wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Makroekonomi Latihan 1(05)

Total questions: 10

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah yang bukan objektif dasar makroekonomi?

a)

Mengurangkan kadar kenaikan harga barang

b)

Mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi

c)

Menggalakkan setiap firma beroperasi pada tingkat optimum

d)

Mewujudkan imbangan pembayaran yang seimbang dan kadar pertukaran yang stabil

2.

Apabila Keluaran Negara Kasar (KNK) sebenar melebihi Keluaran Negara Kasar (KNK) potensi, kerajaan akan...

a)

menurunkan perbelanjaan kerajaan, menurunkan cukai, dan membeli surat jaminan kerajaan

b)

menurunkan perbelanjaan kerajaan, menaikkan cukai, dan menjual surat jaminan kerajaan

c)

menaikan perbelanjaan kerajaan, menurunkan cukai, dan menjual surat jaminan kerajaan

d)

menaikkan perbelanjaan kerajaan, menaikkan cukai, dan membeli surat jaminan kerajaan

3.

Jika Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar berkembang sebanyak 6% dan kadar pertumbuhan penduduk ialah 2%, ceteris paribus, purata taraf hidup rakyat akan ...

a)

kekal.

b)

menurun.

c)

meningkat.

d)

meningkat dua kali ganda.

4.

Dalam sebuah negara yang belum mencapai guna tenaga penuh,

a)

keluaran dalam negara tersebut boleh terus ditambah.

b)

tingkat pengangguran dalam negara tersebut adalah rendah.

c)

pendapatan dalam negara tersebut mencapai tingkat maksimum.

d)

pengangguran geseran dalam negara tersebut semakin meningkat.

5.

Jadual di atas menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah ekonomi. Berapakah nilai pendapatan negara bagi ekonomi di atas?

a)

RM 43 449 juta

b)

RM 47 823 juta

c)

RM 52 139 juta

d)

RM 58 884 juta

6.

Andaikan bahawa kos untuk mengeluarkan suatu barang ialah sebanyak RM 5 juta dan cukai tak langsung ialah sebanyak RM 1 juta. Jika kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM 1.5 juta, maka ...

a)

Keluaran Negara Kasar (KNK) lebih besar daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

b)

Keluaran Negara Kasar (KNK) Nominal lebih besar daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) benar.

c)

Keluaran Negara Kasar (KNK) pada kos faktor (kf) lebih besar daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) pada harga pasar (hp).

d)

Keluaran Negara Kasar (KNK) pada harga pasar (hp) lebih besar daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) pada kos faktor (kf).

7.

Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan bagi sebuah negara. Berapakah jumlah Keluaran Negara Bersih?

a)

RM 2 600 juta

b)

RM 3 080 juta

c)

RM 3 220 juta

d)

RM 4 240 juta

8.

Jadual di atas menunjukkan bahawa ekonomi negara itu selepas tahun 1995 semakin ...

a)

berkembang pesat.

b)

mantap dan kukuh.

c)

bergantung pada ekonomi luar.

d)

menuju ke arah amalan ekonomi tertutup.

9.

Andaikan bahawa dalam ekonomi dua sektor, kecenderungan mengguna sut (MPC) ialah 0.6. Pertambahan pelaburan sebanyak RM 650 juta akan meningkatkan pendapatan sebanyak ...

a)

RM 1 083 juta

b)

RM 1 625 juta

c)

RM 2 600 juta

d)

RM 3 900 juta

10.

Jika nilai kecenderungan mengguna sut ialah 0.75, ini menunjukkan bahawa ...

a)

25% daripada pertambahan pendapatan akan dibelanjakan.

b)

25% daripada pertambahan pendapatan akan ditabungkan.

c)

75% daripada pertambahan pendapatan akan ditabungkan.

d)

75% daripada pertambahan pendapatan akan dikeluarkan.