wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kefahaman PBD

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apa yang dimaksudkan dengan PBD ?

a)

Penilaian Bilik Darjah

b)

Peperiksaan Bilik Darjah

c)

Pentaksiran Bilik Darjah

2.

Apakah perbezaan PENTAKSIRAN dengan PENILAIAN ?

a)

Pentaksiran bersifat summatif, penilaian bersifat formatif.

b)

Pentaksiran berorientasikan proses, penilaian berorientasikan produk

c)

Dapatan pentaksiran bersifat judmental, dapatan penilaian bersifat diagnostik

3.

Mana satu pernyataan di bawah betul ?

a)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terbahagi kepada 3 kategori, iaitu akademik, bukan akademik dan PBD.

b)

Pentaksiran Psikometrik ialah salah satu komponen PBD.

c)

PBD terletak di bawah komponen Pentaksiran Sekolah (PS) .

4.

Mana satu di bawah bukan PBD ?

a)

Pentaksiran Terhadap Pembelajaran

b)

Pentaksiran Sebagai Pembelajaran

c)

Pentaksiran Tentang Pembelajaran

5.

Mana satu aktiviti di bawah menepati "pentaksiran sebagai pembelajaran" ?

a)

Quiz

b)

Penilaian kendiri

c)

Pemerhatian berterusan

6.

PBD dilaksanakan dalam

a)

Mata pelajaran STEM

b)

Mata pelajaran UPSR

c)

Semua mata pelajaran

7.

Kepentingan PBD kepada guru tidak termasuk

a)

Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh

b)

Menyusun kedudukan murid dalam kelas

c)

Mengetahui keberkesanaan pengajaran

8.

Apakan rujukan asas untuk menentukan kriteria pentaksiran dan tahap penguasaan murid ?

a)

Standard Kandungan (SK)

b)

Standard Pembelajaran (SP)

c)

Standard Prestasi (SPi)

9.

Mengapakah penggunaan instrumen penting dalam PBD ?

a)

Menyimpan bukti dan menjadi asas untuk pelaksanaan tindakan susulan.

b)

Menjamin kualiti dan dapat menyelaraskan pelaksanaan PBD antara sekolah.

c)

Bersifat standard dan boleh digunakan ke atas semua murid

10.

Apakah situasi yang menentukan keperluan untuk tindakan susulan ?

a)

Murid tidak mencapai TP2

b)

Murid tidak mencapai TP3

c)

Murid tidak mencapai TP4

11.

Guru membuat pertimbangan profesional PBD berdasarkan (pilih mana-mana yang tepat)

a)

Pengetahuan pedagogi

b)

Input murid

c)

Pandangan Rakan Kerja

d)

Hubungan dengan murid

12.

Apakah kriteria kunci yang menunjukkan seseorang murid mencapai TP6 ?

a)

menggunakan pengetahuan dan kemahiran dengan beradab atau secara analitik dan sistematik

b)

menggunakan pengetahuan dan kemahiran secara analitik, sistematik dan bersikap positif

c)

menggunakan pengetahuan dan kemahiran secara analitik, sistematik dan boleh dicontohi

13.

Apakah kaedah terbaik untuk mentaksir kompetensi 6C murid ?

a)

Pentaksiran Lisan

b)

Pentaksiran Bertulis

c)

Pemerhatian

14.

Pilih instrumen yang sesuai digunakan semasa pentaksiran melalui pemerhatian.

a)

Lemparan kerja

b)

Gambar Aktiviti

c)

Kertas Ujian

d)

Senarai semak

e)

Rekod Berterusan

15.

Siapa boleh mentaksir seseorang murid dengan menggunakan instrumen PBD ?

a)

Guru

b)

Rakan Sebaya

c)

Ibu bapa

d)

murid itu sendiri

16.

Bagaimana guru-guru mengisi templat pelaporan PBD ?

a)

Secara offline sahaja

b)

Secara online shaja

c)

Secara offline dan online

17.

Berapa kali pelaporan PBD perlu dibuat dalam satu tahun ?

a)

Satu

b)

Dua

c)

Tiga

18.

Apakah tindakan yang paling bijaksana untuk mengurangkan beban pelaksanaan PBD ?

a)

Kurangkan penggunaan instrumen

b)

Melaksanakan PBD secara kolaboratif

c)

Menjalankan pentaksiran secara berkala

19.

Antara yang berikut, mana satu BUKAN cara yang baik untuk memastikan kesahan dan kebolehcayaan PBD ?

a)

Perancangan yang rapi

b)

Menjalankan moderasi

c)

Menggunakan instrumen yang standard

d)

Menyimpan bukti pentaksiran

20.

Apa yang di maksudkan dengan KmR ?

a)

Kefahaman melalui reka bentuk

b)

Kemahiran melalui reka bentuk

c)

Kefahaman melalui refleksi