahan ke bandar

28.

Apakah kesan yang timbul hasil daripada Kajian Aminudin Baki?

           

a)

Penubuhan universiti

b)

Kewujudan falsafah Pendidikan

c)

Penekanan 3M dalam pembelajaran

d)

Pengenalan persekolah aneka jurusan

29.

Apakah yang mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Pada tahun 1967?

             

a)

Pelancaran Bulan Bahasa

b)

Kelulusan Akta Bahasa Kebangsaan

c)

Pelancaran slogan “Bahasa Jiwa Bangsa

d)

Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia

30.

Apakah objektif utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan?

          

a)

Mengukuhkan perpaduan

b)

Memelihara kebudayaan negara

c)

Menjamin kedaulatan negara

d)

Mempertingkatkan kebudayaan nusantara

31.

Dasar Ekonomi Baru(DEB) terbentuk pada tahun 1971 hasil cadangan Majlis  Perundingan Negara (MAPEN ). Apakah matlamat utama DEB diperkenalkan?

 

a)

Memakmurkan  ekonomi negara

b)

Mengagihkan kekayaan secara adil

c)

Memajukan bidang ekonomi baru

d)

Mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum

32.

Apakah strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan DEB mencapai matlamatnya?

 

a)

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi

b)

Memajukan ekonomi kawasan luar bandar

c)

Memperkenalkan pertanian moden berorientasikan eksport

d)

Menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi

33.

DEB turut menumpukan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk miskin bandar.

      Apakah faktor wujudnya masalah kemiskinan di bandar?

a)

Kurang peluang pekerjaan

b)

Taraf pendidikan yang rendah

c)

Pendapatan tidak menentu

d)

Masalah perumahan penduduk

34.

Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan luar dengan  

Kerajaan di rantau luar alam Melayu?

a)

Meluaskan empayar

b)

Menjamin kestabilan negeri

c)

Menguasai perdagangan

d)

Membuktikan keagungan kerajaan

35.

Antara berikut manakah dasar luar negara semasa zaman Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj?

 

a)

Mengamalkan dasar berkecuali

b)

Probarat dan antikomunis

c)

Mengutamakan kepentingan ekonomi

d)

Mengutamakan hubungan dengan negara Islam

36.

Apakah matlamat penggubalan dasar luar Malaysia?

 

I  Melindungi kepentingan nasional

II Mengekalkan kedaulatan negara

III Menyelesaikan masalah antarabangsa

IV Mendapatkan bantuan kuasa besar

a)

I dan II  

b)

I dan IV 

c)

II dan III 

d)

III dan IV

37.

Maklumat berikut berkaitan kawasan sempadan dan tuntutan bertindih Malaysia

      dengan negara jiran.

 

Kawasan : Pulau Batu Putih

Negara terlibat : Malaysia dengan Singapura

Kawasan : Pulau Sipadan dan Ligitan

Negara terlibat : Malaysia dengan Indonesia

Tuntutan tersebut diselesaikan melalui

 

    

a)

Sidang Kemuncak Ketua Negara ASEAN

b)

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

c)

Perhimpunan Agong PBB

d)

Mahkamah Timbang Tara PBB

38.

Mengapakah Malaysia menjadi lokasi utama pemerdagangan manusia ke negara Lain?

    

a)

Kemajuan ekonomi

b)

Kemasukan ramai buruh asing

c)

Kedudukan strategik

d)

Tumpuan pelancong asing

39.

Langkah kerajaan mengatasi masalah Malaysia sebagai lokasi transit pemerdagang orang ialah...

 

a)

Menutup pintu sempadan negara

b)

Menghadkan kemasukan warga asing

c)

Menguatkuasakan undang-undang Konvensyen PBB

d)

Meningkatkan kawalan perairan negara

40.

Masalah yang sering dihadapi negara seperti Malaysia dalam menjalankan

Perdagangan dengan negara maju ialah

a)

Gerakan anti barangan Malaysia

b)

sekatan dan halangan perdagangan

c)

lambakan barangan dipasaran

d)

monopoli negara maju dalam pasaran dunia