NEW
Font size
WorksheetsECD Psikologi Pendidikan Nov '19
Total questions: 10
Worksheet time: 11mins
Susunkan fasa - fasa yg biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu proses pembelajaran menurut teori Pembelajaran Pemprosesan Maklumat Hieraki telah diperkenalkan oleh Robert M. Gagne.
A. Fasa Kefahaman, Fasa Perolehan, Fasa Motivasi, Fasa Penahanan, Fasa Generalisasi, Fasa Ingatan Kembali, Fasa Presentasi, Fasa Maklumbalas.
B. Fasa Motivasi, Fasa Kefahaman, Fasa Perolehan, Fasa Penahanan, Fasa Ingatan Kembali, Fasa Generalisasi, Fasa Presentasi, Fasa Maklumbalas.
C. Fasa Kefahaman, Fasa Perolehan, Fasa Penahanan, Fasa Ingatan Kembali, Fasa Generalisasi, Fasa Presentasi, Fasa Maklumbalas, Fasa Motivasi.
D. Fasa Motivasi, Fasa Kefahaman, Fasa Perolehan, Fasa Penahanan, Fasa Generalisasi, Fasa Ingatan Kembali, Fasa Presentasi, Fasa Maklumbalas.
Menurut Skinner, 3 perkara untuk interaksi antara tingkahlaku dan persekitaran termasuklah
I. Apabila berlakunya tingkahlaku.
II. Tingkahlaku itu sendiri
III. Aktiviti selepas pengukuhan
IV. Aktiviti pengukuhan
A. I dan IV sahaja.
B. I, II dan III sahaja.
C. I, II dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.
Pernyataan yang berikut adalah benar mengenai Peringkat Operasi Konkrit oleh Piaget KECUALI
A. Memahami konsep pemuliharaan
B. Berfikiran animisme
C. Pemikiran jadi lebih logikal dan tersusun
D. Mula memahami 2 situasi yang berkaitan
Ika mempunyai seorang adik lelaki yang berumur 2 tahun yang bernama Ikhwan. Apabila Ika hendak membantu Ikhwan untuk melakukan sesuatu, dia tidak akan menerima bantuan Ika bahkan dia lebih suka membuat sesuatu dengan sendirinya. Mengikut Teori Perkembangan Erikson, pada peringkat apakah yang boleh menerangkan situasi ini?
A. Inisiatif vs Serba salah
B. Autonomi vs Malu
C. Kebolehpercayaan vs Ketidakpercayaan
D. Kerajinan vs Rendah diri
Berikut adalah kebolehan perkembangan kognitif kanak-kanak yang berusia 3 – 4 tahun
I. Mengenal warna-warna asas.
II. Menamakan 3 jenis tekstur.
III. Menamakan 3 bentuk.
IV. Membilang objek dengan bantuan.
A. I dan III sahaja.
B. I, II dan III sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.
Apakah maksud Eksosistem menurut Teori Ekologi Bronfenbrenner?
A. Merujuk kepada suatu keadaan yang tidak melibatkan seseorang individu secara langsung, namun segala aktiviti atau peristiwa yang berlaku dalam persekitaran tersebut akan mempengaruhi individu dan keluarga tersebut.
B. Merujuk kepada sistem yang paling dekat dengan seseorang individu.
C. Merujuk kepada sesuatu pola peristiwa dan transisi yg berlaku dalam persekitaran individu sepanjang hayat.
D. Hubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain.
Menurut Teori Mentalis yang diperkenalkan oleh Noam Chomsky
I. Kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal.
II. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device).
III. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari apa sahaja bahasa.
IV. Proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan.
A. I dan II sahaja.
B. I, II dan III sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.
Jamal adalah seorang jurutera yang berusia 32 tahun. Beliau baru sahaja mendapat seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinannya dengan Sarah. Beliau juga baru sahaja dinaikkan pangkat setelah bekerja selama 8 tahun. Fokus Jamal pada masa ini hanyalah untuk memberikan yang terbaik buat keluarganya. Mengikut Teori Perkembangan Erikson, pada peringkat apakah yang boleh menerangkan situasi ini?
A. Generativiti vs Tiada Perubahan
B. Kemesraan vs Keterasingan
C. Integriti vs Putus Harapan
D. Kerajinan vs Rendah Diri
Konsep asas psikologi boleh dibagikan kepda empat. Pernyataan yang manakah benar mengenai ‘naluri’?
A. Merujuk kepada kecenderungan seseorang melakukan aktiiviti apabila menerima rangsangan.
B. Keperluan tertentu supaya dapat dipenuhi sepanjang kehidupan.
C. Merujuk kepada suatu kuasa semula jadi yang menjadi pendorong kepada seseorang individu bertingkah laku dalam situasi yg tertentu.
D. Timbul apabila berlaku kekurangan dalam keperluan fisiologi seperti makanan dan minuman.
Apakah maksud peneguhan negatif?
A. Menarik sesuatu yang tidak disukai pelajar
B. Memberi sesuatu yang tidak disukai pelajar
C. Menarik sesuatu yang disukai pelajar
D. Memberi sesuatu yang disukai pelajar
