WorksheetsBM Bahagian A
Total questions: 28
Worksheet time: 24mins
Khepo Pang menanam tiga _____________ serai di tepi perigi.
petak
batang
rumpun
longgok
Encik Ang Tian Long _______________ kailnya apabila umpan kailnya diragut oleh ikan.
menarik
menegang
memintal
menyentak
Sekumpulan pegawai alam sekitar sedang membuat _________________ di sungai yang tercemar itu.
kajian
intipan
andaian
siasatan
Peserta acara lompat pagar itu _________________ untuk memenangi tempat pertama.
tangkis-menangkis
tolak-menolak
kejar-mengejar
asak-mengasak
Sze Min selalu teringat _______________ kenangan sewaktu bercuti di perkampungan Orang Asli itu.
akan
dengan
kepada
terhadap
Tayar motosikal Justin ____________ kerana tercucuk paku di atas jalan.
susut
lembik
bengkok
kempis
Encik Kok En pulang awal kerana dia hanya bekerja ____________ hari.
semua
seluruh
sesetengah
setengah
Segeralah persiapan kelengkapan untuk menyambut kepulangan putera _________," titah Sultan Bryan kepada Bendahara.
patik
hamba
beta
tuanku
Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahi ke bandar yang berhampiran.
berkhidmat
pedalaman
dipindahi
tiada kesalahan
Beraneka jenis kuih-muih tradisional Melayu dihidangkan oleh Puan Roslinda kepada tetamu yang berkunjung ke rumah baharunya.
kuih-muih
tetamu
baharunya
tiada kesalahan
Keadaan balai raya itu tidak terurus, semak samun tidak tertebang, dan tingkapnya pula sentiasa tertutup.
terurus
tertebang
tertutup
tiada kesalahan
Pesawat daripada Johor telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6:00 petang.
daripada
di
pada
tiada kesalahan
Atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan lancarnya kerana halangan angina yang bertiup kencang dari arah bertentangan.
tersohor
lancarnya
kencang
tiada kesalahan
Baginda telah berkenan untuk mencemar duli bagi menyempurnakan majlis pertandingan berbalas pantun itu.
berkenan
mencemar
menyempurnakan
tiada kesalahan
Saban hari, media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik sering menguar-uarkan masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja.
sama ada
ataupun
di dalam
tiada kesalahan
Kerja-kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses penanaman cerucuk dimulakan.
pembersihan
pembinaan
penanaman
tiada kesalahan
Kak Long sanggup berhenti kerja demi untuk menjalankan projek cili fertigasi.
berhenti kerja untuk
henti kerja demi untuk
diberhentikan kerja untuk
berhenti kerja demi untuk
Penempatan guru terlatih itu kebanyakannya bukan di desa tetapi di kota.
bukan di desa tetapi kota
bukan di desa atau di kota
tidak di desa tetapi di kota
bukan di desa tetapi di kota
Mesyuarat ahli jawatankuasa persatuan penduduk itu ditangguhkan selepas berbincang lain-lain perkara.
membincangkan tentang perkara-perkara lain
berbincang perkara-perkara lain
berbincang tentang perkara-perkara lain
berbincang lain-lain perkara
Orang tua di hujung kampung itu hanya bertemankan dengan kucingnya.
bertemankan kucingnya
berteman oleh kucingnya
ditemani dengan kucingnya
bertemankan dengan kucingnya
Di hari raya ramai tetamu datang ke rumah kami bagi menjalin hubungan silaturahim.
Di hari raya tetamu ramai
Pada hari raya ramai tamu
Pada hari raya banyak tetamu
Di hari raya ramai tetamu
" Apakah nama pengawal keselamatan yang bertugas pada hari ini? " tanya Encik Black.
Siapakah nama pengawal keselamatan
Berapakah nama pengawal keselamatan
Bagaimanakah nama pengawai keselamatan
Apakah nama pengawal keselamatan
Ming Hui menghadiahkan Hao Ze seutas rantai Mutiara sempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-30.
Ming Hui hadiah Haoze
Ming Hui menghadiah Hao Ze
Ming Hui menghadiahi Hao Ze
Ming Hui menghadiahkan Hao Ze
Jia Wen menangis teresak-esak apabila mengetahui semua barang-barang mainannya dibuang oleh ibunya.
semua barang mainannya
semua barang mainan-mainannya
kesemua barang-barang mainannya
semua barang-barang mainannya
Jika cuaca cerah, bandar Johor kelihatan begitu amat jelas sekali dari Gunung Pulai.
begitu amat jelas
begitu jelas sekali
amat terjelas sekali
begitu amat jelas sekali
Kami berharap agar kerusi roda yang disumbangkan oleh kami kepada pesakit itu dapat meringankan bebannya.
kami sumbangkan
kami menyumbang
disumbangkan kami
disumbangkan oleh kami
Penduduk Kampung Kulai saling bantu-membantu apabila mengadakan sesuatu kenduri.
saling membantu bila
bantu-membantu apabila
saling bantu-membantu bila
saling bantu-membantu apabila
Nelayan yang botnya karam itu terapung di laut selama berjam lamanya.
terapung di laut selama berjam-jam
terapung-apung di laut selama berjam
terapung-apung di laut selama berjam-jam
terapung di laut selama berjam
