NEW
Font size
WorksheetsTOPIKAL SOALAN SPM BAB 9 F5
Total questions: 58
Worksheet time: 29mins
SPMU 2019
40 Perjanjian Versailles menamatkan Perang Dunia Pertama.
Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap Jerman? T5 B9 ms 232
A Keahlian dalam Liga Bangsa ditamatkan
B Pemulihan sistem monarki
C Keluasan empayar berkurangan
D Perkongsian sumber tenaga dengan negara lain
SPM 2018
40 Jerman telah melanggar syarat- syarat Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.
Bagaimanakah negara tersebut melanggar syarat- syarat Perjanjian Versailles ?
T5 B9 ms 232 [ P2 B9-B10 ]
A Memperkuat angkatan tentera
B Menjalinkan kerjasama dengan Russia
C Menamatkan hubungan diplomatik
D Mengeksport senjata ke luar negara
SPMU 2018
38 Bagaimanakah tokoh berikut (Adolf Hitler) mengembalikan semula maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama? T5 B9 ms 232 [ P2 B9-B10 ]
A Mengadakan referendum
B Memperbesar angkatan tentera
C Membangunkan industri baharu
D Memulihkan sistem monarki
SPMU 2018
38 Maklumat berikut menunjukkan perbelanjaan semasa Perang Dunia Pertama.
Mengapakah negara-negara yang terlibat membelanjakan banyak wang untuk berperang? T5 B9 ms 231 [ P4 B1-B7 ]
I Menentang dasar apartheid
II Menghapuskan keganasan
III Memperluas pengaruh
IV Menguasai pasaran
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2017
38 Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua. Apakah tindakan kuasa Barat untuk menghalang kemaraan Jepun ?
T5 B9 ms 233 [ P7 B9-B10 ]
A Membentuk pertubuhan serantau
B Mengisytiharkan ZOPFAN
C Menaja kegiatan subversif
D Melakukan serangan bom atom
SPMU 2017
39 Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914. Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut ? T5 B9 ms 230-231 [ P3 B2-B3 ]
A Perancis bersekutu dengan Rusia
B Wilayah Jerman diceroboh
C Bakal raja Austria dibunuh
D Pearl Harbour diserang
SPM 2016
39 Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1939 apabila Jerman menyerang Poland. T5 B9 ms 231 [ P5 B2 ] ms 232 [ P1 B3 ]
Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut? I Pembunuhan Franz Ferdinand di Sarajevo
II Perkembangan kuasa imperialis baharu
III Kegagalan Perjanjian Versailles
IV Kemelesetan ekonomi dunia
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2015
40 Petikan berikut berkaitan dengan Perang dunia Kedua.
Apakah alasan Britain dan Perancis menyertai perang tersebut ?
T5 B9 ms 233 [ P4 B3 ]
A Menguji kekuatan tentera
B Mempertahankan keselamatan
C Merampas kembali wilayah
D Menyekat pengaruh komunis
SPMU 2015
Soalan 39 dan 40 berdasarkan maklumat berikut.
39 Mengapakah Jerman dihukum sedemikian rupa? T5 B9 ms 232 [ P2 B10 ]
A Mengaut hasil negara lain
B Dituduh memulakan peperangan
C Melakukan penghapusan etnik
D Menyebarkan fahaman komunis
SPMU 2015
Soalan 39 dan 40 berdasarkan maklumat berikut.
39 Apakah tindak balas Jerman terhadap syarat tersebut ?
T5 B9 ms 233 [ P3 B9 ]
A Menutup pintu sempadan
B Berdamai dengan negara jiran
C Memperkuat sistem pertahanan
D Melaksanakan sistem demokrasi
SPM 2014
40 Rajah 5 menunjukkan kesan Perang Dunia Pertama terhadap Jerman.
Apakah tindakan Jerman untuk menghadapi kesan tersebut?
T5 B9 ms 232 [ P2 B10 ]
A Mendapatkan sokongan rakyat
B Memperbesar angkatan tentera
C Mengukuhkan kedudukan ekonomi
D Menggabungkan wilayah-wilayah kecil
SPMU 2014
39 Pada tahun 1929, Jerman mengalami masalah kemelesetan ekonomi akibat kegagalan Amerika Syarikat menyediakan pinjaman.
Apakah tindakan kerajaan Jerman untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah tersebut?
T5 B9 ms 232 [ P2 B10 ]
A Mendapatkan pinjaman luar
B Mewujudkan kerjasama serantau
C Memperkuat bidang ketenteraan
D Melaksanakan pilihan raya
SPM 2013
38 Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah mulai tahun 1914 hingga tahun 1918.
T5 B9 ms 231 [ P1 B9-B10 ]
Mengapakah Amerika Syarikat turut terlibat dalam perang tersebut?
A Menguji senjata
B Permintaan Britain
C Mempertahankan Serbia
D Menyekat ideologi komunis
SPM 2013
38
· Blok kapitalis
· Blok komunis
Blok dunia berikut terbentuk semasa Perang Dingin. T5 B9 ms 235 [ JADUAL ]Apakah ciri blok kapitalis ?
I Mengamalkan pemerintahan demokratik II Mengamalkan sistem satu parti
III Memiliknegarakan perniagaan
IV Menjamin kebebasan individu
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2011
39 Apakah kesan peperangan berikut terhadap Eropah? T5 B9 ms 231 [ P2 B2 ]
A Keperluan bahan mentah meningkat
B Kerjasama antara etnik diperkukuhkan
C Pakatan tentera dibentuk
D Pemerintahan beraja tamat
SPM 2010
38 Pada 28 Jun 1914, peristiwa pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary berlaku.
T5 B9 ms 230 [ P3 B1 ]
Antara yang berikut, yang manakah kesan daripada peristiwa tersebut?
A Perang Dingin
B Perang Saudara
C Perang Dunia Pertama
D Pembentukan Pakatan Bertiga
SPM 2010
40 Tokoh berikut adalah pemimpin Jerman yang dituduh mengingkari Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.
Apakah bukti tuduhan tersebut?
T5 B9 ms 232 [ P2 B10 ]
A Memperbesar angkatan tentera
B Menakluki wilayah Itali
C Menyertai Kuasa Bersekutu
D Mengamalkan pemerintahan diktator
SPM 2009
40 Apakah matlamat penubuhan Liga Bangsa 1919? T5 B9 ms 231 [ P3 B3 ]
A Memupuk keamanan dunia
B Mengeratkan hubungan perdagangan
C Menggalakkan kerjasama pendidikan
D Meningkatkan kerjasama kebudayaan
SPM 2008
38 Peristiwa berikut berlaku semasa Perang Dunia Kedua.
Mengapakah Amerika Syarikat mengambil tindakan demikian?
T5 B9 ms 233 [ P7 B7]
A Menguji kekuatan senjata
B Mengingkari Perjanjian Versailles
C Mengelakkan perang berpanjangan
D Mengatasi masalah kemelesetan ekonomi
SPM 2007
38 Bagaimanakah Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) bermula di Eropah?
T5 B9 ms 233 [ P4 B1]
A Rusia memasuki Berlin
B Jerman menyerang Poland
C Itali menceroboh Perancis
D Austria mengancam Serbia
SPM 2006
37 Rajah di atas merujuk kepada perikatan negara di Eropah yang wujud pada akhir abad ke-19.
T5 B9 ms 230 [ P2 B3-B4 ]
Apakah implikasi pembentukan pakatan tersebut?
A Perebutan bahan mentah
B Peningkatan ekonomi dunia
C Permulaan persaingan kuasa
D Pembentukan perpaduan sejagat
SPM 2006
37 Apakah masalah yang dihadapi oleh negara bekas tanah jajahan Barat selepas Perang Dunia Kedua?
T5 B9 ms 234 [ P2 B10 ]
I Membangunkan sektor ekonomi
II Mewujudkan perpaduan kaum
III Membentuk sempadan negara
IV Menghapuskan warisan penjajah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2005
35 Jadual di atas menunjukkan perbelanjaan dalam Perang Dunia Pertama.
Antara berikut yang manakah kesan ekonomi kepada negara yang menganggotai pakatan tersebut?
T5 B9 ms 231 [ P4 B2 ]
I Kadar inflasi meningkat
II Beban hutang bertambah
III Penganugerahan bertambah
IV Nilai mata wang meningkat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2005
38 Apakah faktor pembubaran Liga Bangsa?
T5 B9 ms 231 [ P3 B7 ]
A Kemelesetan ekonomi dunia
B Peluasan pengaruh komunis
C Kegagalan menghalang peperangan
D Pengisytiharan kemerdekaan kebanyakan negara
SPM 2004
35 Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara-negara di Asia Tenggara?
T5 B9 ms 230 [ P1 B6 ]
A Kuasa raja dipulihkan
B Kerajaan republik dibentuk
C Semangat kebangsaan meningkat
D Wujud pelbagai aliran politik
SPM 2015
39 Selepas merdeka, Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan negara berikut
Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani?
T5 B9 ms 240 [ P1 B8 ]
A Memperkuat pertahanan
B Menambah aset ketenteraan
C Mengekalkan hubungan diplomatik
D Menggalakkan kemasukan pelabur asing
SPMU 2017
39 Melalui Komanwel, Malaysia dengan lantang menentang Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan.
T5 B9 ms 239 [ P2 B5-B6 ]
Mengapakah Malaysia menentang ideologi tersebut?
A Ideologi komunis berkembang
B Perdagangan antarabangsa terjejas
C Keselamatan negara jiran terancam
D Penindasan terhadap rakyat berleluasa
SPM 2016
39 Pada tahun 1970an Malaysia telah mengubah dasar luar daripada pro Barat kepada dasar berkecuali? T5 B9 ms 241 [ P3 B4-B5 ]
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
A Kejatuhan harga komoditi
B Kemerosotan pengaruh Britain
C Desakan daripada pedagang asing
D Mematuhi arahan kuasa besar dunia
SPM 2011
39 Jadual berikut berkaitan dengan Dasar Luar Malaysia tahap 1.
Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar tersebut?
T5 B9 ms 240 [ P1 B6 ] ms 241 [P2 B6 ]
I Keperluan pasaran
II Sikap diskriminasi
III Persamaan ideologi
IV Ancaman keselamatan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2009
39 Malaysia menentang dasar Aparteid yang diamalkan oleh Afrika Selatan. Apakah tindakan Malaysia terhadap negara tersebut?
T5 B9 ms 239 [ P3 B7-B8 ]
A Menamatkan perlindungan politik
B Menghalang hubungan perdagangan
C Memutuskan hubungan diplomatik
D Menyekat bantuan kemanusiaan
SPM 2005
36 Jadual di atas menunjukkan perubahan dasar luar Malaysia.
Mengapakah berlaku perubahan dasar di atas?
T5 B9 ms 241 [ P3 B4-B5 ]
A Suasana yang aman di Vietnam
B Bantuan pertahanan dari Komanwel
C Pengaruh Britain di Timur berkurangan
D Perjanjian Inggeris-Tanah Melayu ditandatangani
SPM 2005
· Britain
· Australia
· New Zealand
36 Apakah tujuan Malaysia menandatangani perjanjian pertahanan dengan negara di atas? T5 B9 ms 243 [ P2 B6-B7 ]
A Membeli peralatan perang
B Menjamin keselamatan negara
C Memulihkan hubungan diplomatik
D Meningkatkan kemasukan pelabur asing
SPM 2004
36 Mengapakah Malaysia menjalinkan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan Britain?
T5 B9 ms 238 [ P2 B9 ]
A Memperoleh bahan mentah
B Memerlukan pasaran modal
C Meningkatkan teknologi pertanian
D Mendapatkan bantuan ketenteraan
SPM 2004
36 Mengapakah Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan negara Israel?
T5 B9 ms 239 [ P2 B2-B3 ]
A Menjaga pendirian majoriti negara Islam
B Tidak mempunyai kepentingan ekonomi
C Tidak diiktiraf oleh negara sekutu Malaysia
D Bukan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
SPM 2004
38 Apakah tujuan Malaysia mengadakan hubungan luar dengan negara di atas?
T5 B9 ms 242 [ P4 B5 ] ms 243 [ P2 B4 ]
I Menjamin keselamatan
II Mengukuhkan ekonomi
III Mengadakan pakatan ketenteraan
IV Memantapkan struktur pentadbiran
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPMU 2019
39 Melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Malaysia telah menentang Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan.
T5 B9 ms 239
Mengapakah Malaysia menentang dasar tersebut?
A Menghalang program senjata kimia
B Mempertahan hak penduduk asal
C Memiliknegarakan pelaburan asing
D Menghapuskan sekatan perdagangan
SPM 2018
39 Negara berikut telah menganggotai Kumpulan G15 ( G15 )
· Malaysia
· Yugoslavia
· Nigeria
Apakah hasrat negara - negara tersebut? T5 B9 ms 251 [ P1 B4-B5 ]
A Mengawal kawasan perairan bersama
B Mewujudkan pakatan tentera antarabangsa
C Mewujudkan sistem mata wang yang seragam
D Mengurangkan pergantungan terhadap negara maju
SPM 2014
39 Senarai berikut adalah pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia.
Apakah faedah yang Malaysia peroleh dalam pertubuhan tersebut?
T5 B9 ms 243 [ P2 B4 ] ms 250 [ P2 B21
& B22 ]
I Ekonomi maju
II Keselamatan terjamin
III Identiti bangsa mantap
IV Kawasan perairan terkawal
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2012
39 Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia.
Apakah sumbangan tersebut?
T5 B9 ms 246 [ P3 B1-B2 & P2B9 ]
I Menentang dasar aparteid
II Menghantar pasukan pemerhati
III Membebaskan negara yang dijajah
IV Menyarankan pembentukan tentera pelbagai negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2011
38 Gambar berikut menunjukkan penderitaan yang dialami rakyat Palestin akibat kekejaman tentera Israel.
Bagaimanakah Malaysia membantu untuk mengurangkan penderitaan tersebut?
T5 B9 ms 248 [ P2 B8 ]
A Menghantar bantuan ketenteraan
B Menganjurkan persidangan antarabangsa
C Meningkatkan kerjasama kebudayaan
D Menambahkan pelaburan pelbagai sektor
SPM 2010
38 Tunku Abdul Rahman telah mencetuskan idea penubuhan OIC pada tahun 1971.
T5 B9 ms 251 [ P4 B8 ]
Antara matlamat penubuhan pertubuhan tersebut adalah untuk
A Mengekalkan keamanan dunia
B Meningkatkan perhubungan sosiobudaya
C Mengekalkan perdamaian antara negara Islam
D Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan
SPM 2008
39 Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia.
Apakah sumbangan tersebut?
T5 B9 ms 246 [ P3 B1-B2 & P2 B9 ]
I Menentang dasar Aparteid
II Menghantar pasukan pemerhati
III Membebaskan negara yang dijajah
IV Menyarankan penggunaan dinar emas
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2008
39 Jadual 4 berkaitan dengan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
T5 B9 ms 252 [ P2 B3 ]
Apakah isu yang diketengahkan dalam persidangan tersebut?
A Mewujudkan kerjasama ketenteraan
B Memerangi penyalahgunaan dadah
C Memulihara alam sekitar
D Menentang keganasan
SPM 2006
39 Mengapakah Rancangan Colombo penting kepada negara anggota Komanwel?
T5 B9 ms 244 [ P1 B16-B17 ]
A Membiayai pengajian pelajar
B Memajukan sektor pertanian
C Menggalakkan aktiviti pelancongan
D Menyediakan kemudahan perubatan
SPM 2005
39 Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pergerakan di atas ?
T5 B9 ms 249 [ P2 B2 ]
I Mengekalkan keamanan dunia
II Menggalakkan kerjasama teknologi
III Mengukuhkan kerjasama pertahanan
IV Menggalakkan hubungan negara anggota
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2004
39 Apakah tujuan Malaysia menganjurkan temasya sukan di atas?
T5 B9 ms 243 [ P2 B2 ]
A Mengukuhkan semangat perpaduan
B Melambangkan kekuatan negara peserta
C Memupuk kerjasama antara negara anggota
D Menunjukkan kecekapan mengendalikan sukan dunia
SPM 2004
39 Apakah sumbangan Malaysia untuk menghapuskan Dasar Aparteid di Afrika Selatan?
T5 B9 ms 244 [ P1 B10-B11 ]
A Membantah campur tangan asing
B Mencadangkan pemerintah yang baru
C Menggugurkan keahliannya dalam Komanwel
D Mengesyorkan penglibatan tentera Komanwel
SPMU 2018
40 MAPHILINDO merupakan gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Apakah matlamat penubuhannya?
T5 B9 ms 254 [ P4 B1-B5 ]
A Meningkatkan persefahaman
B Memajukan kegiatan perdagangan
C Membentuk pakatan tentera serantau
D Menghapuskan ancaman komunis
SPM 2017
39 Rajah 6 berkaitan dengan cantuman nama tiga buah negara di Asia Tenggara.
T5 B9 ms 254 [ P4 B4 ]
Mengapakah MAPHILINDO ditubuhkan oleh negara – negara tersebut ?
A Menghapus komunis
B Menamatkan persengketaan
C Menyelaras kawasan sempadan
D Membentuk kerjasama tentera
SPMU 2016
39 MAPHILINDHO merupakan gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia. Apakah matlamat penubuhannya? T5 B9 ms 254 [ P4 B3-B4 ]
A Meningkatkan persefahaman
B Menghapuskan ancaman komunis
C Memajukan kegiatan perdagangan
D Membentuk pakatan tentera serantau
SPMU 2016
39 Jadual 3 berkaitan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ( ASEAN )
Apakah keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut?
T5 B9 ms 258 [ P2 B7 ]
A Penubuhan Pusat Kajian Bahasa Inggeris ( RELC )
B Pembentukan Perundingan Ekonomi Asia Timur ( EAEC )
C Pengisytiharan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali ( ZOPFAN )
D Pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik ( RECSAM )
SPMU 2014
40 Maklumat berikut berkaitan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
T5 B9 ms 258 [ SUDUT MAKLUMAT ]
Apakah tujuan perisytiharan di atas
I Memupuk kerjasama ekonomi
II Memansuhkan sekatan dagangan
III Mengawal keselamatan perairan
IV Mewujudkan syarikat perdaganga
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2013
40 Deklarasi Langkawi dihasilkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur pada tahun 1989.
T5 B9 ms 244 [ SUDUT MAKLUMAT ]
Apakah persetujuan yang dicapai dalam deklarasi tersebut?
A Penyelarasan bantuan teknikal
B Menyediakan dana pendidikan
C Mengatasi masalah pencemaran
D Membanteras penyalahgunaan dadah
SPM 2009
38 MAPHILINDO yang ditubuhkan pada tahun 1963 adalah pertubuhan serantau yang dianggotai oleh Malaysia, Filipina, dan Indonesia.
Mengapakah pertubuhan tersebut ditubuhkan? T5 B9 ms 254 [ P4 B3 & P4 B4 ]
I Meningkatkan hubungan persahabatan
II Menyelesaikan pertelingkahan
III Menggalakkan kerjasama pendidikan
IV Mewujudkan kerjasama dalam bidang ketenteraan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2007
40 Dua-dua pertubuhan di atas mempunyai matlamat yang sama iaitu
T5 B9 ms 254 [ JADUAL ]
A menyelaraskan sistem pentadbiran
B mengadakan pakatan ketenteraan
C mewujudkan kebudayaan serantau
D menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang
SPM 2005
40 Apakah kesan daripada mesyuarat di atas? T5 B9 ms 258 [ P2 B6 ]
A Pengisytiharan ZOPFAN
B Penentangan keganasan di Israel
C Penekanan kepada industri berat
D Perjanjian kerjasama ketenteraan
SPM 2012
39 Peta 1 menunjukkan kawasan Koridor Raya Multimedia.
Mengapakah kerajaan mewujudkan koridor tersebut?
T5 B9 ms 261 [ SUDUT MAKLUMAT ]
A Membangunkan wilayah pembangunan baru
B Mewujudkan keseimbangan ekonomi
C Merancakkan perkembangan perindustrian
D Membentuk masyarakat yang bermaklumat
SPM 2007
39 Berdasarkan rajah di atas, apakah kesan perkembangan teknologi tersebut kepada Malaysia? T5 B9 ms 261 [ SUDUT MAKLUMAT ]
I Peningkatan kadar celik huruf
II Perkembangan globalisasi
III Pembentukan masyarakat berpengetahuan
IV Penyebaran maklumat dalam masa yang singkat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
