Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ENGINE SERVICE(sistem pelinciran)

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi sistem pelinciran pada enjin?

a)

Menyejukkan enjin.

b)

Memudahkan enjin diselenggara.

c)

Mencegah karat pada komponen.

d)

Melancarkan pergerakan komponen.

2.

Pilih sifat-sifat yang terdapat pada minyak pelincir.


I. Dapat mencegah karat.

II. Memiliki suhu yang rendah.

III. Bertindak sebagai agen pencuci.

IV. Mencegah pembentukan karbon.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan S.A.E?

a)

The Security of Automotive Electrical.

b)

The Society of Automotive Engineers.

c)

The Security of Automotive Engineers.

d)

The Society of Automotive Engineering.

4.

Apakah definisi bagi minyak pelincir pelbagai kelikatan (multi grade)?

a)

Kecenderungan atau keupayaan minyak pelincir melawan suhu.

b)

Kecenderungan atau keupayaan minyak pelincir melawan pengaliran.

c)

Keupayaan takat pelinciran minyak mengikut suhu persekitaran samada musim sejuk atau panas.

d)

Minyak pelincir yang tidak dapat memenuhi keperluan kenderaan pada masa suhu rendah dan tinggi.

5.

Apakah maksud huruf ’W’ pada label SAE 20W-50 yang terdapat pada bekas minyak enjin?

a)

Water

b)

Winter

c)

Weight

d)

Weather

6.

Apakah kaedah untuk menentukan selang masa bagi penukaran minyak pelincir?

a)

Rujuk jadual servis berkala.

b)

Rujuk bacaan odometer kenderaan.

c)

Lihat perubahan warna pada minyak.

d)

Mengikut pendapat pemilik kenderaan.

7.

Apakah fungsi oil filter?

a)

Menyejukkan minyak enjin.

b)

Mengawal kadar kelikatan minyak enjin.

c)

Menapis kekotoran yang terdapat pada minyak enjin.

d)

Membenarkan minyak enjin digunakan dalam jangka masa panjang.

8.

Bagaimanakah selang masa servis bagi enjin ditentukan?

a)

Mengikut saiz enjin kenderaan.

b)

Berdasarkan kelajuan kenderaan dipandu.

c)

Mengikut jarak perjalanan dan tempoh penggunaan.

d)

Berdasarkan pengiraan jumlah kos bahan api mengikut jarak.

9.

Apakah kelebihan melakukan penyelenggaraan berkala pada enjin?

I. Kos pembaikan dapat dijimatkan.

II. Jangka hayat enjin dapat dipanjangkan.

III. Lebih kuasa dapat dibekalkan pada enjin.

IV. Banyak masalah pada enjin dapat dielakkan.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

10.

Berapakah selang masa yang sesuai untuk menukar penapis dan minyak enjin berasaskan mineral pada enjin?

a)

5,000 km

b)

10,000 km

c)

15,000 km

d)

20,000 km

11.

Apakah alat yang perlu digunakan bagi mengetatkan palam buang (drain plug) supaya ia mengikut spesifikasi pengeluar?

a)

Dial gauge

b)

Angle gauge

c)

Torque wrench

d)

Combination spanner

12.

Mengapakah kita perlu menetapkan kuantiti minyak pelincir yang perlu digunakan dengan tepat?


I. Untuk mengira kos terlibat.

II. Menambahkan kuasa enjin.

III. Mengelakkan pengisian berlebihan.

IV. Melindungi komponen dari gelinciran.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Pilih perkara yang perlu dilakukan sebelum kerja penukaran minyak pelincir dibuat.


I. Sediakan peralatan.

II. Uji kefungsian alat keselamatan.

III. Pasang fender cover pada kenderaan.

IV. Letakkan kenderaan di kawasan yang luas.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Susunkan langkah menukar minyak pelincir pada kenderaan mengikut turutan yang betul.


I. Buka drain plug.

II. Pasang drain plug dan ketatkan.

III. Buang minyak ke dalam bekas yang disediakan.

IV. Isi minyak baharu sehingga mencapai takat maksimum pada dipstick.

a)

I, II, III, IV

b)

I, III, II, IV

c)

II, III, IV, I

d)

III, II, I, IV

15.

Apakah langkah yang perlu dilakukan semasa mengesan punca kebocoran minyak pelincir pada bahagian enjin?


I. Periksa paras minyak.

II. Tambah kuantiti minyak.

III. Bersihkan lelehan minyak.

IV. Periksa pada keseluruhan bahagian.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Apakah kesan yang akan berlaku pada enjin sekiranya minyak pelincir diisi melebihi kuantiti yang ditetapkan?

a)

Operasi enjin lebih lancar.

b)

Menambahkan daya kilasan enjin.

c)

Minyak pelincir dapat digunakan lebih lama.

d)

Tekanan tinggi menyebabkan oil seal cepat bocor.

17.

Susunkan langkah persediaan sebelum memeriksa punca kebocoran minyak pelincir pada enjin mengikut turutan yang betul.


I. Jek kenderaan.

II. Periksa kebocoran.

III. Sangga kenderaan.

IV. Letakkan kenderaan di tempat rata.

a)

I, II, III, IV

b)

II, III, I, IV

c)

IV, I, III, II

d)

IV, III, II, I

18.

Pemeriksaan yang dilakukan terhadap paras minyak pelincir menunjukkan ianya kurang dari spesifikasi.


Apakah yang perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca masalah tersebut?

a)

Uji kendalian enjin.

b)

Lakukan rombak rawat.

c)

Semak rekod penyelenggaraan berkala.

d)

Periksa kebocoran pada bahagian enjin.