WorksheetsSEJARAH SPM T4
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
Mengapakah manusia memilih lembah sungai untuk petempatan mereka?
Lembah berpaya sesuai untuk pertahanan
Air banjir untuk mengairi tanaman
Tanah subur untuk pertanian
Sempadan menentukan sempadan politik
Mengapakah tamadun Indus mengalami kehancuran pada tahun 1800 SM?
I Bencana alam
II Serangan orang Aryan
III Pemberontakan rakyat
IV Kelemahan pemerintahan Asoka
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah yang menjadi teras perundangan tamadun China pada zaman Dinasti Chin?
I Hukuman berat
II Bersifat kolektif
III Sebagai pemulihan
IV Keputusan Pembesar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah di bawah merujuk kepada peningkatan sosial tamadun.
Yoga - Tamadun India
Yin dan Yang - Tamadun China
Mengapakah kedua-dua konsep di atas amat berpengaruh dalam kehidupan tamadun masing-masing?
Menghubungi roh si mati
Meramalkan bencana alam
Menentukan nasib seseorang
Mengimbangi kesihatan dalam kehidupan
Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan Angkor maju dalam bidang pertanian?
Sistem pengairan yang baik
Pelabuhan entrepot
Tentera yang kuat
Kedudukan yang strategik
- Angkor
- Srivijaya
Apakah persamaan kedua-dua kerajaan tersebut?
Menerima pertuanan China
Menerima pengaruh Hindu-Buddha
Menjalin perdagangan dengan Funan
Mengutamakan pendidikan bangsawan
Apakah faktor kemajuan masyarakat kerajaan maritim di Asia Tenggara?
kekayaan hasil pertanian
Kekayaan hasil hutan
Kemahiran membina kapal
Kemahiran membina terusan
Antara yang berikut, yang manakah sumbangan Tamadun Mesopotamia kepada peradaban manusia?
Mencipta kertas
Membina bandar terancang
Mencipta peralatan pertanian
Mengkatalogkan ubat-ubatan
Pada zaman Gupta, perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu telah berkembang dan meningkat. Hasil yang diperoleh daripada Alam Melayu ialah
I emas
II sutera
III rempah ratus
IV bedak wangi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Menurut Ibnu Khaldun, kehidupan bandar terbentuk apabila
kebudayaan maju.
lahir semangat kekitaan.
terdapat kemudahan asas.
wujud pemimpin berwibawa.
Apakah kaedah pembelajaran yang digunakan dalam sistem pendidikan tamadun India?
Membaca
Penulisan
Menghafal
Perbincangan
Raja Naramsin dari kerajaan Akkad mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Empat Penjuru Alam kerana baginda
membina zigurat.
mewakil Tuhan di muka bumi.
menguasai wilayah yang luas.
membina sistem pengairan.
Maharaja Shih Huang Ti merupakan seorang tokoh tamadun China yang terkenal. Apakah sumbangan beliau?
Mengasaskan Dinasti Han
Mengamalkan sistem feudal
Menyatukan seluruh China
Mendukung ajaran-ajaran Confucius
Mengapakah kerajaan maritim seperti Srivijaya perlu menguasai kawasan-kawasan pedalaman?
Membekalkan hasil perdagangan
Memerlukan negara penampan
Menyebarkan pengaruh agama
Meningkatkan imej kerajaan yang kuat
Mengapakah kemahiran membuat kapal layar dan perahu menjadi asas penting kepada kerajaan awal di Asia Tenggara?
Membentuk kerajaan berasaskan aktiviti kelautan
Menggalakkan aspek penerokaan dan penjelajahan
Menjadi sumber pekerjaan utama di pesisir pantai
Menjadi tumpuan para pedagang membaiki kerosakan kapal
Apakah sumbangan Imhotep?
Memperkenalkan kalendar
Membina sistem pengairan
Merancang pembinaan bandar baharu
Mencipta teknik pembinaan bangunan
Sistem pentadbiran awam China terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh Maharaja. Pelantikan pegawai ini adalah berasaskan kepada .....
keturunan anak-anak bangsawan.
tempoh perkhidmatan pegawai.
kelulusan dalam peperiksaan awam.
pencapaian dalam bidang perniagaan,
Plato, Aristotle dan Socrates merupakan tokoh yang bergiat dalam bidang yang sama. Apakah sumbangan ketiga-tiga tokoh tersebut?
Menyebarkan agama
Memperkenalkan geometri
Memajukan ilmu astronomi
Mengembangkan ilmu falsafah
Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan Srivijaya menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang dari India dan China?
Pelabuhan bebas
Penduduk ramai
Kegiatan intelektual
Kedudukan strategik
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan kemahiran dan teknologi yang dimiliki oleh penduduk Angkor?
Membina kota yang tersusun
Menghasilkan sistem pengairan
Mencipta kapal layar moden
Mengukir tulisan pada batu
Apakah kepentingan pintu gerbang dalam Tamadun Mesopotamia?
Lambang kekayaan
Panduan kapal dagang
Sempadan empayar
Simbol keagamaan
Bagaimanakah Rom menjadi sebuah republik pada tahun 509 SM?
Penaklukan orang gasar
Penjajahan Julius Caesar
Pertabalan Maharaja Augustus
Pemberontakan golongan patrician
Mengapakah kerajaan Funan berkembang daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim?
Kekayaan hasil laut
Pelabuhan yang strategik
Peningkatan hasil pertanian
Perubahan dasar pemerintahan
- Konsep dewa-raja
- Konsep orde kosmo
Mengapakah konsep di atas diamalkan oleh kerajaan awal di Asia Tenggara?
Mempelbagaikan istiadat istana
Mengekalkan pentadbiran yang adil
Menggambarkan upacara keagamaan
Memperkukuh kedudukan pemerintah
Apakah kesan pengamalan sikap terbuka dalam masyarakat tamadun Indus?
Perluasan pengaruh
Pertukaran teknologi
Penyebaran agama Hindu
Perkembangan bidang penulisan
Penganut agama Hindu berusaha untuk mencapai Moksya. Mengapakah mereka berbuat sedemikian?
Untuk dilahirkan semula
Untuk diberikan pengampunan
Untuk dimasukan ke dalam syurga
Untuk disatukan dengan Tuhan
Apakah sistem tulisan kerajaan Mesir Purba?
Hieroglif
Ideogram
Cuneiform
Piktograf
Mengapakah Shih Huang Ti menghapuskan pengaruh golongan bawahan?
Mengukuhkan kedudukan
Mendapat sokongan rakyat
Memajukan ekonomi negara
Membentuk sistem demokrasi
Mengapakah dua orang konsul dilantik mengetuai pentadbiran di Rom?
Menyekat pengaruh gereja
Mengimbangi kuasa pemerintah
Memperkukuh kedudukan tentera
Mengelakkan penjajahan asing
Apakah kesan Perjanjian Aqabah Kedua?
Pelantikan Khulafa al-Rasyidin
Penentangan puak Quraisy
Penamatan Zaman Jahiliah
Penghijrahan umat Islam
Mengapakah dakwah Islamiah pada peringkat awal di Makkah dilakukan secara rahsia?
I Bilangan umat Islam masih kecil
II Ajaran Islam belum lengkap
III Orang ramai tidak dapat mengetahuinya
IV Satu strategi dalam penyebaran Islam
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kepentingan peristiwa pembukaan semula Kota Makkah terhadap kerajaan Islam di Madinah?
Meningkatkan kemajuan ekonomi
Penerusan sistem kabilah
Memperkukuhkan negara
Pertambahan penduduk
Apakah kesan amalan sistem kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?
Memulakan persaingan kuasa
Memantapkan sistem pentadbiran
Mewujudkan semangat assabiah
Memperkukuh perpaduan antara suku
Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam?
Paksaan memeluk Islam
Prinsip persamaan taraf
Perbezaan dari segi pangkat
Pemimpin daripada suku berlainan
Mengapakah peperangan dibolehkan dalam Islam?
Meluaskan pengaruh
Mempertahankan diri
Melindungi pemimpin
Menjaa kepentingan ekonomi
Antara berikut yang manakah merupakan bentuk pemulauan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadap keluarga Nabi Muhammad saw?
Larangan berkahwin
Larangan bergerak
Larangan berhibur
Larangan memberikan pertolongan
Apakah implikasi turunnya surah al-Alaq sebagai wahyu pertama?
Pengakhiran zaman Jahiliah
Penyebaran dakwah Islam secara terbuka
Penghijrahan ke Madinah
Pengisytiharan Nabi Muhammad saw sebagai pesuruh Allah
Apakah peranan syeikh dalam sesuatu kabilah?
I Ketua agama
II Ketua kabilah
III Lambang perpaduan
IV Lambang keharmonian
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah tujuan sambutan Maal Hijrah diadakan?
Perjuangan umat Islam
Turunnya wahyu pertama
Kelahiran Nabi Muhammad saw
Pembukaan semula kota Makkah
Antara berikut, yang manakah merupakan sebab penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah?
I Jemputan penduduk Madinah
II Tawaran jawatan kepada baginda
III Strategi mengembangkan ekonomi
IV Tentangan hebat di Makkah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah?
I Orang Islam bebas memasuki Makkah
II Orang Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam Madinah
III Tawaran jawatan kepada Nabi Muhammad saw
IV Strategi orang Quraisy menyelamatkan Makkah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah berlakunya peperangan al-Basus semasa Zaman Jahiliah?
Mementingkan darjat
Mementingkan wanita
Mementingkan kawasan
Mementingkan puak
Bagaimanakah kedudukan orang Yahudi dalam Piagam Madinah?
I Diiktiraf sebagai penduduk Madinah
II Bebas menjalin hubungan dengan pihak luar
III Terlibat dalam pentadbiran negara
IV Dijamin keselamatan selagi setia
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Tindakan berikut dilakukan oleh Nabi Muhammad saw selepas tamatnya Perang Badar.
- Mengampunkan tawanan perang
- Membebaskan tawanan wanita
Apakah kesan daripada tindakan tersebut?
Suku yang bertelagah berdamai
Islam diterima dengan kerelaan
Kebebasan beragama diamalkan
Pengukuhan pentadbiran Islam
Bandar Pompei mempunyai sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan air sejauh 165km. Apakah tujuan pembinaan sistem saliran tersebut?
I Pertanian
II Pertahanan
III Perindustrian
IV Pengangkutan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah aspek latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata begitu penting dalam pendidikan di Sparta?
Melahirkan warga negara yang setia
Menetapkan amalan hidup yang sejahtera
Menghasilkan masyarakat yang seimbang
Melahirkan individu yang cemerlang
Apakah pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad saw ketika menyampaikan dakwah Islamiah?
I menunjukkan teladan yang baik
II memberikan ganjaran yang lumayan
III menguasai bidang perniagaan
IV membandingkan akhlak masyarakat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pelabuhan berikut adalah pelabuhan maritim pada zaman kerajaan awal di Tanah Melayu.
- Jenderam
- Hilir Klang
Apakah peranan pelabuhan tersebut?
Pelabuhan kerajaan
Pelabuhan pembekal
Pelabuhan entreport
Pelabuhan negeri
Sekiranya anda seorang warganegara lelaki di Athens, anda layak menggangotai ...
Dewan Senat.
Dewan Negara.
Dewan Rakyat.
Dewan Perhimpunan.
Maklumat berikut merujuk kepada hasil sastera Tamadun Mesopotamia.
- Epik Gilgamesh
Apakah kandungan hasil sastera tersebut?
Menggambarkan sistem ekonomi
Menghuraikan ilmu geometri
Menerangkan falsafah hidup
Menceritakan negara kota
