NEW
Font size
WorksheetsPENGAJIAN MALAYSIA
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Kebanyakan sarjana sejarah menyatakan Melaka diasaskan oleh Parameswara yang berasal dari.....
Temasik
Mataram
Majapahit
Palembang
Bendahara -> Penghulu Bendahari -> X -> Laksamana
Pernyataan di atas menunjukkan Sistem Pembesar Empat Lipatan yang membantu sultan dalam mentadbir Melaka. X merujuk kepada....
Panglima
Syahbandar
Hulubalang
Temenggung
Bukti penyebaran Islam di Tanah Melayu melalui penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang Terengganu yang menggunakan...
Tulisan Arab
Tulisan Jawi
Tulisan Rumi
Tulisan Sanskrit
Tanah Melayu telah dijajah selama 446 tahun bermula dari tahun 1511 hingga 1957. Berapa lamakah tempoh penjajahan Belanda ke atas Tanah Melayu?
117 tahun
130 tahun
150 tahun
183 tahun
Siapakah tokoh pejuang masyarakat tempatan menentang kuasa British di Pahang?
Tok Gajah
Dato' Sagor
Tok Janggut
Dato' Maharajalela
X diketuai oleh seorang Gabenor
- Raja hilang kedaulatan
- Pembenaran kerakyatan secara Jus Soli tanpa mengira bangsa dan keturunan
Berdasarkan pernyataan di atas X menerangkan....
Sistem Residen
Malayan Union
Perjanjian London
rudingan Kemerdekaan
- Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 ogos 1957
- Rakyat tempatan akan menggantikan pegawai british dalam memegang jawatan penting
- Sebuah badan bebas dibentuk
Kenyataan di atas merupakan perjanjian kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani pada...
30 Ogos 1955
1 Februari 1956
8 Februari 1956
20 Februari 1956
Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold dalam proses pembentukan Persekutuan Malaysia?
Mengenal pasti pendapat dan pandangan rakyat Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina.
Menjelaskan konsep pembentukan Malaysia kepada rakyat Sabah, Sarawak dan Brunei.
Menggubal perlembagaan baharu persekutuan malaysia 1963.
Meninjau pendapat dan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak.
Apakah yang dimaksudkan dengan Raja Berperlembagaan?
Pemerintahan berasaskan kepada pemerintahan Menteri Besar atau Ketua Menteri.
Pemerintahan beraja yang diketuai oleh Yang Di-Pertuan Agong
Perdana Menteri merupakan ketua negara.
negara diketuai oleh Kabinet Negara.
Satu suruhanjaya perlembagaan telah ditubuhkan pada Mac 1956 yang dikenali sebagai....
Suruhanjaya pilihan raya
Suruhanjaya Cobbold
Suruhanjaya Kerja
Suruhanjaya Reid
Peruntukan utama dalam perlembagaan terbahagi kepada lima perkara iaitu...
Mahkamah Syariah, mahkamah sivil, agama Islam, Bahasa Melayu dan Kewarganegaraan.
Bahasa Melayu, agama Islam, hak istimewa orang Melayu, kewarganegaraan dan hak asasi.
Kontrak sosial, agama Islam, Bahasa melayu, Kewarganegaraan dan hak asasi.
Pilihan raya, bahasa melayu, hak asasi, kewarganegaraan dan agama Islam.
X -> Pentadbiran -> Kehakiman
Terdapat beberapa ciri pemerintahan demokrasi berparlimen iaitu perlembagaan, raja berperlembagaan dan pengasingan kuasa. Pernyataan di atas merujuk kepada ciri pengasingan kuasa. X ialah....
Yang di Pertuan Agong
Majlis Raja-raja
Perundangan
Kementerian
Majlis Raja-raja Melayu pada zaman penjajahan British dikenali sebagai...
DURBAR
Majlis Mesyuarat
Legislatif Council
Mesyuarat Raja-raja
Tujuan utama pengasingan kuasa dilaksanakan dalam sistem pemerintahan adalah untuk...
memastikan pemerintahan negara berjalan lancar.
mengelakkan pemusatan kuasa antara pihak-pihak tertentu.
mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap sistem pemerintahan negara.
memudahkan Yang di-Pertuan Agong menjalankan kuasa pemerintahan.
Manakah antara berikut BENAR berkaitan dengan Perkara 121(2) Perlembagaan persekutuan menjelaskan tentang bidang kuasa Mahkamah Persekutuan?
Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya.
Membicarakan kes sivil berkaitan kemalangan kenderaan motor, tuan tanah dan penyewa serta distress.
Mendengar dan memutuskan rayuan jenayah yang disabitkan oleh mahkamah Penghulu.
Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya.
Terdapat dua perbezaan di antara bidang kuasa bagi mahkamah majistret iaitu mahkamah Majistret Kelas pertama dan Mahkamah majistret Kelas kedua. Manakah antara berikut hukuman bagi kesalahan Mahkamah Majistret kelas Pertama?
Tidak melebihi 6 bulan penjara.
tidak melebihi 5 tahun penjara.
Denda tidak melebihi RM1000
bagi menggabungkan hukuman dari hukuman yang disebut terdahulu.
Masyarakat Sabah terdiri daripada 23 etnik bumiputra dan dikenalpasti berdasarkan penempatan mereka. Berikut merupakan etnik pribumi di Sabah KECUALI...
Bajau
Murut
Bidayuh
Kadazan
Masyarakat asli, Melayu dan Pribumi Sabah dan Sarawak merupakan penduduk di Tanah Melayu. apakah kategori yang sesuai dengan golongan tersebut?
Watan
Imigran
Bumiputera
Penghijrahan
Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah perpaduan dan integrasi nasional?
i. Pemisahan tempat tinggal
ii. penyatuan pemahaman politik
iii. penyeragaman sistem pendidikan
iv. melancarkan Dasar Ekonomi Baru
i, ii dan iii
i, ii dan iv
ii, iii dan iv
i, ii, iii dan iv
Setiap kumpulan menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Pernyataan ini menerangkan tentang proses...
Akomodasi
Akulturasi
Segregasi
Asimilasi
Faktor-faktor berikut mempengaruhi perpaduan dan integrasi nasional KECUALI...
Perkongsian kuasa politik di Malaysia
Perbezaan pekerjaan mengikut kaum
Pertumbuhan ekonomi yang baik
Tolak ansur antara budaya
Rukun Negara dihasilkan daripada pemikiran Majlis Perundangan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Usaha ini digubal semasa negara diperintah oleh...
MAPHILINDO
MAGERAN
MAMPAN
MTEN
Kedaulatan Undang-undang merupakan prinsip Rukun Negara yang keempat. apakah tujuan prinsip tersebut diwujudkan?
Untuk memastikan undang-undang dihormati dengan tidak melakukan sebarang kesalahan.
Menjadikan rakyat Malaysia dalam keadaan bersopan dan berhemah.
Memastikan masyarakat sentiasa berpegang teguh pada kepercayaan masing-masing
Untuk memastikan keperibadian individu dan menjamin kehidupan masyarakat.
Pilih kenyataan yang BENAR mengenai etnik INDIA.
i. Etnik kedua terbesar di Malaysia.
ii. Bekerja sebagai buruh ladang.
iii. Suku Malayalee dari Malabar adalah beragama Islam
iv. Suku Malayalee yang berpendidikan bekerja sebagai penyelia ladang.
i dan ii
i, ii dan iii
ii, iii dan iv
i, ii, iii dan iv
Pilih yang PALING TEPAT tentang objektif Rukun Negara.
i. Memelihara cara hidup demokrasi
ii. Menyusun semula peranan masyarakat mengikut etnik
iii. Membina sebuah masyarakat progresif berlandaskan sains dan teknologi moden
iv. Mencipta sebuah masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
i dan ii
i, ii dan iii
i, iii dan iv
i, ii, iii dan iv
Pilih padanan yang BENAR yang melibatkan Rancangan Malaysia dan pelaksanaan agenda kerajaan.
Rancangan Malaysia Pertama (Penubuhan FELDA)
Rancangan Malaysia Kedua (Penubuhan PETRONAS)
Rancangan malaysia Ketiga (Penubuhan Industri Berat Malaysia HICOM)
Rancangan Malaysia Keempat (Penubuhan Majlis amanah Rakyat MARA)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) meneruskan strategi DEB merangkumi perkara berikut...
i. Menjadikan sains dan teknolodi sebagai teras pembangunan sosio ekonomi
ii. Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang
iii. Memajukan pembangunan sumber manusia
iv-Meninggikan taraf dan mutu kesenian
i.ii dan iii
i,ii dan iv
ii,iii dan iv
i,ii,iii dan iv
Yang manakah BUKAN asas utama pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan?
Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu
Sistem pendidikan yang diamalkan dalam negara.
Kepelbagaian kaum dan warisan rakyat Malaysia.
Kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam negara.
Pilih penyataan di bawah yang merupakan strategi yang akan dilaksanakan bagi mencapai Dasar Pembangunan Belia Negara.
i. Pembangunan ilmu
ii. Jaringan hubungan sehala
iii. Pemupukan gaya hidup sihat
iv. Kemudahan integrasi sosial
i dan iii
ii dan iv
iii dan iv
i, ii dan iii
Pelan Integriti Nasional (PIN) merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membangunkan masyarakat. PIN dilancarkan bertujuan...
Merealisasikan hasrat wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju
Menggembeleng semangat sayang dan cinta akan negara
Menyelaraskan semua program dan aktiviti negara
Mewujudkan jaringan hubungan antarabangsa
Antara berikut yang manakah BENAR tentang usaha Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi mewujudkan kestabilan politik dan keselamatan di rantau ini?
i. Mesyuarat ASEAN
ii. Forum serantau ASEAN (ARF)
iii. Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN
iv. Perjanjian Zon Bebas Senjata Nukluer Asia Tenggara (SEANWFZ)
i dan ii
i dan iii
ii dan iv
iii dan iv
Antara berikut pernyataan yang manakah BENAR tentang hubungan Malaysia dan KOMANWEL?
Mengadakan persidangan ketua-ketua KOMANWEL (CHOGM) pada tahun 1998 di Kuala Lumpur.
Mengatasi masalah dan mengambil langkah pencegahan penyakit berbahaya seperti SARS, demam denggi dan malaria.
Memberi penekanan kepada isu pembangunan sosial terutama masalah kemiskinan dalam kalangan negara anggota KOMANWEL.
Memberi khidmat nasihat kepada negara-negara KOMANWEL yang memerlukan nasihat berkaitan dengan pertanian dan pendidikan.
Antara berikut yang manakah Benar tentang penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)?
i. Penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB)
ii. Menyelesaikan masalah penipisan lapisan ozon.
iii. Menubuhkan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar.
iv. Membuat pelaburan dalam industri minyak dan gas di negara-negara OIC
i dan ii
i dan iv
iii dan iv
ii, iii dan iv
Pilih pernyataan BENAR yang berkaitan dengan tujuan Penubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)
i. Memupuk kerjasama yang erat dalam kalangan negara anggota
ii. menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa secara perundingan
iii. mengelakkan campur tangan negara maju dalam hal ehwal negara-negara lain
iv. menjadi forum bagi negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa.
i dan iv
i,ii dan iv
i,ii dan iii
ii,iii dan iv
Apakah pengistiharan Deklarasi Kuala Lumpur yang ditandatangani oleh menteri-menteri luar Asean pada 27 November 1971?
ASEAN sebagai pusat pendidikan
ASEAN sebagai kawasan hak bersama
ASEAN sebagai kawasan bebas dadah
ASEAN sebagai kawasan aman, bebas dan berkecuali.
alam sekitar merupakan tempat tinggal hidupan bagi manusia dan haiwan.Namun sering berlaku pencemaran yang tidak dikehendaki seperti pencemaran udara, pencemaran bunyi dan pencemaran air.
Berdasarkan penyataan di atas, apakah tindakan pertama yang perlu dilakukan apabila kita terlibat pembuangan sisa toksik di sungai atau perairan?
Memberi nasihat tentang bahaya pembuangan sisa toksik
Melaporkan kepada pihak berkuasa tentang kejadian tersebut
Memelihara keindahan sungai dengan membuat pertandingan keceriaan sungai.
Memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal dan merancang kurikulum untuk dilaksanakan di semua peringkat pendidikan. Manakah antara berikut TIDAK BENAR berkaitan dengan strategi pelaksanaan kurikulum di sekolah?
Menyediakan bahan sokongan kurikulum untuk menyokong pelaksanaan Kurikulum.
Memberi penekanan yang lebih terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalamaktiviti kurikulum.
Menyedia,menyemak dan mengemaskini kurikulum sedia ada mengikut keperluan semasa dan masa hadapan.
Menyemak dan meminda atau membuat perubahan kurikulum berdasarkan perubahan pendidikan dan dasar utama negara.
"Menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi".
Pernyataan ini adalah sebahagian daripada matlamat DEB. Rasional matlamat ini ialah...
Pengagihan yang tidak sekata dalam bidang ekonomi akan menyebabkan kesukaran dalam perpaduan kaum di negara ini.
Pengagihan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum menyukarkan pemerintahan.
Perlunya pembangunan yang lebih di bidang ekonomi.
Pengenalan kaum tidak boleh berdasarkan kegiatan ekonomi.
Perlantikan YDPA (Agong) adalah dilakukan oleh...
Majlis Raja-Raja
Majlis Perundangan Persekutuan
Perdana Menteri
Mahkamah Agung
Siapakah yang berkuasa membubarkan parlimen?
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri
Ketua Menteri
yang Dipertua Dewan Rakyat
