wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Peribahsa

Total questions: 36

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Memang betulah jika Mak Aina dan Mak Siti bertegur sapa semula kerana _____.

a)

ada hari, ada nasi

b)

bagai aur dengan tebing

c)

bagai ayam disambar helang

d)

air dicincang takkan putus

2.

Zaini boleh memiliki rumah mewah itu kerana dia kaya bak kata pepatah _____.

a)

ada padi, semua kerja jadi

b)

air besar sampan tak hanyut

c)

bagai isi dengan kuku

d)

bagai dakwat dengan kertas

3.

Amin berbaik-baik dengan gurunya kerana _____.

a)

bakar tak berapi

b)

ada udang di sebalik batu

c)

ayam terlepas, tangan bau tahi

d)

bak cetus api

4.

Wajah Saktia sangat cantik _____.

a)

bagai melulur bersitungging

b)

cacing hendak menjadi naga

c)

cacing menelan naga

d)

bagai bulan dipagari bintang

5.

Linda dengan Faris _____ kerana selalu membantu antara satu sama lain dalam mata pelajaran.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

cantik bagai bidadari

d)

campak bunga dibalas dengan campak tahi

6.

Perangai dua beradik itu _____, kerana apabila bertemu mereka pasti bergaduh.

a)

celaka ayam, padi masak makan ke hutan

b)

cerdik bagai ekor kerbau

c)

bagai gagak menggonggong telur

d)

bagai anjing dengan kucing

7.

Banyak jejaka terpikat pada Sakriti kerana wajahnya _____.

a)

dagangan bersambut dengan dijualnya

b)

cari umbut kena buku

c)

cantik bagai bidadari

d)

dada manusia tidak dapat diselam

8.

Kejayaan pelakon Sarah mengalahkan pelakon Laura seumpama _____.

a)

dalam dua tengah tiga

b)

cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada

c)

dapat durian runtuh

d)

cacing menelan naga

9.

Janganlah mengikut cara orang kaya berbelanja seperti _____.

a)

habis madu sepah dibuang

b)

habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah

c)

gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar juga

d)

guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan

10.

Kelakuan ketua itu seperti _____ kerana setelah habis semua kerja, khidmat Khairul tidak diperlukan lagi.

a)

isi dada bekal berjalan

b)

intan berlian jangan dipijakkan

c)

hilang di mata di hati jangan

d)

habis madu sepah dibuang

11.

Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.

a)

bagai cicak makan kapur

b)

bagai kumbang putus tali

c)

bagai itik pulang petang

d)

bagai balak terendam

12.

Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

bagai kaca jatuh ke batu

c)

bagai duri dalam daging

d)

bagai ayam disambar helang

13.

Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.

a)

bagai melepas anjing tersepit

b)

bagai dihiris dengan sembilu

c)

bagai ayam disambar helang

d)

bagai kaca jatuh ke batu

14.

Oii Sik Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.

a)

seperti lipas kudung

b)

seperti ayam berak kapur

c)

seperti bulan penuh purnama

d)

seperti kera sumbang

15.

Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya _________________________________ .

a)

bagai mendukung biawak hidup

b)

bagai ayam mengeram telur

c)

bagai pahat dengan penukul

d)

bagai wau putus tali

16.

Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya __________________________________ .

a)

seperti rumput di tepi jalan

b)

seperti tikus jatuh ke beras

c)

seperti mendukung biawah hidup

d)

seperti sudah jatuh ditimpa tangga

17.

Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti _________________________________.

a)

bumi dengan langit

b)

aur ditarik songsang

c)

pinang dibelah dua

d)

ular kena palu

18.

Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________.

a)

enau dalam belukar

b)

kacang lupakan kulit

c)

aur dengan tebing

d)

dakwat dengan kertas

19.

Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.

a)

seperti mencurah garam ke laut

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

seperti Belanda diberi tanah

d)

seperti hujan jatuh ke pasir

20.

Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana baginya _____________________________.

a)

tepuk dada tanya selera

b)

segan bertanya sesat jalan

c)

harapkan pagar, pagar makan padi

d)

melentur buluh biarlah daripada rebungnya

21.

Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.

a)

buang yang keruh ambil yang jernih

b)

segan bertanya sesat jalan

c)

sambil menyelam minum air

d)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

22.

Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.

a)

rambut sama hitam, hati lain-lain

b)

sambil menyelam minum air

c)

ukur baju di badan sendiri

d)

tepuk dada tanya selera

23.

Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong bagai _________________________________.

a)

cincin dengan permata

b)

kucing dengan anjing

c)

aur dengan tebing

d)

isi dengan kuku

24.

Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin _________________________________.

a)

lain di mulut lain di hati

b)

tepuk dada tanya selera

c)

indah khabar daripada rupa

d)

belakang parang diasah lagikan tajam

25.

Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.

a)

seperti lembu dicucuk hidung

b)

seperti anjing menyalak bukit

c)

seperti tikus membaiki labu

d)

seperti murai tercabut ekor

26.

Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya _________________________________ kerana semua nasihatnya tidak mereka endahkan.

a)

bagai haruan makan anak

b)

bagai kambing dihalau ke air

c)

bagai mencurah air ke daun keladi

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

27.

Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.

a)

bagai gergaji dua mata

b)

bagai pahat dengan penukul

c)

bagai kucing kehilangan anak

d)

bagai telur di hujung tanduk

28.

Subramaniam seperti _____________________________________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.

a)

katak di bawah tempurung

b)

ayam disambar helang

c)

kera mendapat bunga

d)

murai tercabut ekor

29.

Kehidupan Intan Najwa sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu bapanya menjaganya ______________________________.

a)

bagai menatang minyak yang penuh

b)

bagai kucing kehilangan anak

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

bagai aur dengan tebing

30.

Segala janji manis wakil insurans itu _________________________ kerana setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi datang memberi perkhidmatan.

a)

bagai mencurah air ke daun keladi

b)

bagai menyusu kera di hutan

c)

bagai anjing menyalak bukit

d)

bagai menanam tebu di bibir

31.

Zulfa dan Hasnah tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Kaherah ___________________________________.

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti kerbau dicucuk hidung

c)

seperti kera mendapat bunga

d)

seperti si buta kehilangan tongkat

32.

Walaupun Badrul dan Badrin merupakan pasangan kembar, namun watak mereka jauh berbeza ____________________________.

a)

seperti tikus jatuh ke beras

b)

seperti langit dengan bumi

c)

seperti pungguk rindukan bulan

d)

seperti mentimun dengan durian

33.

Balasenan seperti ____________________________ kerana telah berjaya menjadi pemenang dalam peraduan menulis cerpen sempena Hari Kebangsaan yang lalu.

a)

katak disimbah air

b)

gagak pulang ke benua

c)

melukut di tepi gantang

d)

harimau menyembunyikan kukunya

34.

Pelakon Maya Karin bagai ______________________ apabila dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik tahun 2007.

a)

melepas anjing tersepit

b)

bulan penuh purnama

c)

haruan makan anak

d)

itik pulang petang

35.

Abang Safuan ___________________________ kerana kamera yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.

a)

bagai si kudung mendapat cincin

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai tikus membaiki labu

d)

bagai kumbang putus tali

36.

Kehidupan Sazniwati ___________________________ semenjak tinggal bersama keluarga angkatnya yang kaya tetapi tidak membenarkannya keluar seorang diri.

a)

umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas, badan terkurung

b)

umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang

c)

umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga

d)

umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang