NEW
Font size
WorksheetsKata Nama dan Kata Ganti Nama
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
“Sebentar lagi _______________ akan berangkat ke balairung seri untuk majlis bersama rakyat,” titah Sultan Alauddin Shah kepada laksamana.
tuanku
hamba
beta
patik
Jasa ________________ yang memperjuangkan tanah air wajar disanjungi dan dihargai.
ilmuwan
cendekiawan
olahragawan
negarawan
Dua orang pencuri itu diberkas oleh polis kerana ________________ telah meragut beg tangan seorang wanita.
dia
beliau
kamu
mereka
Encik Mohd Fuad, Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya. ______________ mula bertugas di sekolah itu sejak dua tahun yang lalu.
Dia
Baginda
Kalian
Beliau
“____________ berjanji akan membangunkan kawasan ini,” titah Sultan Azamuddin Shah.
Beta
Baginda
Tuanku
Patik
“Ucapan perasmian Program Jati Diri yang disampaikan oleh ________ jelas amat,” kata peserta kursus itu.
kalian
beliau
dia
ia
Pengakap Sekolah Kebangsaan Bukit Permai berjaya mengutip dana untuk persatuan _____________ berjumlah RM 3000.00 bagi membiayai aktiviti tahunan persatuan itu.
mereka
dia
nya
saya
Walaupun sudah menjadi seorang __________ hasil kejayaan perniagaannya, beliau tidak pernah melupakan kedua-dua orang tuanya.
jutawan
dermawan
karyawan
sasterawan
" ______ telah berjanji hendak belajar bersama-sama pada petang ini,” beritahu Rujh kepada Ibu Hisham.
Aku
Awak
Kami
Kita
Seorang _______ ternama sedang bermain golf sambil berbincang tentang urusan jual beli dengan rakan-rakannya.
siarawan
usahawan
peragawan
sejarawan
____________ hendak ke taman dan bersendirian di sana, ” titah Puteri Cempaka Sari kepada dayangnya.
Patik
Saya
Beta
Baginda
"__________ telah menyertai misi sukarelawan membantu mangsa-mangsa banjir kilat,” kata Safiah dan Rani.
Mereka
Aku
Dia
Kami
”_________, izinkan ______ ke taman untuk memetik bunga cempaka ,” pinta Sultanah Nurathirah Sari kepada Sultan Zharfan Syah.
Tuan hamba.......hamba
Kakanda.....adinda
Tuanku....hamba
Tuanku....patik
Pihak ___________ akan menyiasat aduan yang telah ___________ buat ini dengan secepat mungkin,” kata pegawai polis itu.
saya.....awak
kita....kalian
kami.......anda
mereka.....kamu
Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh _______ dengan suara yang lantang. *
juruacara
juruhebah
jurualas
jurucakap
