NEW
Font size
Worksheets60 soalan peribahasa
Total questions: 60
Worksheet time: 30mins
1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah
kerana dia _______________.
buta hati
buta huruf
buta kayu
buta gaji
2 Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap
___________________ .
anak buah
anak emas
anak tunggal
anak bongsu
3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual
kerana adik ___________________.
otak cair
otak udang
mulut murai
mulut tempayan
4 Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum
pergi ke sekolah.
alas perut
ikat perut
perut busuk
perut kosong
5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah
mendirikan rumah tangga.
anak saudara
anak tiri
anak manakan
anak beranak
6 Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai
jamuan mula dihidang.
langkah kanan
langkah bendul
langkah seribu
langkah kiri
7 Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya
walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
geli hati
makan hati
cekal hati
isi hati
8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom
Heboh.
harga diri
harga mati
tanda mata
tanda harga
9 Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah
dicerobohi pencuri.
pekak badak
lepas tangan
makan hati
tidur mati
10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para
penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
banyak mulut
berat sebelah
angkat kaki
lepas tangan
11 Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu
menyertai perlumbaan jalan kaki.
bagai cicak makan kapur
bagai kumbang putus tali
bagai itik pulang petang
bagai balak terendam
12 Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering
bergaduh walaupun perkara itu kecil.
bagai ayam disambar helang
bagai anjing dengan kucing
bagai katak di bawah tempurung
bagai melepaskan batuk di tangga
13 Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________
kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak
kerajaan.
bagai bulan jatuh ke riba
bagai kaca jatuh ke batu
bagai duri dalam daging
bagai ayam disambar helang
14 Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah
maut dalam kemalangan itu.
bagai melepas anjing tersepit
bagai dihiris dengan sembilu
bagai ayam disambar helang
bagai kaca jatuh ke batu
15 Oii Sik Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat
menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
seperti lipas kudung
seperti ayam berak kapur
seperti bulan penuh purnama
seperti kera sumbang
16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya
_________________________________ .
bagai mendukung biawak hidup
bagai ayam mengeram telur
bagai pahat dengan penukul
bagai wau putus tali
17 Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan
ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai menghitung bulu kambing
bagai berumah di tepi pantai
bagai anjing buruk kepala
18 Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan
jiran tetangganya __________________________________ .
seperti rumput di tepi jalan
seperti tikus jatuh ke beras
seperti mendukung biawak hidup
seperti sudah jatuh ditimpa tangga
19 Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok
seperti __________________________________ .
bumi dengan langit
aur ditarik songsang
pinang dibelah dua
ular kena palu
20 Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah
melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________ .
enau dalam belukar
kacang lupakan kulit
aur dengan tebing
dakwat dengan kertas
21 Salmi Farhana berasa _____________________ kerana gagal memecahkan
rekod dalam acara lompat tinggi.
makan hati
iri hati
ada hati
buah hati
22 Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya _____________
ke taman bunga.
ambil hati
ambil langkah
ambil ringan
ambil angin
23 Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam
pertandingan bercerita itu.
makan hati
jatuh hati
iri hati
ambil hati
24 Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi
_______________________ rakyat Malaysia.
buah tangan
buah mulut
buah hati
buah pena
25 ___________________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa suaminya
telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Makan hati
Hancur hati
Besar hati
Jatuh hati
26 ___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah
rumah kosong.
Air muka
Ada hati
Ada harapan
Air tangan
27 Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika menjalankan
tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
duit hantaran
duit pecah
duit raya
duit kopi
28 Cikgu Patricia Ang tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahui
anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.
ada angin
atas angin
naik angin
khabar angin
29 Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak
dan warna di kedai itu.
rambang mata
lupa daratan
serkap jarang
lipas kudung
30 Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program Hari
Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu
depan.
pasang badan
pasang telinga
ambil berat
ambil hati
31 Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu
menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
seperti mencurah garam ke laut
seperti kera mendapat bunga
seperti Belanda diberi tanah
seperti hujan jatuh ke pasir
32 Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang
mencukupi kerana baginya _____________________________ .
tepuk dada tanya selera
segan bertanya sesat jalan
harapkan pagar, pagar makan padi
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
33 Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika
mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
buang yang keruh ambil yang jernih
segan bertanya sesat jalan
sambil menyelam minum air
bagaimana acuan begitulah kuihnya
34 Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat,
namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.
rambut sama hitam, hati lain-lain
sambil menyelam minum air
ukur baju di badan sendiri
tepuk dada tanya selera
35 Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong
bagai ____________________________________ .
cincin dengan permata
kucing dengan anjing
aur dengan tebing
isi dengan kuku
36 Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya
kerana dia yakin _________________________________ .
lain di mulut lain di hati
tepuk dada tanya selera
indah khabar daripada rupa
belakang parang diasah lagikan tajam
37 Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti
semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.
seperti lembu dicucuk hidung
seperti anjing menyalak bukit
seperti tikus membaiki labu
seperti murai tercabut ekor
38 Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya
_________________________________ kerana semua nasihatnya tidak
mereka endahkan.
bagai haruan makan anak
bagai kambing dihalau ke air
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai melepaskan batuk di tangga
39 Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana
kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.
bagai gergaji dua mata
bagai pahat dengan penukul
bagai kucing kehilangan anak
bagai telur di hujung tanduk
40 Subramaniam seperti _____________________________________ kerana
banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.
katak di bawah tempurung
ayam disambar helang
kera mendapat bunga
murai tercabut ekor
41 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid terpaksa __________________ bagi
menyelesaikan kes keracunan makanan di kantin sekolah.
campur tangan
gila bayang
ambil ringan
bulat hati
42 Persembahan Nabil dalam rancangan Raja Lawak sungguh _______________
para penonton.
mengambil berat
mengambil tahu
menarik hati
mencuit hati
43 Semua guru tidak sepatutnya ____________ terhadap anak didiknya semasa
berada di dalam bilik darjah.
pilih kasih
patah hati
panas hati
perang mulut
44 Mohamad Zuhairi merupakan ___________________ pasukan bola baling
Daerah Manjung peringkat sekolah rendah.
lipas kudung
ayam tambatan
orang tengah
bekas tangan
45 Faridatul perlu menguatkan suara apabila bercakap kerana neneknya
___________________________ .
pasang telinga
telinga kuali
pekak badak
telinga lintah
46 Semua mangsa banjir di Batu Pahat __________________ untuk
menyelamatkan harta-benda mereka daripada dihanyutkan air.
mencari jalan
membuka jalan
mencari untung
membuka langkah
47 Penanam tembakau itu ________________ di tengah panas untuk mencari
rezeki menyara keluarga mereka.
curi tulang
tulang belakang
membanting tulang
ringan tulang
48 Penduduk Kampung Panchor _________________ sejak pukul lapan pagi untuk
membaiki jambatan yang rosak.
A
B
C
D
ringan tangan
ringan tulang
mandi kerbau
mandi keringat
49 Sabariah menarik diri dalam acara pertunjukan fesyen di sekolahnya kerana
dirinya yang _______________________ .
bidan terjun
bongkok udang
pening lalat
puteri lilin
50 Abang saya suka berenang manakala kakak hanya suka bermain di
______________ kerana dia takutkan ombak.
atas pagar
luar pagar
gigi air
bawah angin
51 Kehidupan Intan Najwa sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu
bapanya menjaganya ______________________________
bagai menatang minyak yang penuh
bagai kucing kehilangan anak
bagai kacang lupakan kulit
bagai aur dengan tebing
52 Perbuatan Imran menceritakan keburukan keluarganya itu
_____________________________ kepada jiran tetangganya.
seperti hujan jatuh ke pasir
seperti menanam tebu di bibir
seperti membuka pekung di dada
seperti musuh dalam selimut
53 Segala janji manis wakil insurans itu _________________________ kerana
setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi datang memberi perkhidmatan.
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai menyusu kera di hutan
bagai anjing menyalak bukit
bagai menanam tebu di bibir
54 Zulfa dan Hasnah tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Kaherah
___________________________________ .
seperti rusa masuk kampung
seperti kerbau dicucuk hidung
seperti kera mendapat bunga
seperti si buta kehilangan tongkat
55 Walaupun Badrul dan Badrin merupakan pasangan kembar, namun watak
mereka jauh berbeza ____________________________ .
seperti tikus jatuh ke beras
seperti langit dengan bumi
seperti pungguk rindukan bulan
seperti mentimun dengan durian
56 Balasenan seperti ____________________________ kerana telah berjaya
menjadi pemenang dalam peraduan menulis cerpen sempena Hari Kebangsaan
yang lalu.
katak disimbah air
gagak pulang ke benua
melukut di tepi gantang
harimau menyembunyikan kukunya
57 Pasangan Dato Khalid dan Datin Siti Norhasliza sememang sepadan jika
disatukan laksana ___________________________ .
lembu kasi
batik lasam
kunyit dengan kapur
garam dengan asam
58 Pelakon Maya Karin bagai ______________________ apabila dianugerahkan
Pelakon Wanita Terbaik tahun 2007.
melepas anjing tersepit
bulan penuh purnama
haruan makan anak
itik pulang petang
59 Abang Safuan ___________________________ kerana kamera yang cuba
dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.
bagai si kudung mendapat cincin
bagai anjing dengan kucing
bagai tikus membaiki labu
bagai kumbang putus tali
60 Kehidupan Sazniwati ___________________________ semenjak tinggal
bersama keluarga angkatnya yang kaya tetapi tidak membenarkannya keluar
seorang diri.
umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas, badan terkurung
umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga
umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang
