Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KA

Total questions: 25

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.

a)

Cair

b)

Putih

c)

Pekat

d)

Merah

2.

Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi

a)

ketat

b)

besar

c)

singkat

d)

longgar

3.

Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.

a)

kelat

b)

enak

c)

manis

d)

masam

4.

Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.

a)

tajam

b)

kasar

c)

kesat

d)

tumpul

5.

Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.

a)

jernih

b)

hitam

c)

kotor

d)

bersih

6.

Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.

a)

kecil

b)

tebal

c)

besar

d)

panjang

7.

Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.

a)

sejuk

b)

damai

c)

panas

d)

nyaman

8.

Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.

a)

baik

b)

cergas

c)

nyaman

d)

indah

9.

__________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun KualaWoh itu.

a)

INDAH

b)

MURAM

c)

KELAM

d)

SAYUP

10.

Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru

mereka.

a)

BAIK

b)

MALU

c)

TAKUT

d)

PATUH

11.

Marsya berasa ______________ semasa meraikan hari jadinya.

a)

Pilu

b)

Mahu

c)

Cemas

d)

Gembira

12.

Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebayang galah yang _______________

a)

Tinggi

b)

Besar

c)

Kontot

d)

Panjang

13.

Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau ______________ ikan air tawar.

a)

Hapak

b)

Hanyir

c)

Tengik

d)

Hancing

14.

Penyanyi yang mempunyai suara ____________ itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

a)

Serak

b)

Garau

c)

Merdu

d)

Nyaring

15.

Roziah yang ringan mulut itu sungguh ____________ dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.

a)

Sombong

b)

Senang

c)

Ramah

d)

Kasar

16.

Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam ________________ pagi tanpa berputus asa.

a)

kegelapan

b)

kedinginan

c)

kemalapan

d)

kepanasan

17.

Dahi adik kelihatan _____________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.

a)

bengkok

b)

bengkak

c)

botak

d)

lekuk

18.

Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi _____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri

a)

lengang

b)

senyap

c)

muram

d)

suram

19.

Mata Aminah _______________ kerana terkena air sabun.

a)

pedas

b)

lebam

c)

pedih

d)

panas

20.

Jambatan yang ______________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.

a)

luas

b)

sempit

c)

senang

d)

besar

21.

Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.

a)

menggelupas

b)

menggerutu

c)

melecur

d)

melecet

22.

Nana berasa ____________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.

a)

geli

b)

haru

c)

kelam

d)

gundah

23.

Itik itu mempunyai bulu yang ______________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.

a)

kesat

b)

telap

c)

telus

d)

kalis

24.

Pak Tamin begitu ______________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam.

a)

terkilan

b)

runsing

c)

murung

d)

sengsara

25.

Keadaan menjadi semakin ______________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah.

a)

pelik

b)

gawat

c)

runsing

d)

rencam