wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 5 TING 5 - PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Total questions: 28

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

SPMU 2018

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani pada 15 Ogos 1957.

Mengapakah perjanjian tersebut penting kepada penduduk Tanah Melayu?

a)

Meneruskan kuasa British

b)

Majlis Mesyuarat Negeri dibentuk

c)

Mendapat hak untuk memerintah sendiri

d)

Menamatkan sistem pemerintahan monarki

2.

SPMU 2018

Pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Apakah perkara asas yang dipertimbangkan dalam rangka perlembagaan

tersebut?

a)

Kedudukan British

b)

Jawatan tradisional

c)

Bantahan negara jiran

d)

Kuasa autonomi negeri

3.

SPM 2017

Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951.

Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi.

a)

Kabinet bayangan bebas daripada kawalan kerajaan pusat

b)

Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan

c)

Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja

d)

Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir

4.

SPM 2017

Rajah menunjukkan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka.

Mengapakah perkembangan tersebut berlaku ?

a)

Keputusan pilihan raya tidak memberangsangkan

b)

Kecekapan sistem pentadbiran negara meningkat

c)

Pengaruh orang dagang semakin kuat

d)

Perpaduan antara kaum tidak mantap

5.

SPMU 2017

Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Reid.

Apakah X ?

a)

Membendung kegiatan komunis

b)

Menetapkan sempadan antara negeri

c)

Menetapkan kuasa Yang di-Pertuan Agong

d)

Membentuk rupa bangsa di Tanah Melayu

6.

SPMU 2017

Apakah kebaikan Sistem Ahli kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Mendapat peluang mentadbir kerajaan

b)

Mengekalkan pentadbiran tradisional

c)

Mendapat pengiktirafan kuasa besar

d)

Menjimatkan kewangan kerajaan

7.

SPM 2016

Maklumat berikut merujuk kepada rundingan antara wakil Tanah Melayu dengan British.

Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

a)

Pelaksanaan pilihan raya umum

b)

Pemberian kemerdekaan tanah air

c)

Pengekalan hak istimewa orang melayu

d)

Pelantikan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri

8.

SPMU 2016

Maklumat berikut adalah usaha untuk menyatukan kaum di Tanah Melayu.

Mengapakah usaha tersebut penting?

a)

Merangka perlembagaan Persekutuan

b)

Mempercepat kemerdekaan negara

c)

Menetapkan syarat kerakyatan

d)

Memantapkan Sistem Ahli

9.

SPMU 2016

Sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951.

Bagaimanakah sistem tersebut dapat memperkukuh perpaduan rakyat?

a)

Ahli dipantau oleh suruhanjaya bebas

b)

Undang-undang antiperkauman digubal

c)

Ahli dilantik dalam kalangan pelbagai kaum

d)

Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan

10.

SPM 2015

Gambar berkaitan Rundingan London yang diadakan pada tahun 1956 .

Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

a)

Pembentukan Jawatankuasa Antara Kaum

b)

Kelonggaran syarat mendapatkan kerakyatan

c)

Penubuhan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan

d)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

11.

SPM 2015

Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1953. Apakah hasil konvensyen tersebut?

a)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perbandaran

b)

Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya

c)

Pelantikan Jawatankuasa Pilihan Raya

d)

Pembentukan Parti Perikatan

12.

SPMU 2015

Apakah isu yang diberikan perhatian oleh Suruhanjaya Reid?

a)

Hal kerakyatan

b)

Penetapan sempadan

c)

Hal ehwal imigresen

d)

Peruntukan kewangan

13.

SPMU 2015

Apakah jasa mereka?

a)

Menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara

b)

Menentang Malayan Union

c)

Menamatkan zaman darurat

d)

Menyatupadukan rakyat

14.

SPM 2014

Apakah cadangan Dato' Onn Jaafar untuk menyatupadukan penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka?

a)

Membuka keahlian UMNO kepada semua kaum

b)

Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan

c)

Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan

d)

Membentuk Parti Perikatan

15.

SPM 2014

Apakah persetujuan yang dicapai dalam Rundingan London 1956?

a)

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum

b)

Penetapan syarat mendapatkan kerakyatan

c)

Pembentukan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan

d)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

16.

SPM 2014

Apakah yang dilaksanakan oleh pemimpin Tanah Melayu pada tahun 1950-an untuk merealisasikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Memperkukuh perpaduan kaum

b)

Mengadakan pungutan suara

c)

Mendapatkan sokongan luar

d)

Berunding dengan komunis

17.

SPMU 2014

Mengapakah Dato' Onn bin Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (Independence for Malaya Party) pada tahun 1950-an?

a)

Memantapkan kedudukan UMNO

b)

Mendapatkan bantuan daripada British

c)

Mewujudkan kerjasama pelbagai kaum

d)

Melemahkan ancaman pengganas komunis

18.

SPMU 2014

Pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid telah dibentuk.

Apakah peranan suruhanjaya tersebut?

a)

Merancang pembangunan ekonomi

b)

Melatih rakyat tempatan dalam pentadbiran

c)

Membentuk Jawatankuasa Perpaduan Kaum

d)

Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

19.

SPM 2013

Pada bulan Februari 1952, UMNO Kuala Lumpur dan MCA telah menjalin kerjasama dalam bidang politik.

Apakah kesan kerjasama tersebut terhadap UMNO dan MCA?

a)

Ditentang hebat oleh Parti Kemerdekaan Malaya

b)

Mendapat bantuan kewangan daripada British

c)

Gagal mendapat sokongan semua kaum

d)

Menang dalam pilihan raya majlis perbandaran

20.

SPM 2012

Antara yang berikut, manakah jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

I Melalui permohonan

II Kuat kuasa undang-undang

III Perkenan Raja-Raja Melayu

IV Kelulusan Dewan Undangan Negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

SPM 2011

Mengapakah Sistem Ahli 1951 diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?

a)

Merangka perlembagaan baru

b)

Membincangkan syarat kewarganegaraan

c)

Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri

d)

Melaksanakan pilihan raya umum

22.

SPM 2011

Tokoh berikut telah dilantik memegang portfolio dalam Sistem Ahli pada tahun 1951.

 Dato Onn Bin Jaafar

 Dr Lee Tiang Keng

 Dato E.E.C Thuraisingam

Apakah persamaan tugas mereka dalam sistem tersebut?

a)

Menasihati raja dalam pentadbiran

b)

Mencadangkan undang-undang

c)

Merangka sistem pendidikan

d)

Memajukan kegiatan ekonomi

23.

SPM 2010

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957.

Apakah kesan perjanjian tersebut?

a)

Pemisahan kuasa negeri dengan persekutuan

b)

Pembentukan kerajaan bercorak republik

c)

Pesuruhjaya Negeri dikekalkan

d)

Pengaruh golongan kiri dihapuskan

24.

SPM 2010

Apakah perkara yang dipersetujui dalam rundingan berikut?

a)

Pengehadan bilangan kaum imigran

b)

Penyertaan Singapura dalam Persekutuan Malaysia

c)

Penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Penubuhan Lembaga Kemajuan Industri Desa (RIDA)

25.

SPM 2009

Jadual menunjukkan keputusan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

Apakah manifesto Parti Perikatan sehingga membawa kepada kemenangan tersebut?

a)

Peningkatan taraf kesihatan penduduk

b)

Pengekalan sistem pentadbiran Barat

c)

Peluang pekerjaan kepada rakyat

d)

Perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu

26.

SPM 2009

Gambar menunjukkan Tunku Abdul Rahman sedang diarak di Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.

Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada masyarakat Tanah Melayu?

a)

Pengisytiharaan tarikh kemerdekaan

b)

Kunjungan pemimpin negara

c)

Kempen pilihan raya umum

d)

Pembentukan Persekutuan Malaysia

27.

SPM 2007

Suruhanjaya Reid dibentuk di Tanah Melayu pada tahun 1956 sebagai persediaan kemerdekaan.

Apakah tugas suruhanjaya tersebut?

a)

Menganjurkan rundingan antara kaum

b)

Melantik pegawai pentadbiran baru

c)

Mencadangkan tarikh pilihan raya

d)

Merangka perlembagaan

28.

SPM 2004

Kesan daripada persetujuan di atas dalam Pakatan Murni menyebabkan pemimpin bukan Melayu bersetuju menerima

I agama Persekutuan

II undang-undang

III prinsip kehakiman negara

IV kedudukan raja-raja Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV