wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Lat Pemahaman 1

Total questions: 25

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.
“_______ mahu ke mana?” tanya Suraya kepada Allysha dan Fatin. 
a)
Anda
b)
Kamu
c)
Kalian
d)
Engkau
2.
Pasukan ekspedisi __________ Gunung Ledang itu bertolak dari Kaki Gunung Ledang pada pukul tujuh pagi.
a)
melalui 
b)
mendaki
c)
menaiki
d)
melewati
3.
Syahidah telah dinobatkan sebagai murid cemerlang di ________ saya pada peperiksaan akhir tahun yang lalu.
a)
klinik
b)
sekolah
c)
syarikat
d)
universiti 
4.
Pada bulan Mac hingga September pada setiap tahun, penyu akan mendarat di ______ Rantau Abang Terengganu untuk bertelur.  
a)
Bukit
b)
Sungai
c)
Pantai
d)
 Lembah 
5.
“________ telah mengarahkan laksamana dan hulubalang untuk menghapuskan lanun durjana di perairan Selat Melaka,” kata Bendahara kepada baginda Sultan.
a)
Beta
b)
Hamba
c)
Tuanku
d)
Patik
6.
Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diusahakan oleh golongan wanita  terutamanya di Terengganu.
a)
menekat
b)
menenun
c)
menyulam
d)
menganyam
7.
Sebuah khemah yang dipasang di ________ padang sekolah itu adalah untuk pegawai sukan yang bertugas.
a)
atas
b)
bawah
c)
tengah
d)
belakang
8.
Suara Kartini ________ sungguh sehingga mengganggu adiknya yang sedang tidur lena.
a)
lunak
b)
garau
c)
manja
d)
nyaring
9.
“Jagalah ________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kamu,” pesan Puan Hamisah kepada anak gadisnya.
a)
tutur kata
b)
tutur nista
c)
tutur bicara
d)
tutur bahasa
10.
“Lemang dan rendang ayam yang dihidangkan oleh ibu ini enak sungguh,” kata adik kepada kakak.
a)
Adik dan kakak sedang menikmati lemang dan rendang ayam masakan ibu yang sungguh enak
b)
Adik memberitahu kakak tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang telah disajikan oleh ibu
c)
Adik diberitahu tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang dimasak oleh ibu dan kakak mereka
d)
Adik dan kakak diberitahu tentang kepandaian ibu membuat lemang dan rendang ayam yang sangat enak
11.
Para pelancong dapat melihat cahaya ________ yang hinggap pada pokok berembang pada waktu malam.
a)
bari-bari
b)
obor-obor
c)
sibur-sibur
d)
kunang-kunang
12.
Rahmat belajar dengan ________ supaya dia boleh memperoleh kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.
a)
tekun
b)
rajin
c)
bernas
d)
kuat
13.
Klinik Kesihatan Seberang Perak ________ kempen membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes dalam kalangan penduduk di taman itu.
a)
terhebat
b)
kehebatan
c)
memperhebat
d)
memperhebatkan
14.
Pasukan bola baling Sekolah Kebangsaan Kota Setia gigih menjalani latihan. ________, mereka  menjuarai pertandingan itu.
a)
Setelah itu
b)
Kalau begitu
c)
Oleh itu
d)
Namun demikian
15.
Encik Muhamad tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana ________ sedang dirawat di hospital.
a)
dia
b)
kalian
c)
beliau 
d)
mereka
16.
Jamal ________ otak untuk mencari dan mengisi jawapan yang betul pada ruangan teka silang kata itu.
a)
memerah
b)
mengilap
c)
menerjah
d)
mencanai
17.
"Pihak ............ akan menyiasat aduan yang telah ........... buat ini dengan secepat mungkin,"kata pegawai polis itu.
a)
saya...awak
b)
kita...kalian
c)
kami...anda
d)
mereka...kamu
18.
Pak Cik Hassan sedang ........... pisaunya sehingga tajam dengan menggunakan batu asah.
a)
menggosok
b)
merincih
c)
memotong
d)
mengilir
19.
Mak Bedah meminta bantuan daripada beberapa orang rakannya kerana dia tidak........tempahan baju yang banyak itu.
a)
berjahit
b)
menjahit
c)
terjahit
d)
penjahit
20.
Terdapat sebuah telefon di......bilik hotel itu.
a)
tepi
b)
belekang
c)
penjuru
d)
samping
21.

Budak-budak itu..........................dikejar anjing.

a)

berlarian

b)

berlari

c)

melari diri

d)

berlari laju

22.

Pemimpin itu .......... ucapannya lebih awal kerana sakit tiba-tiba.

a)

menangguh

b)

memberhenti

c)

menamatkan

d)

memberi

23.

Fikirannya tidak tenang kerana ....... akan adiknya yang hilang.

a)

resah

b)

risau

c)

cemas

d)

gelisah

24.

Buah timun itu di...........

a)

bincang

b)

cam

c)

cincang

d)

cencang

25.

Filem animasi Boboy ............... di pawagam.

a)

dimainkan

b)

ditunjukkan

c)

ditontonkan

d)

ditayangkan