wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Komunikasi Efektif

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang salah bagi mewujudkan suasana komunikasi yang berkesan.

a)

pilih masa yang sesuai

b)

Gunakan bahasa isyarat

c)

Wujudkan suasana selesa untuk menggalakkan berkomunikasi terbuka

d)

Elakkan memulakan perbincangan tentang topik berat pada lewat petang.

2.

Pilih pernyataan yang bukan merupakan cara berkomunikasi secara oral yang betul.

a)

emel

b)

Mesyuarat

c)

Pembentangan

d)

Panggilan telefon

3.

Pernyataan yang manakah yang tidak benar tentang kepentingan saluran komunikasi formal?

a)

Saluran komunikasi formal merupakan cara untuk berkongsi maklumat.

b)

Saluran komunikasi formal merupakan cara untuk berkongsi mesej peribadi.

c)

Komunikasi saluran formal terhad kepada mesej organisasi

d)

Peraturan,prosedur atau standard tertentu perlu diikuti dalam menggunakan saluran komunikasi formal.

4.

Apakah bentuk komunikasi yang diperlukan untuk menyampaikan maklumat semasa bermesyuarat?

a)

Berbahas

b)

Pidato

c)

Menerangkan

d)

Demontrasi

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah komunikasi lateral atau horizantal?

a)

Dilakukan antara staf dari tahap yang sama.

b)

Dilakukan dengan pembekal\pelanggan

c)

Dilakukan antara pengurus dengan kakitangan

d)

Dilakukan untuk meningkatkan usaha koordinasi.

6.

Apakah tugas utama pengawai perhubungan?

a)

Menentukan polisi

b)

Menerangkan prosedur

c)

Membuat laporan prestasi

d)

Menjadi pengantaraan antara 2 pihak

7.

Pilih kenyataan yang bukan merupakan kaedah kemahiran perhubungan yang baik.

a)

Kebolehan bekerja dalam pasukan

b)

Kemampuan berkomunikasi dengan baik.

c)

Kebolehan bekerjasama dengan orang lain.

d)

Kemampuan menggunakan perkataan yang susah.

8.

Apakah teknik untuk menjadi seorang komunikator yang baik?

a)

Mengumam apabila bercakap

b)

Menggunakan bahasa berbunga

c)

Menggunakan bahasa yang mudah difahami

d)

Menggunakan suara yang lantang pada setiap masa.

9.

Apakah perkara yang boleh berlaku sekiranya komunikasi yang dilakukan tidak berkesan?

a)

Pengurus berpuas hati.

b)

Maklumat akan sampai kepada penerima

c)

Arahan pengurus mungkin tidak dilaksanakan.

d)

Kakitangan akan mengikut cakap ketua mereka.

10.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda mempunyai teknik komunikasi yang baik?

a)

Rahsiakan daripada orang lain

b)

Umumkan kepada orang ramai

c)

Simpan untuk kegunaan sendiri

d)

Kongsi dengan ahli pasukan lain

11.

Pilih ciri-ciri asas bagi seorang perunding yang baik.

I-Pendengar yang baik

II-Komunikator yang baik

III-Boleh membuat keputusan

IV-Gemar memberi pendapat

a)

I,II,III

b)

I,II,IV

c)

I,III,IV

d)

II,III,IV

12.

Apakah perkara yang melibatkan teknik perundingan asas?

I-Melakukan perbincangan berperingkat

II-Mengenal pasti keperluan dan memahuan pihak

III-Mengenal pasti perkara yang perlu dikompromikan

IV-Menilai keperluan dan kehendak serta matlamat sebenarnya.

a)

I,II dan III

b)

I,II dan IV

c)

I,II,III dan IV

d)

II,III dan IV

13.

Pilih pernyataan bukan berkaitan dengan rundingan.

a)

Urusniaga yang adil dan menguntungkan

b)

Rundingan diadakan bagi mencapai persetujuan.

c)

Proses tawar menawar bagi menyelesaikan perbezaan.

d)

Rundingan ialah proses tawar menawar antara dua pihak.

14.

Pilih pernyataan bukan berkaitan dengan kepentingan perundingan.

a)

Bagi mengelakkan konflik

b)

Untuk mencapai keputusan

c)

Bagi membentangkan hujah-hujah

d)

Bagi menyelesaikan isu-isu yang berlarutan.

15.

Apakah jenis rundingan sekiranya sesebuah negara menandatangani perjanjian tetapi tiada niat untuk melaksanakannya?

a)

Rundingan kalah-kalah

b)

Rundingan berniat jahat

c)

Rundingan menang-kalah

d)

Rundingan menang-menang

16.

Apakah jenis rundingan untuk menubuhkan perkongsian perniagaan?

a)

Niat jahat

b)

kalah-kalah

c)

menang-menang

d)

menang-kalah

17.

Jenis rundingan sekiranya berkaitan gaji pekerja

a)

Niat jahat

b)

kalah-kalah

c)

Menang-kalah

d)

Menang-menang

18.

Perkara yang perlu dipastikan apabila membuat sebarang rundingan?

a)

Membiarkan perbincangan menjadi hangat

b)

Bersetuju dengan semua syarat pihak lawan

c)

memulakan perbincangan dengan tawaran akhir

d)

Mengenali punca,implikasi dan beberapa penyelesaian.

19.

Apakah yang perlu dilakukan jika anda mengesyaki bahawa pihak lain sedang berunding dengan niat jahat?

a)

Bersaing secara sihat untuk memujuk

b)

Beri kerjasama untuk menarik minatnya

c)

Mengelak daripada meneruskan rundingan

d)

Fikirkan tentang syarat-syarat dan dendaan dalam perjanjian.

20.

Apakah hasil rundingan yang mungkin terjadi?

I-Kedua-dua pihak kalah

II-Kedua-dua pihak menang

III-Rundingan menemui jalan buntu

IV-Satu pihak menang,satu pihak kalah

a)

I,II Dan III

b)

I,II Dan IV

c)

I,III Dan IV

d)

I,II,III dan IV