wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN TINGKATAN 4

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?

a)

Mewujudkan peluang pekerjaan

b)

Membantu masyarakat setempat

c)

Meningkatkan pendapatan negara

d)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

2.

Pernyataan berikut berkaitan dengan Syarikat Sedeqah Sdn Bhd.


Syarikat telah membina sebuah pondok menunggu bas di pelan Parit Sulong.


Syarikat Sedeqah Sdn Bhd telah menggunakan keuntungannya untuk

a)

memajukan lagi perniagaannya

b)

membantu masyarakat setempat

c)

membayar ganjaran kepada pekerjanya

d)

mendapatkan keyakinan daripada pelabur

3.

Gula, beras dan minyak masak adalah antara barang keperluan asas yang dijual pada harga subsidi.


Hal ini bermakna barang tersebut

a)

dijual pada harga kos

b)

dijual di atas harga kos

c)

dijual di bawah harga kos

d)

diberikan secara percuma

4.

Antara berikut pernyataan yang manakah tidak terlibat dalam konsep asas perniagaan?

a)

barangan dan perkhidmatan

b)

memuaskan keperluan dan kehendak

c)

pertukaran nilai dalam aktiviti perniagaan

d)

sumbangan sosial kepada pelanggan tetap

5.

Berdasarkan pernyataan di bawah,


Organisasi yang dibentuk bagi menjaga kepentingan dan mencapai tujuan masyarakat atau ahli mereka.


Pernyataan tersebut merujuk kepada

a)

organisasi bukan kerajaan

b)

organisasi dalam perniagaan

c)

organisasi dalam syarikat awam berhad

d)

aktiviti pembelian aset dalam organisasi kerajaan

6.

Keuntungan dalam perniagaan merujuk kepada

a)

kayu pengukur bagi perniagaan yang mampu bersaing di pasaran

b)

hasil kasar daripada jualan barangan setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos overhed dan cukai.

c)

hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang terlibat.

d)

hasil keuntungan daripada jualan barangan setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos overhed dan cukai

7.

Pernyataan yang manakah merujuk kepada kepentingan perniagaan kepada kerajaan.

a)

Peluang pekerjaan dan mengurangkan intensif buruh.

b)

Mendapat cukai untuk aktiviti pembangunan negara.

c)

Menstabilkan dan meningkatkan kualiti barang di pasaran

d)

Menyediakan barangan dan perkhidmatan kepada masyarakat

8.

X merupakan hasil bersih daripada aktíviti pemiagaan setelah jumlah perbelanjaan dítolak daripada jumlah hasil.


Apakah X berdasarkan maklumat tersebut di atas?

a)

Bonus

b)

Untung

c)

Dividen

d)

Faedah

9.

Apakah ciri-ciri syarikat sendirian berhad?

a)

Tiada hak maksimum pemilikan

b)

Jangka hayat perniagaan kekal

c)

mempunyai liabiliti tidak terhad

d)

Keuntungan diagih dalam bentuk bonus tahunan

10.

Aini ingin memulakan perniagaan pakaian secara kecil-kecilan. Apakah kelebihan jenis pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Kemahiran yang pelbagai

b)

Mudah mendapat keuntungan

c)

Kos penubuhan yang rendah

d)

Menanggung risiko bersama dengan pelanggan

11.

Apakah ciri-ciri sebuah perniagaan perkongsian?

a)

Liabiliti tidak terhad

b)

Jangka hayat adalah kekal

c)

Cukai pendapatan perniagaan

d)

Bilangan pemilik ialah antara 2 orang hingga 50 orang

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan perkongsian


"Rakan kongsi yang menyumbangkan modal sahaja dan tídak aktíf dalam aktívíti operasi perniagaan"


Rakan kongsi di atas merujuk kepada

a)

rakan kongsi aktif

b)

rakan kongsi lelap

c)

rakan kongsi terhad

d)

rakan kongsi nominal

13.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan penubuhan syarikat?

a)

Kebebasan mengurus oleh pemilik

b)

Cukai pendapatan yang rendah

c)

Menikmati ekonomi bidangan

d)

Liabiliti tidak terhad

14.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelemahan penubuhan koperasi?

a)

Kewujudan yang tidak kekal

b)

Operasi yang sangat agresif

c)

Kebebasan jual beli syer di bursa saham

d)

Kedudukan kewangan yang agak Iemah

15.

Antara berikut, yang manakah benar tentang Perkongsian Liabiliti Terhad?

a)

Kuasa pemegang syer terhad

b)

Modal pemegang syer terhad

c)

Bilangan pemegang syer terhad

d)

Tanggungan pemegang syer terhad

16.

Apakah kelebihan Syarikat Sendirian Berhad berbanding dengan Syarikat Awam Berhad?

a)

Syarikat Sendirian Berhad mempunyai taraf perundangan sendiri

b)

Keuntungan yang diperoleh Syarikat Sendirian Berhad terlepas daripada bebanan cukai

c)

Penyata kewangan Syarikat Sendirian Berhad tidak perlu diumumkan kepada orang ramai

d)

Lembaga pengarah Syarikat Sendirian Berhad tidak semestinya terdiri daripada pemegang syer

17.

Pernyataan manakah yang menerangkan skala perniagaan kebangsaan?

a)

Mengamalkan strategi pemasaran terbeza

b)

Menggunakan strategi pemasaran tidak terbeza

c)

Merupakan perusahaan kecil dan sederhana

d)

Bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak setempat sahaja

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan.


Syer tidak boleh dipindah milik tanpa persetujuan daripada pemegang syer yang lain.


Apakah jenis pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Syarikat perkongsian

b)

Syarikat awam berhad

c)

Syarikat jaminan berhad

d)

Syarikat sendiran berhad

19.

Maklumat berikut berkaitan dengan saiz perniagaan.


Perniagaan Ramli dan Perniagaan Abu mempunyai jualan tahunan yang sama. Perniagaan Ramli mempunyai bilangan pekerja yang ramai kerana berintensif buruh, manakala perniagaan Abu berintensif mesin. Maka perniagaan Ramli dianggap sebagai perniagaan yang bersaiz besar.


Terdapat kelemahan dalam kriteria yang digunakan untuk menentukan saiz pemiagaan itu. Apakah kriteria tersebut?

a)

Syer pasaran

b)

Jumlah modal

c)

Bilangan pekerja

d)

Jumlah jualan tahunan

20.

Maklumat berikut berkaitan dengan saiz perniagaan.


Syaríkat Speedway merupakan sebuah syarikat automobil yang mempunyai bilangan pekerja seramai 150 pekerja dan jumlah jualan sebanyak RM75 juta.


Syarikat Speedway boleh dikenali sebagai

a)

Perusahaan kecil

b)

Perusahaan mikro

c)

Perusahaan besar

d)

Perusahaan sederhana

21.

Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat

Logistik Berjaya


Syarikat Logistik Berjaya ialah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Syarikat ini mempunyai 80 orang pekerja dan mencapai jualan tahunan sebanyak RM25 juta.


Syarikat di atas dikenali sebagai

a)

Perusahaan kecil

b)

Perusahaan mikro

c)

Perusahaan besar

d)

Perusahaan sederhana

22.

Antara berikut, pilih persamaan antara perniagaan bersaiz kecil dan sederhana.

a)

Menikmati ekonomi bidangan

b)

Mempunyai sumber yang cukup untuk menguasai pasaran

c)

Mudah untuk mendapatkan pekerja yang mahirdan berpengalaman

d)

Lebih mudah untuk melakukan perubahan dalam strategi perniagaan

23.

Pernyataan berikut berkaitan dengan kelebihan perniagaan bersaiz kecil.


Encik Salman merupakan pemilik kedai runcit Maju Enterprise di Taman Maju, Bandar Batu Pahat dan sentiasa dikunjungi oleh pelanggan tetap ke kedainya.


Pernyataan tersebut merujuk pada

a)

komunikasi yang lebih baik antara Encik

Salman dengan pekeqanya

b)

layanan peribadi yang diberikan kepada semua pelanggan

c)

pelanggan yang berpuas hati dengan layanan yang diberikan

d)

kaedah untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dengan cita rasa pelanggan

24.

Kerajaan negeri menjalankan peranan

a)

membangunkan kawasan setempat

b)

membina jaringan pengangkutan yang baik

c)

mengumpul cukai pendapatan dan cukai keuntungan perniagaan

d)

melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan perniagaan

25.

Pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan guna tenaga penuh.

a)

Pengangguran mencapai tahap mínimum empat peratus

b)

Pengurangan kadar ganti pusing dalam kalangan pekerja

c)

Tidak wujud pengangguran sumber tenaga dalam kalangan pekerja

d)

Penganggur diberi latihan berkaitan dengan peningkatan produktiviti

26.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pengangguran bermusim?

a)

Keadaan ekonomi meleset

b)

Tiada kemahiran yang diperlukan

c)

Berlaku perubahan dalam industri

d)

Tempoh bekerja dalam jangka masa pendek

27.

Apakah faktor yang menyebabkan pengangguran bermusim berlaku?

a)

Pekerja tamat kontrak

b)

Pekerja diberhentikan

c)

Pekerja tiada kemahiran teknologi

d)

Pekerja mendapat pekerjaan baharu

28.

Pengangguran kitaran berlaku kerana

a)

ekonomi tidak stabil

b)

pekerja tamat kontrak

c)

pekega kekurangan kemahiran

d)

majikan gagal membayar gaji pekerja

29.

Pilih kesan yang berlaku akibat daripada kewujudan faktor persekitaran luaran yang menyebabkan trend menurun

a)

Kuasa beli meningkat

b)

Nilai wang meningkat

c)

Kos pengeluaran menurun

d)

Kesukaran melaksanakan polisi atau dasar yang berkaitan dengan ekonomi

30.

Bagaimanakah kerajaan dapat mempengaruhi operasi sesebuah pemiagaan?

a)

Melalui penggubalan dasar dan penguatkuasaan undang-undang

b)

Memberikan khidmat nasihat kepada golongan peniaga

c)

Meletakkan wakil kerajaan di setiap premis pemiagaan

d)

Mengenakan denda kepada peniaga yang tidak mengikut peraturan

31.

Antara berikut, yang manakah kesan kemelesetan ekonomi?


I. Guna tenaga penuh

II. Pengangguran meningkat

III. Kuasa beli penduduk menurun

IV. Kuasa beli penduduk meningkat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Pilih pernyataan yang benar berkaitan analisis

SWOT.

a)

Kekuatan dan ancaman ialah komponen analisis luaran

b)

Kekuatan dan kelemahan ialah komponen analisis luaran

c)

Peluang dan ancaman ialah komponen untuk analisis luaran

d)

Peluang dan ancaman ialah komponen untuk analisis dalaman

33.

Pilih pernyataan yang betul tentang masalah kemerosotan ekonomi.


I. Pendapatan penduduk tidak mencukupi untuk membeli barang

II. Peniaga akan mengeksport barang ke luar negara

III. Pengeluaran barang meningkat

IV. Kadar pengangguran meningkat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

Yang manakah kesan perubahan dari aspek teknologi?

a)

Kaedah pengagihan barang dan perkhidmatan menjadi lebih cekap

b)

Perbezaan gaya hidup membuka peluang menembusi pasaran yang baharu

c)

Pelbagai program berkaitan pemiagaan diterapkan dalam sistem pendidikan

d)

Sekatan dikenakan ke atas barang import untuk melindungi dan menjaga kepentingg peniaga tempatan

35.

Situasi manakah yang berkaitan dengan gaya pengurusan sederhana?

a)

Majikan bertindak tegas dengan pekerja

b)

Majikan terlalu memberi ruang kepada pekerja mereka

c)

Majikan menjaga hubungan baik dengan pekerja mereka

d)

Majikan menjalinkan hubungan baik dengan pekerja mereka

36.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan untuk menangani masalah perniagaan?


I Dasar fiskal

II Dasar kewangan

III Dasar pembangunan

IV Dasar pendidikan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Maklumat berikut berkaitan dengan satu langkah kerajaan untuk menangani masalah perniagaan


Merupakan satu langkah kerajaan untuk mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur percukaian.


Apakah langkah tersebut?

a)

Dasar fiskal

b)

Dasar pendidikan

c)

Dasar kewangan

d)

Dasar pembangunan

38.

Apakah yang akan dilakukan oleh bank tersebut dalam mengawal kadar inflasi?


I Menurunkan kadar bunga

II Meningkatkan kadar bunga

III Mengurangkan penawaran wang

IV Menambahkan penawaran wang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

39.

Antara yang berikut yang manakah merupakan insentif-insentif perniagaan yang diberi oleh kerajaan Malaysia?


I. Taraf perintis

II Elaun pekerja

III Cukai barangan

IV Elaun cukai pelaburan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Apakah bantuan kerajaan ke atas perniagaan?


I Menyediakan bantuan pemasaran

II Menyediakan bantuan kewangan

III Menyediakan keadaan ekonomi yang stabil

IV Menyediakan kadar pertukaran asing yang rendah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

41.

Keadaan ekonomi manakah yang sesuai untuk perniagaan dalam negara?

a)

Kadar cukai yang tinggi

b)

Kadar inflasi yang tinggi

c)

Kadar bunga yang rendah

d)

Kadar pengangguran yang tinggi

42.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor tempatan yang mempengaruhi perniagaan?

a)

Kestabilan politik

b)

Keadaan ekonomi yang baik

c)

Sistem pencukaian yang baik

d)

Sumber bahan mentah yang mencukupi

43.

Deflasi merupakan satu daripada masalah yang ada dalam ekonomi sesebuah negara. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan deflasi?


I. Kos sara hidup meningkat

II. Tingkat harga umum meningkat

III. Pemberhentian pekerja meningkat

IV. Aktiviti ekonomi menjadi perlahan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

44.

Apakah kesan perubahan trend alam sekitar terhadap perniagaan?

a)

Perubahan pendidikan

b)

Peningkatan kemahiran pekerja

c)

Kewujudan industri kitar semula

d)

Peningkatan penggunaan teknologi maklumat

45.

Gambar menunjukkan produk yang biasa digunakan dalam sesebuah organisasi perniagaan pada masa kini.

Apakah perubahan trend yang pembawa kepada perubahan di atas?

a)

Alam sekitar

b)

Teknologi

c)

Sosial

d)

Etika

46.

Gambar berkaitan dengan keadaan ekonomi semasa di Malaysia yang memberikan kepada kesan perubahan trend gaya hidup rakyat.

Apakah trend yang akan berubah

I. perbelanjaan kerajaan

II. kuasa beli pengguna

III. perbelanjaan pengguna

IV. tanggungjawab pengguna

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

47.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan pengaruh undang-undang?

a)

Mengawal kadar inflasi

b)

Menetapkan jenis perniagaan

c)

Menentukan permintaan pengguna

d)

Pelaksanaan gaji mínimum pekerja

48.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan dasar fiskal yang dilaksanakan oleh kerajaan semasa inflasi?

a)

Meningkatkan eksport

b)

Menurunkan kadar cukai

c)

Mengagihkan subsidi perniagaan

d)

Mengurangkan perbelanjaan kerajaan

49.

Maklumat berikut menunjukkan beberapa tindakan kerajaan.


Kerajaan meningkatkan kadar cukai dan menurunkan perbelanjaan kerajaan. Bank pusat mengurangkan penawaran wang dan meninggikan kadar bunga.


Tindakan di atas merujuk kepada dasar kerajaan semasa

a)

inflasi

b)

deflasi

c)

ekonomi baik

d)

kawalan harga

50.

Antara yang berikut, yang manakah tindakan bank pusat semasa deflasi?


I. Menaikkan kadar bunga

II. Mengurangkan penawaran wang

III. Menurunkan kadar bunga

IV. Menambahkan penawaran wang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

51.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan untuk membantu sesuatu perniagaan?

a)

Membekalkan modal permulaan

b)

Menyediakan lokasi yang strategik

c)

Menyediakan tenaga buruh yang murah

d)

Menyediakan keadaan ekonomi yang stabil

52.

Apakah maksud visi perniagaan?

a)

Tujuan penubuhan sesebuah organisasi

b)

Apa yang ingin dicapai oleh organisasi

c)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

d)

Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja

53.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan visi dan misi?

a)

Visi menyokong penyataan misi

b)

Visi lebih umum berbanding misi

c)

Visi dibuat terlebih dahulu daripada misi

d)

Visi dibuat oleh pengurusan atasan sementara misi dibuat oleh pengurus pertengahan

54.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan elemen dalam perancangan strategik?


I. Pembentukan misi

II. Pembentukan taktik

III. Pembentukan strategi

IV. Pembentukan objektif

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

55.

Organisasi X- Syarikat pengeluaran pakaian mendapat keuntungan

Organisasi Y- Persatuan pengguna memberi perlindungan kepada ahlinya daripada amalan perniagaan yang tidak sihat


Berikut merupakan ulasan tentang penyataan di atas. Pilih penyataan yang paling tepat.

a)

Kedua-dua organisasi mengeluarkan produk

b)

Tujuan organisasi X berbeza dengan tujuan organisasi Y

c)

X merupakan visi organisasi perniagaan sementara Y merupakan visi organisasi bukan perniagaan

d)

Perbandingan organisasi bermotifkan untung dengan organisasi bukan bermotifkan untung

56.

Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri

SMART?

a)

Boleh dikawal

b)

Boleh dicapai

c)

Boleh dirancang

d)

Boleh dijangka

57.

Apakah faedah pihak bank mengetahui misi sesebuah perniagaan?

a)

Menilai aktiviti perniagaan yang dijalankan

b)

Menentukan jumlah pinjaman perniagaan yang ingin diluluskan

c)

Menjangkakan kejayaan organisasi perniagaan pada masa panjang

d)

Menilai kemampuan organisasi perniagaan membayar balik pinjaman

58.

Kegunaan titik pulang modal (TPM) dalam penetapan objektif organisasi perniagaan ialah

a)

meramalkan keuntungan

b)

mengira kos berubah seunit

c)

mengelakkan berlaku kerugian

d)

menentukan kuantiti pengeluaran bagi menghasilkan keuntungan dan mencapai kerugian sifar

59.

Bagaimanakah faktor pertumbuhan ekonomi dunia merupakan faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan visi, misi dan objektif perniagaan?

a)

Asas kepada keuntungan syarikat

b)

Faktor penting dalam peningkatan jualan

c)

Kemampuan pengguna membeli produk keluaran perniagaan

d)

Boleh mempengaruhi semua aspek keputusan perniagaan

60.

Bagi mencapai visi, misi dan objektif, pihak pengurusan perlu mengamalkan pendekatan pengurusan sumber manusia berteraskan

a)

menjaga kebajikan pekerja

b)

membayar gaji yang berpatutan

c)

mengekalkan dan membangunkan potensi pekerja

d)

memberi latihan dan kursus untuk meningkatkan pengetahuan pekerja