wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Golongan Anti Hadis: Isu dan Cabaran

Total questions: 20

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Apakah faktor utama yang menyebabkan timbulnya pemikiran Anti Hadis ini?

a)

Kebergantungan kepada akal semata-mata dalam mentafsirkan agama

b)

Taasub dengan ideologi Barat

c)

Penjajahan pemikiran yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam

d)

Kurang pengetahuan dan penghayatan terhadap Islam

2.

Apakah prinsip utama yang dipegang oleh golongan anti hadis?

a)

Tidak beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad SAW

b)

Tidak bersetuju dengan kandungan hadis Nabi SAW

c)

Tidak mempercayai hadis sebagai sumber Islam selepas Al-Quran

d)

Meragui kandungan hadis Nabi SAW

3.

Apakah pegangan akidah mereka dari aspek kenabian?

a)

Nabi Muhammad SAW tidak boleh dikira sebagai Rasul

b)

Syariat Nabi Ibrahim AS yang lebih layak diikuti berbanding Nabi Muhammad SAW

c)

Nabi Ibrahim AS adalah bapa segala Nabi dan layak diangkat dan dimuliakan

d)

Nabi Ibrahim AS adalah pesuruh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW hanya pengikut baginda

4.

Bagaimana mereka mentafsir dan memahami Al-Quran?

a)

Menggunakan sepenuh kepakaran yang mereka ada dalam Bahasa Arab

b)

Mengikut selera sendiri berdasarkan terjemahan yang lemah.

c)

Sambil lewa dan lalai dalam mentafsirkan Al-Quran

d)

Menggunakan satu rujukan sahaja

5.

Bilakah kelompok atau golongan anti hadis ini mula wujud secara jelas?

a)

Kurun kedua hijrah

b)

Zaman Rasulullah SAW

c)

Zaman Khulafa’ Al Rasyidin

d)

Abad kedua hijrah

6.

Apakah dakwaan melampau yang dibawa oleh Rashad Khalifa terhadap hadis?

a)

Hadis bukan wahyu Allah SWT

b)

Hadis dianggap suatu kesilapan para ulama

c)

Hadis dianggap palsu dan ciptaan iblis

d)

Hadis bertentangan dengan Kod19

7.

Apakah matlamat UTAMA kewujudan golongan anti hadis ini?

a)

Melemahkan ajaran Islam dari dalam

b)

Mengelirukan umat Islam

c)

Menjauhkan umat Islam daripada Hadis

d)

Merosakkan agama suci Islam

8.

Pengaruh yang kuat dan terbesar kepada perkembangan aliran ini ialah

a)

Kelemahan dalam memahami Islam dan sumbernya

b)

Idea-idea dan pemikiran yang dibawa oleh golongan Orientalis Barat

c)

Penjajahan Barat dalam segenap aspek

d)

Hawa nafsu dan godaan syaitan Laknatullah

9.

Mereka menggelar diri mereka sebagai

a)

Liberalis Islam

b)

Kitabiyyin

c)

Ahli Kitab Allah

d)

Qur’aniyyun

10.

Antara tuduhan golongan anti hadis terhadap kitab-kitab hadis sahih yang telah dikarang oleh para ulama terdahulu ialah

a)

Kesahihan hadis-hadis berkenaan dipertikaikan kerana hukum hadis berkenaan hanya anggapan mereka sahaja

b)

Berlaku banyak kesilapan dan kekurangan dalam kitab-kitab mereka

c)

Kitab-kitab berkenaan tidak mengandungi perkataan dan perbuatan Rasulullah SAW bahkan ia merupakan suatu anggapan atau tekaan mereka sahaja

d)

Para penulis kitab hidup terkemudian daripada Rasulullah SAW dan mustahil untuk dapat dipastikan ia benar-benar daripada Rasulullah SAW

11.

Yang manakah pernyataan di bawah BUKAN dakwaan golongan anti hadis

a)

Mereka mengatakan Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Malaikat Jibril serta dianggap telah lengkap, sempurna dan terperinci. Oleh itu, al- Quran tidak memerlukan sebarang bentuk penghuraian mahupun pentafsiran.

b)

Rasulullah SAW bukanlah seorang Nabi dan Rasul yang wajib diimani serta dijadikan contoh ikutan.

c)

Menganggap hadis sebagai satu catatan sejarah yang boleh dan perlu dikaji oleh para penyelidik untuk memahami dan menilai zaman itu.

d)

Mereka menganggap hadis merupakan satu penyelewengan daripada ajaran-ajaran Nabi Muhammad s.a.w dan tidak boleh diterima sebagai sumber perundangan Islam. Malahan, ia dianggap muncul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w lalu dikaitkan dengan Baginda.

12.

Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik”. apakah yang didakwa oleh golongan anti hadis ini?

a)

Merujuk kepada keyakinan, pegangan, pendirian dan perjuangan.

b)

Membawa maksud Al-Quran dan bukannya Hadis

c)

Bermaksud agama Islam yang dibawa oleh baginda menerusi Al-Quran sahaja

13.

Manakah golongan berikut yang menunjukkan bahawa mereka adalah dari golongan anti hadis

a)

Tidak beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad SAW

b)

Menyembunyikan ketidak percayaan terhadap hadis-hadis Nabi SAW

c)

Golongan yang tidak menerima Al-Sunnah tetapi Al-Quran juga diterima sebahagian sahaja

d)

Golongan orang yang mengiktiraf kedudukan Al-Quran dan Sunnah, tetapi tidak beramal dengannya.

14.

Bagaimanakah pemikiran Anti Hadis ini berkembang dalam masyarakat?

a)

Penyebaran melalui media sosial dan gerakan dari rumah ke rumah.

b)

Ceramah-ceramah secara terbuka dan penubuhan institut khas.

c)

Menerusi penghasilan buku-buku, artikel dan seminar-seminar berkaitan.

d)

Gerakan secara bawah tanah dan tersembunyi.

15.

Berikut adalah skop penyelewengan yang dilakukan oleh golongan Anti Hadis KECUALI:

a)

Akidah

b)

Politik

c)

Feqah

d)

Akhlak

e)

Tasawwuf

16.

Siapakah tokoh terawal yang menentang terhadap golongan Anti Hadis ini?

a)

Syeikh Muhammad Abduh

b)

Imam Al-Syafie

c)

Hasan Al-Banna

d)

Imam Abu Hanifah

17.

Bagaimanakah golongan Syiah dianggap sebagai salah satu daripada golongan Anti hadith?

a)

Mereka menolak hadith-hadith yang sahih daripada Rasulullah SAW namun dalam masa yang sama mencipta hadith-hadith palsu untuk menyokong kepada pegangan mereka.

b)

Menolak sepenuhnya hadith-hadith Rasulullah SAW dan beriman kepada Allah SWT sahaja.

c)

Mereka menganggap bahawa Saidina Ali RA sahaja yang berhak dimuliakan.

d)

Mereka berpura-pura menerima Rasulullah SAW tetapi menentang baginda secara tersembunyi.

18.

Apakah kekuatan yang dimiliki oleh golongan Anti Hadis di Malaysia agar dapat berkembang pesat sejak tahun 1984?

a)

Didokong oleh golongan intelektual dan golongan berpengaruh.

b)

Bantuan dan sokongan daripada media cetak dan media massa.

c)

Sokongan material daripada pihak luar.

d)

Tiada undang-undang yang jelas untuk menyekat pergerakan mereka.

19.

Apakah tujuan utama Kassim Ahmad dalam menghasilkan bukunya "Hadis: Satu Penialaian Semula"?

a)

Mengembalikan umat Islam untuk beriman dan berpegang kepada Al-Quran semata-mata.

b)

Membuktikan andaiannya bahawa hadis merupakan satu ajaran palsu yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai salah satu dari punca perpecahan dan kemunduran umat Islam.

c)

Menjelaskan kepada umat Islam bahawa hadis-hadis Rasulullah SAW adalah suatu propaganda para ulama Islam sahaja.

20.

Apakah tindakan dan cara yang paling berkesan untuk menyekat dan mengekang penyebaran ideologi ini berlaku dalam masyarakat? Berikan cadangan anda.

4 lines