NEW
Font size
WorksheetsKuiz Pengajian Am Sem 1 (bab1-2)
Total questions: 40
Worksheet time: 24mins
Yang manakah berikut ciri-ciri negara berdaulat
mempunyai sempadan yang diiktiraf
mempunyai penduduk yang tetap
mempunyai Perlembagaan Negara
mempunyai kerajaan yang teratur dan sistematik
Yang manakah merupakan tugas yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam negara yang berdaulat?
I Menyediakan kemudahan ekonomi
II Menentukan arah tadbir urus baik negara
III Memastikan keselamatan setiap penduduk terjamin
IV Memastikan setiap penduduk mempunyai pendapatan tetap
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah pernyataan yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?
Semua pindaan yang dilaksanakan mesti mendapat persetujuan dua pertiga Majlis Parlimen
Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk menolak pindaan perlembagaan
Mahkamah berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan
Menjadi panduan kepada semua undang-undang
Yang manakah pernyataan yang benar tentang konsep negara berdaulat?
I mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar
II suatu kelompok masyarakat yang mendiami sesebuah wilayah
III sebuah negara yang mempunyai idenditinya sendiri
IV sebuah wilayah yang mempunyai intitusi pemerintahan yang berkesan
I & II
I & III
II & III
III & IV
Yang manakah merupakan kepentingan sesebuah negara memiliki sempadan yang diiktiraf
Dihormati oleh semua negara
Menarik kemasukan pelaburan asing
Menjamin keselamatan negara terus terpelihara
Menggalakkan pengeksploitasian sumber bahan mentah
Yang manakah merupakan ciri-ciri yang perlu ada pada sesebuah negara
I Mempunyai kedaulatan
II Mempunyai ekonomi kukuh
III Memiliki sistem kerajaan yang baik
IV Mempunyai masyarakat yang bekerjasama
I &II
I&III
II &IV
III &IV
Yang manakah kesan kedaulatan sesebuah negara terjejas
penerimaan bantuan kemanusiaan
solidariti daripada masyarakat dunia
kemasukan pendatang asing tanpa izin
keluaran dalam negara kasar (KDNK) akan berkurangan
Pilih pernyataan yang paling tepat menerangkan tentang Teori Pengasingan Kuasa.
Pengasingan kuasa di antara Mahkamah Persekutuan dengan Mahkamah Rayuan
Pengasingan kuasa di antara Kerajaan Pusat , Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan
Pengasingan kuasa di antara badan pentadbiran, perundangan dan kehakiman
Pengasingan kuasa di antara Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
Yang manakah antara berikut merupakan fungsi perlembagaan?
I. Memelihara hak asasi rakyat
II. Melindungi kepentingan semua lapisan masyarakat
III. Menjamin kestabilan pemerintahan negara
IV. Menggubal undang-undang yang adil bagi negara
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah merupakan pegawai perkhidmatan awam?
Perdana Menteri
Setiausaha Dewan Rakyat
Setiausaha Parlimen
Ahli Exco
**Menentukan hak asasi rakyat
**Menentukan corak kerajaan
**Kuasa tertinggi Negara
**Menentukan garis panduan kerajaan
Tugas di atas dilaksanakan oleh
Kabinet
Parlimen
Perlembagaan
Mahkamah Persekutuan
Yang manakah berkaitan dengan senarai negeri dan senarai bersama yang terdapat dalam jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan?
Senarai Negeri -penyu
Senarai Bersama - Kebajikan masyarakat
Senarai Negeri - Perikanan
Senarai Bersama- Penjaja beredar
Senarai Negeri - Perparitan
Senarai Bersama- Perpustakaan
Senarai Negeri- Kesihatan
Senarai Bersama- Perumahan
Hang Li Po dilahirkan di Taiwan pada 1 September 1957 Bapa dan ibunya ialah warganegara persekutuan
Pernyataan di atas merujuk kepada warganegara secara
Naturalisasi
Kuatkuasa undang-undang
Pendaftaran
Percantuman wilayah
Yang manakah jabatan terlibat dalam pengesahan taraf kewarganegaraan kategori kelahiran luar negara?
I. Polis Diraja Malaysia
II. Pejabat Konsul
III. Jabatan Imigresen
IV. Jabatan Pendaftaran Negara
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Tujuan pembentukan Malaysia adalah untuk
mengimbangi penduduk
memerdekakan negara Asia Tengah
menjaga keamanan negara serantau
meningkatkan kemajuan ekonomi getah
Yang manakah berkaitan dengan penubuhan Suruhanjaya Cobbold?
I. Mempercepat kemerdekaan Singapura
II. Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak
III. Memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak
IV. Merangka perlembagaan untuk mengekalkan kemerdekaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah berkaitan dengan pindaan Perlembagaan?
I. Mendapatkan suara majoriti dalam Parlimen
II. Mendapatkan kelulusan dari Kerajaan Negeri
III. Mendapatkan persetujuan 2/3 ahli Majlis Parlimen
IV. Mendapatkan persetujuan selepas berbincang dengan agensi pusat
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Lee Min Ho dilahirkan di Korea pada 1 September 2007. Bapanya adalah warganegara Korea dan emaknya adalah warganegara Persekutuan. Lee Min Ho boleh mendapatkan kewarganegaraan Persekutuan melalui
Naturalisasi
Pendaftaran
Undang-undang
Percantuman wilayah
Pernyataan manakah yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?
Perlembagaan tidak boleh dipinda
Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan
Perlembagaan persekutuan menjadi asas kepada undang-undang
Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan
Yang manakah yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan? (STPM2013)
I. Penentuan jenis mata wang
II. Penangkapan ikan di sungai
III. Pengeluaran lesen pembalakan
IV. Penetapan sukatan mata pelajaran prasekolah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan mengandungi . Senarai Persekutuan
· Senarai Negeri
· Senarai Persekutuan
Perkara di atas merujuk kepada struktur pentadbiran yang berdasarkan (STPM2019)
penurunan kuasa
pemusatan kuasa
pengasingan kuasa
pembahagian kuasa
Yang manakah antara berikut benar jika terdapat percanggahan antara Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang negeri
Undang-undang Persekutuan akan terbatal
Undang-undang Persekutuan dan undang-undang negeri akan dipinda untuk mendapatkan persamaan
Undang-Undang Persekutuan akan digunakan dan undang-undang negeri akan terbatal setakat mana yang bercanggah
undang-undang yang bercanggah ini akan dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
Antara yang berikut, yang manakah merupakan pegawai perkhidmatan awam?
Perdana Menteri
Setiausaha Dewan Rakyat
Setiausaha Parlimen
Ahli Exco
Yang manakah pernyataan yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?
Semua pindaan yang dilaksanakan mesti mendapat persetujuan dua pertiga Majlis Parlimen
Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk menolak pindaan perlembagaan
Mahkamah berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan
Menjadi panduan kepada semua undang-undang
**Bapa Joseph merupakan pemastautin tetap tetapi belum memperoleh kewarganegaraaan
**Ibu Joseph merupakan warga Australia
**Joseph dilahirkan di Sarawak
Apakah taraf kewarganegaraan Joseph ?
Warganegara secara kuatkuasa undang-undang
Warganegara secara percantuman wilayah
Warganegara secara kemasukan
Warganegara secara pendaftaran
Yang manakah benar berkaitan hak individu terhadap harta?
I. Harta seseorang perlu diwartakan
II. Harta seseorang boleh diambil untuk negara
III. Harta seseorang tidak boleh digunakan secara paksa
IV. Harta tidak boleh diambil sewenang-wenangnya tanpa pampasan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah benar tentang sistem kerajaan persekutuan seperti yang diamalkan oleh Malaysia?
I. Kerajaan pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan
II. Kerajaan negeri mempunyai kuasa pentadbiran yang kurang
III. Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa yang diperuntukkan
IV. Setiap peringkat kerajaan memiliki kuasa autonomi perundangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Doktrin Pengasingan Kuasa yang diamalkan di Malaysia adalah untuk
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
Melibatkan rakyat dalam pentadbiran
Melaksanakan sistem demokrasi tulin
Mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama
X merujuk?
I Seseorang yang tinggal di Sabah dan menjadi warganegara.
II Seorang anak berumur bawah 18 tahun yang
merupakan warga asing dan ibunya warganegara.
III Seorang isteri kepada warganegara yang
bermastautin di Persekutuan melebihi 3 tahun.
IV Seseorang berumur 18 tahun dan membuktikan bermastautin di Persekutuan selama enam tahun.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah membentuk sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia?
I Kerajaan Monarki
II Raja Berperlembagaan
III Ketertinggian Parlimen
IV Demokrasi Berparlimen
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
“Suatu badan tidak boleh mengawal atau mengatasi badan yang lain kerana ini akan menyebabkan kepincangan dalam sistem demokrasi"
Pernyataan di atas merujuk kepada
Pemusatan kuasa
Pengasingan kuasa
Penyelarasan kuasa
Pembahagian kuasa
Yang manakah ciri Perlembagaan Persekutuan?
I Tidak boleh dipinda
II Mempunyai sifat ketertinggiannya
III Mempunyai 13 Bahagian dengan 188 Perkara
IV Mengandungi undang-undang bertulis dan tidak bertulis
I dan II
II dan III
II dan IV
III dan IV
Encik Z lahir di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan ibunya seorang pemastautin tetap.
Yang manakah cara Encik Z untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?
Kuatkuasa undang-undang
Percantuman wilayah
Pendaftaran
Masukan
Yang manakah pernyataan yang benar tentang peranan sesebuah kerajaan ?
I memastikan keamanan dan kententeraman
II menyediakan kemudahan
III memberi bantuan kewangan
IV memberi suaka politik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah benar tentang kebebasan diri ?
I seseorang pemastautin tetap boleh menyertai pilihan raya di Malaysia
II semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas wajib mengundi
III semua orang adalah sama di sisi undang-undang tanpa mengira keturunan, warna kulit atau agama
IV semua orang yang ditangkap perlu dihadapkan kepada majistret dalam tempoh 24 jam hari bekerja
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Seseorang warganegara Malaysia boleh dilucuti taraf kewarganegaraannya apabila
belot semasa peperangan
memohon kewarganegaraan negara lain
memburuk-burukkan imej negara di luar negara
disyaki menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong
Cik Amily, seorang warganegara Australia telah berkahwin dengan seorang warganegara Malaysia. Bagamana Cik Amily boleh memperoleh kewarganegaraan ?
Pendaftaran
Gabungan
Naturalisasi
Kuat kuasa undang-undang
Perlakuan mana yang menunjukkan perlanggaran hak kebebasan asasi seseorang ?
Menghalang seseorang untuk mendapat perkhidmatan kesihatan
Merampas hak milik individu lain tanpa kebenaran dan pampasan
Mendapat khidmat guaman daripada Biro Bantuan Guaman
Melawan pihak berkuasa apabila melakukan kesalahan
Yang manakah berkaitan dengan amalan beragama dalam Perlembagaan Persekutuan ?
Agama Islam merupakan agama Rasmi Persekutuan
Kuasa menggubal undang-undang Islam merupakan kuasa Parlimen
Setiap orang boleh menyebarkan ajaran agamanya kepada penganut agama lain
Setiap orang boleh menubuhkan dan menyelenggarakan yayasan bagi agamanya
Yang manakah yang menjadikan Malaysia diiktiraf sebagai negara berdaulat ?
Mempunyai kemudahan asas yang moden
Mempunyai penduduk yang tetap
Mempunyai identiti sendiri
Mempunyai sempadan
