wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH SPM T4/B2

Total questions: 34

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.
Rakyat Athens tidak berpuas hati terhadap golongan aristokrat kerana kuasa mereka mengatasi kuasa raja.  Apakah kesan daripada rasa tidak puas hati tersebut?
T4 ms 43
 (SPM 2008)
a)
A. Perampasan kuasa
b)
B. Pemulauan pilihan raya
c)
C. Perlucutan jawatan pentadbiran
d)
D. Perubahan struktur masyarakat
2.
Apakah persamaan sistem demokrasi yang diamalkan di Yunani dengan sistem demokrasi yang diamalkan pada masa kini ?
T4 B2 ms 43 (SPMU2016)
a)
A. Penglibatan rakyat dalam pembentukan kerajaan
b)
B. Golongan agama menjadi penasihat pemerintah
c)
C. Pilihan raya diadakan setiap lima tahun
d)
D. Raja menjadi ketua pentadbir negara
3.
Apakah persamaan antara sistem demokrasi Yunani dengan sistem demokrasi di Malaysia
 T4 ms 43 (SPM 2004)
a)
A. Raja sebagai ketua kerajaan   
b)
B. Rakyat terlibat dalam pemerintahan
c)
C. Dewan Negara meluluskan belanjawan
d)
D. Dewan Rakyat menentukan ketua negara
4.
Sebelum menjadi konsul, ahli Dewan Senat perlu menjadi pemerintah tentera. Mengapakah syarat tersebut ditetapkan dalam tamadun Rom?
T4 ms 44 (SPM 2016)
  I. Menghapuskan golongan penentang
 II. Memudahkan penyebaran agama
 III. Memastikan ketua negara kuat
 IV. Memilih pemimpin berwibawa
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
5.
Bagaimanakah Rom menjadi sebuah republik pada tahun 509 S.M.?
T4 ms 43 (SPM 2006)
a)
A. Penaklukan orang gasar
b)
B. Penjajahan Julius Caesar
c)
C. Pertabalan Maharaja Augustus
d)
D. Pemberontakan golongan patrician
6.
Pada tahun 509 S.M , Rom mengamalkan sistem pemerintahan republik yang ditadbir oleh dua  dua konsul. Mengapakah dua orang konsul tersebut dilantik?
T4 ms 43 (SPM 2011)
a)
A. Memudahkan perluasan empayar
b)
B. Mengukuhkan hubungan luar
c)
C. Menghalang pemusatan kuasa
d)
D. Memilih pemimpin berwibawa
7.
Andaikan anda seorang ahli Dewan Senat dalam sistem republik di Rom pada tahun 509 S.M.  Apakah tugas anda?
T4 ms 44 (SPM 2007)
a)
A. Merangka undang-undang
b)
B. Mencadang dasar kerajaan
c)
C. Melantik pegawai pentadbir
d)
D. Mengatur strategi ketenteraan
8.
Tamadun Rom mewariskan sistem perundangan kepada dunia. Apakah prinsip sistem perundangan tersebut?
T4 ms 46 (SPMU 2014) 
a)
A .Mengutamakan amalan adat resam tempatan
b)
B. Memberi keutamaan terhadap ajaran agama
c)
C. Bentuk hukuman berbeza mengikut kelas
d)
D. Hukuman berasaskan bukti yang kukuh
9.
Bagaimanakah kedudukan seorang raja di India diperkukuhkan?
T4 ms 44 (SPM 2015)
a)
A. Penggunaan gelaran maharaja
b)
B. Perlantikan golongan Ksyatria
c)
C. Pengamalan upacara keagamaan
d)
D. Pengiktirafan golongan Brahmin
10.
Tokoh                                Tamadun    
Julius Caesar                     Rom
Shih Huang Ti                    China
Chandragupta Maurya       India
Apakah sumbangan mereka terhadap perkembangan tamadun?
T4 ms 44
a)
A. Membentuk empayar pemerintahan
b)
B. Memperkenalkan pemerintahan monarki
c)
C. Mengasaskan pentadbiran secara birokrasi
d)
D. Melaksanakan sistem pemerintahan republik
11.
Bagaimanakah falsafah legalisme dapat membentuk masyarakat berdisiplin?
 T4 ms 47 (SPM 2005)
a)
A. Pengamalan undang-undang
b)
B. Menitikberatkan unsur kasih-sayang
c)
C. Pelaksanaan undang-undang yang tegas
d)
D. Hubungan harmoni manusia dengan alam
12.
Bagaimanakah Shih Huang Ti memerintah kerajaannya secara autokrasi?
T4 ms 49 (SPM 2005)
a)
A. Mewujudkan polis rahsia
b)
B. Melantik hakim yang bergaji
c)
C. Mengurangkan kuasa ketua tentera
d)
D. Menghapuskan kuasa golongan bangsawan
13.
Gambar 1 menunjukkan sebahagian daripada Tembok Besar China. Mengapakah tembok tersebut dibina?
T4 ms 50 & 59 (SPM 2009)
a)
A. Menandakan sempadan negeri
b)
B. Menjamin keselamatan wilayah
c)
C. Menjadi benteng penghalang banjir
d)
D. Melambangkan keagungan kerajaan
14.
Senarai di bawah merujuk kepada negara kota dalam Tamadun Yunani
 • Athens
   •  Corinth
Mengapakah negara kota tersebut memberi tumpuan kepada aktiviti perdagangan?
T4 ms 51 (SPM 2015)
a)
A. Ramai tenaga mahir tempatan
b)
B. Kekayaan sumber bahan mentah
c)
C. Ketidaksesuaian tanah untuk pertanian
d)
D. Kekurangan punca air untuk pertanian
15.
Stresthin merupakan sebuah pertubuhan perdagangan di India. Antara matlamat pertubuhannya  ialah T4 ms 51
a)
A. Menjamin kesetiaan pekerja
b)
B. Mengawal kadar gaji pekerja
c)
C. Mempertahankan hak majikan
d)
D. Memperjuangkan had masa bekerja
16.
Bandar berikut wujud pada zaman tamadun Indus   
 •  Anga
  •  Kalinga   •  Karusa
Apakah persamaan bandar tersebut?
T4 ms 51 (SPM 2012) 
a)
A. Pusat perdagangan
b)
B. Pusat penterjemahan
c)
C. Pusat ketenteraan
d)
D. Pusat pertanian
17.
Mengapakah sistem penanaman secara bergilir diamalkan pada zaman Dinasti Tang di China?
T4 ms 52 (SPM 2008)
a)
A. Meminimumkan kos
b)
B. Mengekalkan kesuburan tanah
c)
C. Mengurangkan tenaga buruh
d)
D. Menjimatkan masa
18.
Mengapakah bidang berikut diberi penekanan dalam pendidikan di Athens? T4 ms 53 (SPM 2009)
Sukan  
Seni berpidato
 
Kesusasteraan
a)
A. Menanam sikap keberanian
b)
B. Melatih pemimpin berwibawa
c)
C. Melatih individu seimbang
d)
D. Mengukuhkan semangat patriotisme
19.
Athens merupakan sebuah negara kota dalam Tamadun Yunani. Apakah matlamat pendidikan di negara kota tersebut?
T4 ms 53  (SPM 2014)
a)
A. Melahirkan pegawai kerajaan yang berpendidikan
b)
B. Mewujudkan masyarakat yang celik huruf
c)
C. Membentuk warganegara yang taat
d)
D. Melahirkan manusia yang seimbang
20.
Anda sebagai seorang anak petani di China pada zaman Dinasti Han. Bagaimanakah anda dapat mengubah status sosial anda?
T4 ms 55
 (SPM 2014)
a)
A. Memajukan perniagaan
b)
B. Memiliki tanah yang luas
c)
C. Menyertai pasukan tentera tetap
d)
D. Meningkatkan pencapaian pendidikan
21.
Bagaimanakah status golongan petani boleh berubah kepada kelas yang lebih tinggi?
T4 ms 67 (SPM 2005)
a)
A. Membayar cukai
b)
B. Mengumpul harta
c)
C. Memberikan taat setia
d)
D. Meningkatkan tahap pendidikan
22.
     •  Berbentuk kubah  
•  Siap semasa Maharaja Flavian 
 
Tempat pertarungan pahlawan

Maklumat di atas merujuk kepada binaan T4 ms 59 (SPM 2007)
a)
A. Pantheon
b)
B. Aqueduct
c)
C. Acropolis
d)
D. Colloseum
23.
Golongan Helot dalam kelas sosial masyarakat Sparta merujuk kepada
T4 ms 62 (SPMU 2015)
a)
A. pengusaha tanah
b)
B. golongan hamba
c)
C. angkatan tentera
d)
D. ahli agama
24.
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Sukan Olimpik yang diadakan di Yunani pada  tahun  776 S.M.?
 T4 ms 64
 (SPM 2005) 
I. Menghormati tuhan Zeus
 II. Persaingan antara negara kota
 
 III. Dianjurkan dua tahun sekali
 IV. Melibatkan hanya golongan bangsawan
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
25.
Tokoh berikut telah menyumbang kepada peningkatan tamadun China.
T4 m/s 67  (SPM 2013)
•  Lao Tze   •  Confucius
a)
A. Pengasas ajaran
b)
B. Perancang bandar
c)
C. Mengatur strategi peperangan
d)
D. Menggubal kod undang-undang
26.
Penganut agama Hindu berusaha untuk mencapai moksya. Mereka berbuat demikian supaya
T4 ms 65
 (SPM 2010)
a)
A. Dilahirkan semula
b)
B. Diberi pengampunan
c)
C. Dimasukkan ke syurga
d)
D. Disatukan dengan tuhan
27.
Apakah faktor penyebaran agama Kristian secara meluas pada Zaman Rom ( 280 – 337 S. M. ) ?
T4 ms 66
 (SPM 2004)
a)
A. Penulisan kitab Bible 
b)
B. Pengaruh agama lain kurang
c)
C. Pengiktirafan oleh Constantine
d)
D. Perkembangan teknologi percetakan
28.
Mengapakah masyarakat Athens mementingkan sistem pendidikan?
(T4/B2 ms 53)
a)
Mengukuhkan kedudukan politik
b)
Memperkuat anggota tentera
c)
Memajukan bidang ekonomi
d)
Melahirkan masyarakat yang seimbang
29.

Sistem demokrasi diwarisi daripada tamadun Yunani. Mengapakah sistem tersebut masih diamalkan sehingga kini? SPM 2018

a)

Kekayaan individu dikawal

b)

Hasil bumi milik negara

c)

Kuasa rakyat diiktiraf

d)

Raja berkuasa penuh

30.

Dalam buku Republic, Plato menghuraikan struktur kerajaan yang baik.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan saranan Plato tersebut?

T4 ms 46 SPM 2018

a)

Negara diketuai ahli falsafah

b)

Memiliki angkatan tentera yang kuat

c)

Pelaksanaan undang - undang yang ketat

d)

Mengamalkan sistem pemerintahan teokrasi

31.

Athens mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.

Bagaimanakah sistem tersebut diamalkan di Athens?

a)

Warga lelaki menjadi ahli Dewan perhimpunan

b)

Rakyat biasa dilantik menjadi pemerintah

c)

Golongan bangsawan memerintah wilayah

d)

Kaum wanita diberi hak menyertai Ahli Majlis

32.

Maklumat berikut berkaitan dengan peringkat pendidikan dalam tamadun China.
Peringkat Pendidikan \Longleftrightarrow  Skop Pembelajaran
Rendah \Longleftrightarrow   Menghafal tulisan ideorgam
Menengah  \Longleftrightarrow   Menulis karangan dan sastera
Tinggi  \Longleftrightarrow   X
Apakah X ?
 

a)

Menulis karya sejarah

b)

Menterjemah buku suci

c)

Mencatat sejarah kerajaan

d)

Mengarang undang-undang

33.

Maklumat berikut merujuk perluasan kuasa yang berlaku dalam tamadun India. T4 B2 ms 49 (SPMU2020)

Tokoh ↔ Cara Perluasan Kuasa

Chandra Gupta Maurya ↔ Penaklukan

Asoka ↔ X

Apakah X?


a)

Pembayaran ufti

b)

Perjanjian damai

c)

Penyebaran agama

d)

Kegiatan perdagangan

34.

Peta 1 menunjukkan perluasan kuasa Yunani semasa pemerintahan Alexander The Great. T4 B2 ms 48 (SPMU2020)

Apakah kesan perluasan kuasa tersebut?

a)

Pemberontakan tentera

b)

Penyebaran kebudayaan

c)

Pelaksanaan dasar terbuka

d)

Pengukuhan pertahanan laut