wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM STRUKTUR DAN PENTADBIRAN MALAYSIA

Total questions: 33

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.

Teori pengasingan kuasa (eksekutif, legislatif dan kehakiman) dalam sistem pentadbiran Malaysia dikemukakan oleh

a)

W.R Roff

b)

Montesqiue

c)

Lord Cobbold

d)

Lord Landsdowne

2.
  • Pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan.
  • Dibentuk hasil daripada proses pilihan raya.
  • Rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin.


Kesemua pernyataan di atas merujuk kepada:

a)

Sistem Presiden

b)

Rejim Autokratik

c)

Republik Bersatu

d)

Demokrasi berparlimen

3.

Pilihan Raya Umum diadakan ______ tahun sekali bagi memilih ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

a)

4

b)

5

c)

3

d)

2

4.

Berikut merupakan fungsi pilihanraya, KECUALI:

a)

Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi.

b)

Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan.

c)

Menguatkan kestabilan dalam sesebuah organisasi.

d)

Mewajibkan manifesto parti dilaksanakan dalam masa setahun.

5.

Dari sudut perlembagaan, kuasa eksekutif peringkat ________ adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

a)

Negeri

b)

Wilayah

c)

Persekutuan

d)

Daerah

6.

Perlembagaan memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif peringkat negeri dijalankan oleh:

a)

Yang Di Pertuan Agong

b)

Yang Berhormat Dewan Negara

c)

Raja atau Sultan atau Yang Dipertua Negeri.

d)

Perdana Menteri

7.

Kabinet dibentuk oleh parti politik yang memperolehi kerusi majoriti dalam:

a)

Majlis Mesyuarat Negeri

b)

Dewan Negara

c)

Dewan Undangan Negeri

d)

Parlimen

8.

___________ merupakan agensi tertinggi dalam pentadbiran Persekutuan.

a)

Kabinet

b)

Parlimen

c)

Mahkamah

d)

Kementerian

9.

Manakah antara berikut TIDAK berkaitan dengan kabinet?

a)

terdiri daripada 2 jenis perbadanan awam iaitu badan berkanun dan tidak berkanun

b)

Setiap menteri dalam kabinet merupakan pembawa usul atau rang undang-undang kerajaan

c)

mengadakan mesyuarat secara tertutup pada hari rabu setiap minggu.

d)

Menentukan dasar dan memberikan arahan untuk dilaksanakan oleh jentera pentadbiran

10.

________________ ialah ketua pentadbir utama sesebuah kementerian

a)

Setiausaha Politik

b)

Setiausaha Diraja

c)

Ketua Setiausaha (KSU)

d)

Setiausaha Negara

11.

Yang manakah yang benar tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong?

I. Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan

II. Kuasa mengisytiharkan darurat jika negara terancam

III. Kuasa pengampunan di Mahkamah Syariah untuk

negeri-negeri di Semenanjung Malaysia

IV. Kuasa budi bicara dalam menganugerahkan pingat dan

pangkat kepada kepada pembesar negara

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

12.

Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam pelantikan jawatan (STPM2017)

a)

A Peguam Negara

b)

B Perdana Menteri

c)

C Ahli Suruhanjaya

d)

D Ketua Hakim Negara

13.

Yang manakah penyataan yang benar tentang fungsi Majlis Raja-Raja? (STPM2014)

a)

A Memberi pengampunan pesalah di Mahkamah Syariah

b)

B Memberi persetujuan terhadap pelantikan Perdana Menteri

c)

C Memberi persetujuan terhadap pelantikan yang Dipertua Negeri

d)

D Memberi persetujuan terhadap pindaan undang-undang

persempadanan negeri

14.

Yang manakah yang diselaraskan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja? (STPM2015)

I. Penggunaan tanah rizab orang Melayu

II. Perubahan sempadan antara negeri-negeri

III. Amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh

Persekutuan

IV. Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada

Kerajaan Negeri

a)

A I dan III

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D II dan IV

15.

• “Pihak pentadbiran mestilah bukan orang yang sama dengan yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan badan kehakiman pula tidak boleh mengganggu proses pentadbiran.”


Pernyataan di atas merujuk kepada (STPM2016)

a)

A pemusatan kuasa

b)

B pengasingan kuasa

c)

C penyelarasan kuasa

d)

D pembahagian kuasa

16.

Yang manakah yang benar tentang sistem kerajaan demokrasi berpalimen di Malaysia? (STPM2017)

I. Ketua negara dipilih dalam pilihan raya

II. Pengundian pilihan raya diadakan secara sulit

III. Semua ahli Majlis Parlimen dipilih oleh rakyat

IV. Rakyat perlu memilih wakil kawasan mereka ke Dewan

Rakyat

a)

A I dan III

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D II dan IV

17.

Konsep raja berperlembagaan membawa maksud

a)

a) Segala dasar, tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah berdasarkan undang-undang dan perlembagaan negara

b)

b) Raja bertindak atas nasihat Perdana Menteri

c)

c) Raja dilindungi oleh perlembagaan

d)

d) Raja merupakan ketua negara

18.

Kuasa tertinggi di Malaysia ialah

a)

a) Mahkamah Agung

b)

b) Majlis Raja-raja

c)

c) Yang di-Pertuan Agong

d)

d) Perlembagaan Malaysia

19.

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi berparlimen. Apakah ciri sistem pemerintahan tersebut ?

a)

a) Pengukuhan kerjasama antara kaum

b)

b) Pembolotan kuasa kerajaan pusat

c)

c) Peningkatan pencapaian ekonomi negara

d)

d) Pemilihan pemimpin melalui pilihanraya

20.

Agensi yang bertanggungjawab melaksanakan sesuatu dasar ialah

a)

A. Kementerian

b)

B. Kabinet

c)

C. Suruhanjaya

d)

D. Majlis Raja-raja

21.

Apakah bidang kuasa yang dipertuan agong?


i) ketua Negara

ii) Ketua angkatan tentera tertinggi bersenjata

iii) Ketua 3 badan kehakiman,perundangan,pelaksana dan

kehakiman.

iv) Ketua agama islam

a)

A .i dan ii sahaja

b)

B.i,ii dan iii sahaja

c)

C. ii sahaja

d)

D. semua diatas

22.

Antara berikut yang manakah bukan ciri-ciri Demikrasi Berparlimen?

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Kebebasan asasi

c)

Pilihan raya

d)

Perlembagaan

23.

Antara berikut manakah ciri-ciri Raja Berperlembagaan

a)

Raja merupakan tonggak pemerintahan dan lambang kedaulatan negeri.

b)

Raja berperlembagaan bermaksud pemerintahan beraja yang di ketuai oleh YDPA dan tidak perlu mematuhi peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

c)

YDPA bertindak berdasarkan atas nasihat Perdana Menteri.

d)

Apabila menjalankan tanggungjawab, YDPA boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan pertimbangan atau budi bicara baginda dalam membuat keputusan

24.

Manakah yang berikut bukan bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)

a)

•Rang Undang-undang yang diluluskan Parlimen perlu mendpat persetujuan YDPA sebelum dijadikan Undang-Undang

b)

•Kuasa Eksekutif terletak pada YDPA atas nasihat Kabinet yang diketuai oleh Majlis Raja-raja

c)

•Mempunyai Kuasa Mengampun untuk kesalahan yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah di Sabah.

d)

•Boleh bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam melantik Perdana Menteri

25.

Kerajaan Malaysia mengamalkan sistem dan struktur pemerintahan yang berikut, KECUALI.

a)

Raja Berperlembagaan

b)

Negara Autokrasi

c)

Demokrasi Berperlembagaan

d)

Doktrin pengasingan kuasa

26.

Ketua Negara Malaysia ialah ____________ .

a)

Wakil rakyat

b)

YDPA

c)

Majlis Raja-raja

d)

Perdana Menteri

27.

Ketua Negeri ialah _______________ .

a)

Yang di-Pertuan Agong

b)

Parlimen

c)

Ahli Dewan Undangan Negeri

d)

Raja, Sultan / Yang di-Pertuan Negeri

28.

Berikut merupakan struktur pemerintahan di Malaysia KECUALI _____________ .

a)

Kehakiman

b)

Persekutuan

c)

Perundangan

d)

Eksekutif

29.

Pilih pernyataan yang SALAH bagi badan eksekutif

a)

Peringkat Persekutuan, Perdana Menteri dan anggota-anggota kabinetnya melaksanakan fungsi eksekutif

b)

Anggota badan eksekutif juga menjadi ahli badan perundangan iaitu Parlimen (Persekutuan) atau Dewan Undangan Negeri (Negeri) yang bertanggungjawab untuk menggubal undang-undang

c)

Badan tidak berkecuali yang boleh menganggotai badan kehakiman

d)

Peringkat negeri, Menteri Besar/Ketua Menteri dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaksanakan fungsi eksekutif

30.

Fungsi badan eksekutif ialah ________________ .

a)

Melaksanakan undang-undang pentadbiran mengikut perlembagaan serta undang-undang

b)

Mentafsirkan undang-undang

c)

Menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang

31.

Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa tertinggi bagi struktur pemerintahan negara (perundangan, eksekutif dan kehakiman)

a)

SALAH

b)

BETUL

32.

Berikut merupakan prinsip umum pengasingan kuasa KECUALI

a)

Setiap badan tidak boleh memiliki kuasa badan lain

b)

Membolehkan semua badan menjalankan kuasa dan fungsi masing-masing

c)

Badan eksekutif merupakan badan utama yang mempengaruhi tindakan dan keputusan badan perundangan dan kehakiman

d)

Membolehkan setiap badan memantau badan lain

33.

Berikut merupakan tujuan pengasingan kuasa KECUALI

a)

Mengelakkan pertindihan bidang kuasa atau mengelakkan pemusatan kuasa dalam satu badan sahaja

b)

Mengelakkan penyalahgunaan kuasa

c)

Memberikan kebebasan kepada sesuatu badan dalam membuat keputusan tanpa campur tangan badan lain

d)

Tidak berlaku "check and balance" bagi ketiga-tiga badan