wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah bab 8 ( tingkatan 4)

Total questions: 33

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Rajah 1 menunjukkan kaedah pendidikan tidak formal dalam masyarakat Melayu tradisional.


Kaedah Pendidikan Tidak Formal:


  • Pantun
  • Cerita lisan

Apakah matlamat pendidikan tidak formal melalui kaedah tersebut?

a)

Meningkatkan kreativiti dalam bidang persuratan

b)

Membentuk masyarakat berakhlak mulia

c)

Melahirkan generasi yang celik huruf

d)

Membina insan yang berkemahiran

2.

Pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu mengalami perubahan selepas kedatangan Islam.

Apakah perubahan tersebut?

a)

Pembesar membiayai penubuhan sekolah

b)

Bahasa Arab menjadi bahasa pengantar

c)

Melibatkan semua lapisan masyarakat

d)

Terhad dalam golongan bangsawan

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan institusi pendidikan di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam.

  • Berdasarkan sukatan pelajaran
  • Dijalankan secara kelas
  • Diawasi oleh mudir


Apakah institusi pendidikan tersebut?

a)

Istana

b)

Pondok

c)

Madrasah

d)

Surau

4.

Konsep daulat merupakan pengikat yang kuat antara rakyat biasa dengan pemerintah dalam masyarakat Melayu tradisonal.


Bagaimanakah konsep tersebut diperkukuh ?

a)

Melalui pendidikan formal

b)

Menggunakan kekuatan tentera

c)

Memantapkan adat istiadat

d)

Menjalin hubungan luar

5.

Ulama berikut telah memberikan sumbangan penting dalam memperkukuh sistem pemerintah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

  • Makhdum Sayid Abdul Aziz
  • Maulana Abu Bakar


Bagaimanakah mereka membantu memperkukuh sistem pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ?

a)

Menjadi penasihat raja

b)

Mengurus kegiatan ekonomi

c)

Menjadi utusan ke luar negeri

d)

Menggubal peraturan rasmi istana

6.

Pasangan manakah yang betul?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Mengapakah undang-undang tersebut digubal?

a)

Menyekat monopoli pedagang asing

b)

Mengekalkan kuasa di tangan rakyat

c)

Meningkatkan kecekapan pentadbiran

d)

Menjamin keseragaman sistem kewangan

8.

Antara yang berikut, yang manakah terkandung dalam Hukum Kanun Melaka?


I Kesalahan jenayah

II Tatacara peperangan

III Hubungan diplomatik

IV Bidang tugas pemerintah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan mempunyai ciri matrilineal.


Apakah ciri matrilineal dalam adat tersebut?

a)

Pelantikan ketua adat

b)

Keturunan sebelah bapa

c)

Perkahwinan sesama suku

d)

Anak perempuan mewarisi harta

10.

Pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka memberi perhatian terhadap perkembangan ilmu pengetahuan.


Apakah faktor yang membantu perkembangan ilmu pengetahuan dalam kerajaan tersebut?

a)

Perubahan pucuk pimpinan

b)

Peningkatan taraf hidup rakyat

c)

Kemunculan kelas pertengahan

d)

Kedatangan ulama dari luar negara

11.

Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

a)

Pengaruh ajaran Islam

b)

Pengaruh Hindu-Buddha

c)

Pengaruh kepercayaan animisme

d)

Pengaruh sistem adat tradisional

12.

Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap pendidikan formal di Tanah


  • Tuk Pulai Condong
  • Tok Ku Paloh
a)

Melancarkan sistem madrasah

b)

Menyeragamkan sukatan pelajaran

c)

Memperkukuhkan sistem pendidikan pondok

d)

Mengasaskan pendidikan untuk kaum wanita

13.

Zilullah fil-alam adalah gelaran raja selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Apakah kesan penggunaan gelaran tersebut?

a)

Pengukuhan hubungan luar

b)

Kemantapan undang-undang

c)

Keberkesanan sistem pentadbiran

d)

Pengiktirafan kewibawaan pemerintah

14.

Senarai berikut adalah tokoh ulama penting pada Zama Kesultanan Melaka.

  • Maulana Sadar Jahan
  • Maulana Jalaludin
  • Qadi Yusuf

Mengapakah tokoh ulama tersebut dianggap penting?

a)

Penasihat sultan

b)

Hakim perbicaraan

c)

Pengurus baitulmal

d)

Penggubal undang-undang

15.

Undang - undang Kesultanan Melayu Melaka:

  • Hukum Kanun Melaka
  • Undang-Undang Laut Melaka


Apakah persamaan undang-undang tersebut?

a)

Mengandungi peraturan berkeluarga

b)

Menjelaskan pantang larang dalam masyarakat

c)

Menghuraikan tanggungjawab dan hukuman

d)

Menetapkan tugas raja dan pembesar

16.

Golongan raja di Asia Tenggara menggunakan gelaran berikut setelah kedatangan Islam.

  • Zillullah fil-alam
  • Zillullah fil-ardh

Mengapakah gelaran tersebut digunakan?

a)

Melambangkan kemakmuran kerajaan

b)

Mengekalkan warisan tradisi

c)

Mengesahkan kewibawaan

d)

Memelihara hak penduduk

17.

Peta 2 menunjukkan jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah faktor yang membolehkan Melaka meluaskan jajahan takhluk?

a)

Pengaruh agama Islam

b)

Bantuan tentera asing

c)

Kepadatan penduduk

d)

Kekeayaan hasil bumi

18.

Bagaimanakah Laksamana membantu meneruskan perkembangan Islam di Melaka pada abad ke-I6?

a)

Mengetuai protokol di istana

b)

Mengawal keamanan dalam negeri

c)

Mentadbir kemudahan di pelabuhan

d)

Menjaga keselamatan kawasan perairan

19.

Selepas kedatangan Islam, sistem pendidikan madrasah dilaksanakan di Tanah Melayu. Apakah ciri sistem pendidikan tersebut?

I Dilaksanakan secara kelas

II Waktu pembelajaran terhad

III Keperluan asas disediakan pelajar

IV Pendidikan diawasi mudir

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Apakah faktor yang menyebabkan kesibukan pelabuhan tersebut?

a)

Bebas cukai

b)

Banyak galian

c)

Pentadbiran cekap

d)

Mata wang seragam

21.

Undang-undang berikut wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

  • Hukum Kanun Melaka
  • Undang - Undang Laut Melaka

Apakah kepentingan undang-undang tersebut?

I Menentukan struktur kerajaan

II Menetapkan sempadan wilayah

III Menyekat pengaruh budaya luar

IV Memajukan kegiatan perdagangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Sekolah pondok merupakan institusi pendidikan penting di Tanah Melayu pada abad ke-17.


Pernyataan yang manakah berkaitan dengan institusi tersebut?

a)

Peperiksaan secara berpusat

b)

Waktu pembelajaran tidak terbatas

c)

Mufti mengawal sukatan pembelajaran

d)

Bangunan dibina oleh pemerintah

23.

Apakah peranan tokoh ulama tersebut?

a)

Menasihati sultan

b)

Mengawal adat istiadat

c)

Menguatkuasa undang-undang

d)

Mengetuai pentadbiran wilayah

24.

Senarai berikut merujuk kepada undang-undang bertulis dalam kerajaan Melayu tradisional.

Undang- undang Pahang Undang-undang Kedah Undang-undang Perak


Apakah kesan pelaksanaan undang-undang tersebut?

a)

Melicinkan sistem pentadbiran

b)

Menyekat pengaruh asing

c)

Memantapkan sistem pendidikan

d)

Mengeratkan hubungan diplomatik

25.

Maklumat berikut berkaitan dengan pendidikan formal di Tanah Melayu.

  • Terdapat sukatan pelajaran
  • Dilaksaakan secara kelas
  • Pengajaran mengikut tahap

Maklumat tersebut berkaitan dengan...

a)

Sekolah pondok

b)

Sistem madrasah

c)

Pembelajaran di masjid

d)

Pengajaran di istana

26.

Undang-undang berikut dilaksanakan dlm kerajaan Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat.

  • Hukum Kanun Melaka
  • Undang-undang Perak
  • Undang-undang Pahang

Apakah kepentingan undang-undang tersebut?

a)

Menentukan corak pemerintahan kerajaan

b)

Menyekat peluasan pengaruh kerajaan luar

c)

Menetapkan sempadan antara negeri

d)

Mengehadkan bidang kuasa raja

27.

Mengapakah institusi baitulmal diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menetapkan kadar cukai

b)

Menguruskan harta kerajaan

c)

Mengendalikan adat istiadat istana

d)

Menentukan bidang tugas pembesar

28.

Tokoh berikut berperanan penting dalam Kesultanan Melayu Melaka.

  • Makhdum Sayid Abdul Aziz
  • Maulana Abu Bakar
  • Maulana Sadar Jahan

Apakah peranan mereka?

a)

Menasihati pemerintah

b)

Menetapkan istiadat diraja

c)

Mengetuai utusan diplomatik

d)

Menguatkuasakan undang-undang

29.

Apakah X ?

a)

Menerusi pantun

b)

Mengadap guru

c)

Pembacaan kitab

d)

Pengajian sekolah pondok

30.

Jadual di atas menerangkan perubahan motif dalam seni ukiran orang Melayu selepas kedatangan Islam.


Apakah X ?

I Cakerawala

II Tumbuh-tumbuhan

III Bunga-bungaan

IV Binatang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.

Undang - Undang Bertulis:

  • Hukum Kanun Melaka
  • Undang-undang Laut Melaka

Apakah persamaan undang-undang tersebut?

a)

Peraturan berkeluarga

b)

Pantang larang anggota masyarakat

c)

Penetapan tugas raja dan pembesar

d)

Penetapan tanggungjawab dan hukuman

32.

Apakah ciri matrilineal dalam Adat Perpatih?

a)

Pelantikan ketua adat

b)

Nasab keturunan bapa

c)

Perkahwinan luar suku

d)

Perempuan mewarisi harta

33.

Pengaruh Bani Umaiyah dalam Kesultanan Melayu dapat dilihat melalui...

a)

bahasa istana

b)

amalan protokol

c)

adat kebesaran diraja

d)

alat perkahwinan diraja