Font size
WorksheetsKATA ADJEKTIF PANCAINDERA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.
kelat
enak
manis
masam
Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu .
ghairah
asyik
tekun
leka
"Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya,"kata Ghani.
lazat
busuk
kelat
harum
Suasana di jalan raya pada waktu malam ________ betul.
bising
sunyi
terang
riuh
Angelababy seorang pelakon wanita yang _______ seperti bidadari.
cantik
hodoh
kacak
segak
Udara di Genting Highland sangat ________.
busuk
nyaman
panas
indah
Baju kurung itu diperbuat daripada kain yang ________.
lembut
kasar
keras
kesat
Suara penyanyi wanita itu sangat _________.
merdu
bising
menawan
pahit
Kek coklat yang dibeli oleh ibu sangat__________.
pahit
manis
pedas
masin
Bau kereta ayah sangat _______________ selepas ayah menyembur pewangi kereta.
harum
hamis
hapak
busuk
Penyanyi itu menyanyikan lagu dengan sangat ______________.
manis
merdu
masam
cantik
Kek lapis yang dibeli dari Sarawak sungguh ____________.
kesat
cantik
sedap
merdu
Buah rambutan di kebun Pak Cik Roshan sudah __________.
masak
hijau
kering
enak
Rambutnya berbau ______ selepas dicuci dengan syampu.
hapak
hancing
harum
hamis
Adik tidak suka makan ubat kerana rasanya ____________.
pahit
manis
masam
masin
Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________
hapak
tengik
hamis
haring
Air kopi itu terasa ___________ kerana belum dibubuh gula.
pahit
payau
kelat
masin
Telefon bimbit itu berbunyi sungguh ___________ sehingga mengganggu tumpuan kami.
merdu
nyaring
gemersik
bising
Minyak di dalam botol itu tidak boleh digunakan lagi kerana berbau ___________ .
hapak
tengik
busuk
harum
Buah peria yang ditanam di kebun Pak Samad ___________ sekali.
masam
kelat
pahit
masin
