wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Adjektif

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Puan Aliya melabuhkan kain batik anaknya yang kelihatan ____________ itu.

a)

sempit

b)

ketat

c)

tinggi

d)

singkat

2.

Thaqif sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.

a)

tumpul

b)

tajam

c)

kasar

d)

kesat

3.

__________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kota Tinggi itu.

a)

Muram

b)

Indah

c)

Sayup

d)

Kelam

4.

Semenjak bergelar ibu tunggal, Puan Leha terpaksa bekerja __________ untuk menyara tujuh orang anaknya.

a)

keras

b)

lambat

c)

jarang

d)

cepat

5.

Kain selendang yang __________ buatannya itu hasil tenunan tangan.

a)

licin

b)

halus

c)

lembut

d)

kecil

6.

Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.

a)

hapak

b)

hancing

c)

tengik

d)

hanyir

7.

Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

a)

serak

b)

garau

c)

merdu

d)

sumbang

8.

Humaira yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang

walaupun dengan orang yang baru dikenalinya

a)

sombong

b)

ramah

c)

senang

d)

kasar

9.

Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri.

a)

suram

b)

muram

c)

lengang

d)

senyap

10.

Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.

a)

sempit

b)

senang

c)

luas

d)

lebar

11.

Tapak tangan Zafran _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya.

a)

menggerutu

b)

melecet

c)

menggelupas

d)

melecur

12.

Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak

wangi yang ________ itu

a)

busuk ....…tengik

b)

hanyir ......wangi

c)

hapak ….. harum

d)

hancing ….. mersik

13.

Harriz mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu.

a)

hairan

b)

sedih

c)

terkejut

d)

gembira

14.

"Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya," kata Izyan.

a)

harum

b)

masam

c)

lazat

d)

kelat

15.

Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.

a)

pantas

b)

kecang

c)

deras

d)

cepat

16.

Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.

a)

sopan

b)

lembut

c)

lemah

d)

teliti

17.

Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai.

a)

baru

b)

antik

c)

runtuh

d)

retak

18.

Maria berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya.

a)

pilu

b)

geram

c)

gusar

d)

marah

19.

Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.

a)

kesibukan

b)

kelalaian

c)

kelajuan

d)

keberanian

20.

Izzah berasa sangat _______ kerana dapat peluang melancong ke Korea.

a)

risau

b)

marah

c)

gembira

d)

bangga