Font size
WorksheetsSEJARAH TING 4 - BAB 5
Total questions: 30
Worksheet time: 2hrs 30mins
Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union menyebabkan British memperkenalkan (m.s 125)
Pertubuhan Tanah Melayu 1948
Persekutuan Tanah Melayu 1948
Negeri-Negeri Melayu 1948
Tanah Melayu Union 1948
Apakah maksud persekutuan? (m.s 126)
Negeri-negeri diberikan kuasa kerajaan persekutuan
Gabungan negeri yang membentuk kerajaan di bawah pemerintahan seorang raja
Gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran.
Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu (m.s 126)
[Pilih 2 jawapan]
Kerajaan pusat
Kerajaan diraja
Kerajaan negeri
Jawatankuasa ini membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Apakah nama Jawatankuasa yang dimaksudkan? (m.s 126)
Jawatankuasa UMNO
Jawatankuasa Kerja
Jawatnkuasa Raja-raja Melayu
Jawatankuasa Kakitangan British
Wakil Raja-raja Melayu dalam Jawatankuasa Kerja ialah (m.s 127)
[Pilih 3 jawapan)
Dato Hamzah Abdullah
Dato Nik Ahmad Kamil Mahmud
Dato Onn Jaafar
Raja Kamarulzaman Raja Ngah Mansur
DATO ONN JAAFAR
DATO ABDUL RAHMAN MOHD. YASSIN
HAJI MEGAT YUNUS
Ketiga-tiga tokoh di atas merupakan wakil sebuah pertubuhan dalam Jawatankuasa Kerja. Apakah pertubuhan yang mereka wakili
(m.s 167)
BERSATU
UMNO
PERIKATAN
MALAYAN UNION
Para nasionalis Melayu ini membantah tindakan British yang berunding secara senyap dengan UMNO. Mereka telah bergabung dalam satu pertubuhan yang dikenali sebagai (m.s 128)
Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
Gerakan Angkatan Muda (GERAM)
Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
AMCJA dan PUTERA telah bergabung membantah cadangan Jawatankuasa Kerja kerana (m.s 128) [Pilih 3 jawpan]
Jawatankuasa Kerja dianggap tidak demokratik
Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil Melayu
Jawatankuasa Kerja tunduk kepada tuntutan UMNO
Jawatankuasa Kerja tunduk kepada permintaan Raja-raja Melayu
Persamaan idea golongan nasionalis Melayu radikal pada tahun 40-an dan 50-an ialah (m.s 169)
memperjuangkan hak pendidikan orang Melayu
mempertahankan diskrminasi antara kaum
membebaskan tanah air daripada penjajah
melaungkan ideologi pembelaan orang Melayu negeri masing-masing
Golongan ini menentang British secara terbuka dan meyemarakkan semangat nasionalisme melalui media massa. Apakah nama yang sesuai bagi golongan seperti yang ditunjukkan di dalam gambar?
(m.s 129)
Golongan nasionalis
Golongan radikal
Golongan menengah
Gabungan PUTERA-AMCJA mengemukakan cadangan lain sebagai alternatif kepada Perjanjian Persekutuan Melayu 1948 yang dikenali sebagai (m.s 130)
Perlembagaan Rakyat
Perlembagaan Persekutuan 1948
Perlembagaan Gabungan 1948
Perlembagaan Alternatif
Berikut adalah cadangan Perlembagaan rakyat yang dikemukakan oleh gabungan PUTERA-AMCJA KECUALI (m.s 130)
Tanah Melayu bersatu dengan Singapura
Warganegara Malaya dikenali sebagai Melayu
Warna bendera ialah merah, putih, biru dan kuning
Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
Kemuncak bantahan PUTERA-AMCJA terhadap Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu digambarkan melalui peristiwa... (m.s 131)
Pilihanraya
Hartal
Demonstrasi kekerasan
Perintah Berkurung
Faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 (m.s 132-133)
[Pilih 3 jawapan]
Sokongan pentadbir British
Cadangan UMNO dan Raja-raja Melayu
Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union
Keinginan British untuk terus menjajah Tanah Melayu
Persekutuan Tanah Melayu menggabungkan sebelas (11) buah negeri Melayu. Apakah negeri yang tidak termasuk dalam gabungan ini? (m.s 134)
Pulau Pinang
Melaka
Singapura
Selangor
Kerakyatan Jus Soli bermaksud (m.s 135)
Kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran
Kerakyatan berdasarkan warganegara ibu bapa
Kerakyatan kepada individu yang lahir selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Kerakyatan berdasarkan permohonan melalui undang-undang
Ketua eksekutif Kerajaan Persekutuan 1948 terletak di bawah (m.s 134)
Gabenor British
Pesuruhjaya Tinggi British
Raja Engand
Yang Dipertuan Agong
Anggota Majlis Mesyuarat Persekutuan dikenali sebagai (m.s 134)
Ahli Jawatankuasa
Senator
Ahli
Ahli Parlimen
Rakyat Raja membawa maksud sebagai (m.s 135)
Rakyat Melayu di Tanah Melayu
Rakyat berketurunan Melayu di negeri Melayu yang mempunyai Sultan
Rakyat Melayu yang lahir di Tanah Melayu sebelum dan selepas Persekutuan 1948
Majlis Raja-raja ditubuhkan
Kedudukan istimewa orang Melayu terpelihara
Warganegara bersyarat diberikan kepada orang bukan Melayu
Apakah kesimpulan dari semua penyataan di atas (m.s 136)
Faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Punca penentangan orang Melayu terhadap Persekutuan tanah Melayu 1948
Mereka ialah orang Melayu yang menjadi ahli dalam Jawatankuasa Kerja. Siapakah tokoh yang dalam bulatan? (m.s 127)
Haji Mohamad Sheriff Osman
Dato Onn Jaafar
Dato Nik Ahmad Kamil Mahmud
Dato Hamzah Abdullah
Siapakah pengerusi Parti Kebangsaan Melayu Malaya? (m.s 128)
Siapakah pengerusi Malayan Indian Congress (MIC)? (m.s 128)
Siapakah pengerusi AWAS? (m.s 128)
Apakah tujuan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan (m.s 137)
Berunding dengan kerajaan British untuk mendapatkan kemerdekaan
Mewujudkan kerjasama dalam sektor politik, ekonomi dan sosial
Menggalakkan penyertaan semua kaum dalam pertubuhan
Membuka jalan ke arah toleransi dan integrasi antara kaum
Pantun berkenaan menggambarkan sebab pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Bagaimana orang Melayu menangani isu tersebut? (m.s 137)
Membentuk jawatankuasa perundingan
Mengukuhkan pertahanan negeri
Memajukan ekonomi peribumi
Mengadakan tunjuk perasaan
Mengapakah orang Melayu menerima perjanjian tersebut? (m.s 137)
Parti politik digabungkan
Berkuasa mengawal pentadbiran
Syarat kewarganegaraan ditambah
Kedudukan istimewa orang Melayu dilindungi
Mengapakah jawatankuasa tersebut ditubuhkan? (m.s 126)
Menentukan bidang senarai kuasa negeri
Mengehadkan kemasukan pekerja asing
Membentuk perjanjian persekutuan
Merangka Perlembagaan Rakyat
Mengapakah gabungan PUTERA-AMCJA ditubuhkan pada tahun 1947? (m.s.128)
Menentang Malayan Union
Mengeratkan perpaduan kaum
Memajukan pembangunan ekonomi
Menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Tokoh nasionalis Melayu radikal ini menerbitkan akhbar Suara Rakyat untuk mengajak orang Melayu berusaha mencapai kemerdekaan. (m.s 129)
