wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perundangan Kesihatan (KPPK 2113)APSPP 1975_DKP34/19 Test 1

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000) kuasa memasuki premis adalah antara jam:

a)

6.00 pagi – 6.00 petang

b)

6.00 pagi – 7.00 malam

c)

6.00 pagi – 8.00 malam

d)

6.00 pagi – 10.00 malam

2.

Mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pin.2000) di bawah Seksyen 5, jika inspektor hendak memasuki premis di luar masa yang ditetapkan, pemunya perlu diberi tempoh notis yang tidak kurang dari

a)

12 Jam

b)

24 Jam

c)

36 jam

d)

48 jam

3.

Di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pin.2000), seorang Pegawai Berkuasa boleh menghendaki maklumat berikut kecuali

a)

lesen memandu

b)

kad pengenalan

c)

perjanjian jual beli kereta

d)

lesen pendaftaran perniagaan

4.

Menurut Seksyen 21 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (Pindaan) 2000, Seseorang yang menghalang pegawai berkuasa dari melaksanakan tugas dibawah Akta ini jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi

a)

RM5,000.00

b)

RM10,000.00

c)

RM15,000.00

d)

RM20,000.00

5.

Pegawai Berkuasa yang boleh menjalankan pemeriksaan perubatan orang disyaki dijangkiti penyakit dibawa oleh serangga ialah

a)

Menteri

b)

Pegawai Kesihatan

c)

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

d)

Pembantu Kesihatan Awam Kanan

6.

Apakah penalti bagi kesalahan menghalang seseorang pegawai diberi kuasa di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyit 1975?

a)

Denda tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.

b)

Denda tidak melebihi RM 50,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.

c)

Denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.

d)

denda tidak melebihi RM 1,000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.

7.

Penalti bagi kesalahan berterusan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 adalah denda tidak melebihi

a)

RM 50.00 setiap hari kesalahan dilakukan.

b)

RM 100.00 setiap hari kesalahan dilakukan.

c)

RM 500.00 setiap hari kesalahan dilakukan.

d)

RM 1,000.00 setiap hari kesalahan dilakukan.

8.

Siapakah yang boleh mewakilkan kuasa di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975?

a)

Ahli kaji Serangga

b)

Pegawai Kesihatan Persekitaran

c)

Timbalan Kesihatan Negeri (Perubatan)

d)

Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam)

9.

Individu berikut bukan tafsiran Pegawai Kesihatan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975?

a)

Ahli Kajiserangga

b)

Pegawai Kesihatan Daerah

c)

Pengarah Kesihatan Negeri

d)

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)

10.

Tindakan yang boleh Inspektor ambil terhadap seseorang yang enggan memberi nama atau alamat tempat tinggalnya di bawah seksyen 7(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975(pindaan 2000).

a)

Membuat laporan polis.

b)

Melaporkan kepada Pegawai Kesihatan.

c)

Menggunakan kekerasan untuk mendapat maklumat.

d)

Menangkap dan menghadapkan ke Mahkamah dalam masa 24 jam.

11.

Penyampaian apa-apa perintah atau notis kepada pemunya atau penduduk di bawah Akta Pemunsahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 boleh dibuat melalui cara-cara berikut.

I. menyerahkan kepada polis terlebihi dahulu untuk pengesahan

II. menyerahkan kepada seseorang keluarga orang itu tanpa mengira umur

III. meninggalkannya di tempat tinggal terakhir yang diketahui

IV. menghantarnya secara pos yang telah dibayar

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

12.

Inspektor mempunyai kuasa-kuasa berikut di bawah Akta Pemusanahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, kecuali.

a)

Menyita apa-apa barang yang disyaki.

b)

Memasuki dan memeriksa mana-mana premis.

c)

Memeriksa dari segi perubatan mana-mana orang yang disyaki.

d)

Mengarah pemunya mengambil langkah-langkah tertentu di bawah akta

13.

Jika perlu bagi perjalanan kuasa yang diberikan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (Pindaan) 2000 di luar waktu pejabat (selepas 10.00 malam). Seseorang Inspektor boleh memasuki premis bagi maksud itu selepas memberi notis kepada penduduk premis sekurang-kurangnya

a)

6 jam

b)

12 jam

c)

18 jam

d)

24 jam

14.

Apakah definasi “Serangga Pembawa Penyakit” dibawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (Pindaan 2000)?

a)

Apa-apa serangga yang membawa atau memberi kerosakan kepada manusia atau binatang ternakan termasuk telur, larva dan pupa serangga itu.

b)

Apa-apa serangga yang merbahaya atau menyebabkan penyakit kepada manusia atau binatang ternakan termasuk telur, larva dan pupa serangga itu.

c)

Apa-apa serangga yang membawa atau mendatangkan bahaya kepada manusia atau binatang ternakan termasuk telur, larva dan pupa serangga itu.

d)

Apa-apa serangga yang membawa atau menyebabkan penyakit kepada manusia atau binatang ternakan termasuk telur, larva dan pupa serangga itu.

15.

Berikut adalah kuasa am dibawah seksyen 8(1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975(Pindaan 2000) untuk mengambil langkah supaya serangga pembawa penyakit dibinasakan, KECUALI

a)

menimbus lubang yang didapati di permukaan premis.

b)

memusnahkan serangga pembawa penyakit dimana jua dijumpai.

c)

Membakar dan memusnahkan tin-tin dan botol-botol plastik atau bekas lain disekitar premis.

d)

memotong dan membuang rumput, tunggul buluh, paku-pakis atau tumbuhan lain yang dalamnya serangga pembawa penyakit mungkin membiak atau berlindung.