Font size
WorksheetsTMC (TINGKATAN 4-KIMIA)
Total questions: 40
Worksheet time: 25mins
Kadar resapan bergantung kepada jisim zarah-zarah gas.Gas manakah mempunyai kadar resapan paling tinggi?
CO
SO2
NH3
CH4
Nombor nukleon unsur X ialah 19.Unsur X mempunyai 10 neutron.Unsur yang manakah mempunyai sifat kimia yang sama dengan unsur X?
Argon
Natrium
Klorin
Oksigen
Uranium-235 dan Uranium-238 adalah isotop.Pernyataan manakah betul?
Uranium-235 mempunyai 92 proton dan 143 elektron
Uranium-238 mempunyai 92 proton dan 146 neutron
Uranium-235 mempunyai bilangan elektron kurang daripada Uranium-238
Uranium-235 mempunyai bilangan neutron yang sama dengan Uranium-238
Antara berikut yang manakah perbezaan isotop bagi unsur?
Bilangan proton
Bilangan Neutron
Sifat fizik
Sifat kimia
Seorang pesakit didiagnosiskan mempunyai kanser.Isotop yang manakah digunakan untuk merawat pesakit itu?
Karbon-14
Natrium-24
Fosforus-32
Kobalt-60
11g suatu oksida M diturunkan menjadi 6.2g logam M.Formula empirik bagi oksida M ialah:
[Jisim atom relatif:O=16,M=31]
MO
M2O
M3O2
M2O3
Dalam satu eksperimen,didapati 24g unsur X bertindak balas dengan 32g sulfur membentuk sebatian.Apakah formula empirik sebatian itu?
(Jisim atom relatif ;X=6,S=32)
XS
X2S
X2S3
X4S
Diberi formula ion aluminium ialah Al3+ dan ion sulfat ialah SO42-.Pilih formula kimia yang betul bagi aluminium sulfat.
Al(SO4)3
Al2(SO4)3
Al3(SO4)2
AlSO4
Unsur X berada di bawah kalium dalam Jadual Berkala.Boleh diramalkan bahawa:
Unsur D adalah kurang elektropositif daripada kalium
Saiz atom X adalah lebih kecil daripada kalium
Atom dari unsur X mempunyai lebih banyak bilangan elektron valens daripada kalium
Unsur X bertindak balas lebih cergas berbanding kalium dalam oksigen
Antara sebatian berikut,yang manakah adalah sebatian ionik?
SO2
SO3
H2O
MgBr2
Pernyataan manakah yang menerangkan sebatian ion mempunyai takat lebur yang tinggi?
Ikatan kovalen antara atom-atom adalah kuat
Daya elektrostatik antara ion-ion adalah kuat
Terdapat ion-ion yang bergerak bebas dalam sebatian itu
Lebih tenaga diperlukan untuk mengatasi daya antara molekul
Susunan elektron bagi atom unsur P & Q masing-masing adalah 2.4 & 2.6.Antara pernyataan yang berikut,yang manakah benar tentang sebatian yang terbentuk antara P dan Q?
Setiap atom Q menerima satu elektron dari satu atom P
Setiap atom P menerima empat elektron dari satu atom Q
Setiap atom P bergabung dengan dua atom Q melalui perkongsian elektron
Setiap atom P bergabung dengan satu atom Q melalui pemindahan elektron
Petrol dan paraffin secara tidak sengaja tercampur di kilang penapisan minyak.Antara kaedah yang terbaik untuk mengasing dan mengumpulkan bahan tersebut adalah:
Kondensasi
Penyejatan
Penapisan
Penyulingan berperingkat
Persamaan kimia manakah yang diseimbangkan dengan betul?
Na + O2 → Na2O
Na + Cl2 → NaCl
Zn + HCl → ZnCl2 + H2
Zn + H2SO4 → ZnSO4 + H2
Apakah maksud ikatan kovalen?
Ikatan yang terbentuk oleh daya Van der Waals antara atom-atom bukan logam
Ikatan yang terbentuk apabila elektron dari atom logam berpindah ke atom bukan logam
Ikatan terbentuk apabila atom-atom bukan logam berkongsi elektron untuk mencapai susunan elektron yang stabil
Ikatan yang terbentuk apabila atom-atom logam menyumbangkan elektron sesama atom untuk mencapai susunan elektron yang stabil
Diberi formula ion sulfat ialah SO42- dan ion nitrat ialah ialah NO3-.
Jika formula garam nitrat bagi M ialah M(NO3)3, apakah formula kimia bagi sulfat bagi M?
MSO4
M2SO4
M2(SO4)3
M3(SO4)2
Rajah 11 menunjukkan satu bahan yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan mengapa bahan di atas mencemarkan alam sekitar?
I Tidak terbiodegradasi dengan mudah
II Menyebabkan pembentukan alga
III Membebaskan gas beracun jika dibakar
IV Menyebabkan sistem perparitan tersumbat dan banjir kilat
I dan III sahaja
II dan III sahaja
I , II dan IV sahaja
I , III dan IV sahaja
Rajah 2 menunjukkan empat peringkat dalam pertukaran sulfur kepada asid sulfurik.
Pada peringkat manakah mangkin digunakan?
Peringkat I
Peringkat II
Peringkat III
Peringkat IV
Pasangan unsur yang manakah bergabung membentuk sebatian yang boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan leburan?
S & T
R & S
P & R
Q & T
Suatu oksida bagi unsur X mempunyai formula empirik X2O3.2.24 g unsur X bertindak balas lengkap dengan 0.96 g oksigen.Berapakah jisim atom relatif bagi X?
112
56
25
17
Penguraian plumbum(II) nitrat menghasilkan plumbum(II) oksida,nitrogen dioksida & oksigen.Antara yang berikut yang manakah persamaan kimia seimbang bagi tindak balas tersebut?
Pb(NO3)2 --> PbO2 + 2NO + O2
Pb(NO3)2 --> PbO + 2NO + O3
2Pb(NO3)2 --> 2PbO + 4NO2 + O2
3Pb(NO3)2 --> 3PbO2 + 6NO2 + O3
Tindak balas antara larutan barium klorida dan larutan plumbum(II) nitrat menghasilkan plumbum(II) klorida dan barium nitrat.Persamaan ion yang manakah mewakili tindak balas tersebut?
Pb2+ + NO3- --> Pb(NO3)2
Pb2+ + 2Cl- --> PbCl2
Ba2+ + 2Cl- --> BaCl2
Ba2+ + 2NO3- --> Ba(NO3)2
Apakah yang dimaksudkan dengan keelektronegatifan?
Keupayaan ion untuk membebaskan elektron
Keupayaan ion untuk menerima elektron
Keupayaan atom untuk membebaskan elektron
Keupayaan atom untuk menerima elektron
Unsur Y terletak dalam kumpulan yang sama dengan klorin dalam jadual berkala unsur.Antara yang berikut yang manakah betul tentang Y?
Membentuk ion Y+
Membentuk oksida bes
Wujud sebagai monoatom
Mempunyai 7 elektron valens
Sebatian yang manakah terbentuk melalui pemindahan elektron?
Oksigen,O2
Karbon Dioksida,CO2
Natrium Oksida,Na2O
Hidrogen Peroksida,H2O2
Antara yang berikut,yang manakah sifat ammonium sulfat?
Tak larut dalam air
Larut dalam pelarut organik
Takat lebur dan takat didih yang tinggi
Tidak mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal & akueus
Asid manakah yang mengandungi bilangan ion hidrogen yang paling tinggi?
25cm3 asid nitrik 1 moldm-3
25cm3 asid etanoik 1 moldm-3
25cm3 asid sulfurik 1 moldm-3
25cm3 asid hidroklorik 1 moldm-3
Apakah bilangan mol dalam 100 cm3 asid nitrik 1.5
mol dm-3 ?
0.015 mol
0.100 mol
0.150 mol
1.500 mol
Persamaan kimia berikut menunjukkan tindak balas antara asid sulfurik dengan natrium hidroksida.
H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak) --> Na2SO4 (ak) + 2H2O(ce)
Berapakah kemolaran asid sulfurik yang digunakan apabila 100 cm3 asid itu meneutralkan 0.04 mol natrium hidroksida.
0.02 mol dm-3
0.08 mol dm-3
0.20 mol dm-3
0.80 mol dm-3
Persamaan berikut mewakili tindak balas peneutralan antara barium hidroksida Ba(OH)2 dengan asid hidroklorik,HCl.
Ba(OH)2 + 2HCl --> BaCl2 + 2H2O
Berapakah isipadu asid hidroklorik 0.5 mol dm-3 yang diperlukan untuk meneutralkan 25 cm3 barium hidroksida 0.1 mol dm-3?
2.5 cm3
5.0 cm3
10.0 cm3
12.5 cm3
Antara yang berikut,yang manakah adalah satu garam terlarutkan?
Ferum (II) Klorida
Argentum Klorida
Kalsium Sulfat
Plumbun (II) Sulfat
Garam yang manakah boleh disediakan melalui kaedah pentitratan?
Zink Sulfat
Natrium Sulfat
Magnesium Nitrat
Aluminium Nitrat
Pemanasan oksida P menghasilkan suatu hasil tindak balas yang bewarna perang semasa panas dan bewarna kuning semasa sejuk.Apakah P?
Plumbum
Magnesium
Argentum
Zink
Ujian 1:
Tambah beberapa titik larutan ammonia sehingga berlebihan kepada larutan X
Pemerhatian 1:
Mendakan putih terbentuk dan larut dalam larutan ammonia berlebihan.
Ujian 2:
Tambah larutan X kepada larutan argentum nitrat.
Pemerhatian 2:
Mendakan putih terbentuk
Apakah anion & kation yang hadir dalam sebatian X?
anion=klorida
kation=plumbum
anion=klorida
kation=zink
anion=sulfat
kation=zink
anion=sulfat
kation=plumbum
Apakah kesan pengaloian emas tulen?
Menjadi kurang keras
Lebih mudah dibentuk
Lebih mudah melebur
Tidak terkakis
Bahan manakah adalah bahan komposit?
Aloi
Kaca
Seramik
Gentian Kaca
Komunikasi digital memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan moden.Penghantaran data,suara dan imej secara berkesan dalam format digital memerlukan satu bahan sesuai.
Apakah bahan itu?
Kuprum
Aluminium
Gentian Optik
Superkonduktor
Gas ammonia kering disediakan dalam makmal melalui pemanasan ammonium klorida dengan kasium hidroksida.
Bahan manakah yang digunakan sebagai agen pengering dalam penyediaan itu?
Soda Kapur
Air Kapur
Kalsium Karbonat
Asid Nitrik Cair
Rajah di bawah menunjukkan satu proses. Apakah yang berlaku setelah kadbod dialihkan?
Zarah-zarah gas nitrogen dioksida mengambil alih tempat zarah-zarah udara.
Udara akan terbebas ke persekitaran.
Zarah-zarah gas nitrogen dioksida akan meresap ke dalam ruang-ruang kosong antara zarah-zarah udara.
Warna perang gas nitrogen dioksida akan bertukar menjadi tidak berwarna.
Rajah 4 menunjukkan susunan atom dalam suatu bahan.
Bahan manakah mungkin mempunyai susunan atom seperti yang ditunjukkan?
Logam
Aloi
Kaca
Bahan Komposit
