WorksheetsPendidikan Moral T6 (Set 1)
Total questions: 30
Worksheet time: 23mins
Sekiranya kita bersikap positif terhadap orang lain, mereka akan
Menghargai kita
Membenci kita
Menjauhi kita
Memusuhi kita
Berikut merupakan nilai kerajinan yang boleh diamalkan, kecuali
Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu kerja.
Bersabar dan tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara
Membiarkan kejayaan datang dengan sendiri tanpa perlu berusaha.
Bercakap benar dalam semua perkara akan meninggikan harga diri kita. Apakah nilai yang terdapat dalam penyataan tersebut?
Kesederhanaan
Keberanian
Kerajinan
Kejujuran
Apakah yang dimaksudkan dengan golongan kurang upaya?
Golongan yang malas bekerja.
Golongan yang tidak berupaya belajar.
Golongan yang tidak pernah terlibat dengan kemalangan.
Golongan yang tidak sempurna tubuh badannya dan cacat anggota.
Berikut merupakan sikap individu yang amanah, kecuali
Menyiapakan tugas yang diberi dengan sempurna.
Membocorkan rahsia kawan kepada orang lain.
Menyampaikan sesuatu pesanan dengan tepat.
Melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh.
Murid-murid kelas Tahun 6 menghias kelas dengan ..............................agar dapat memenangi pertandingan keceriaan kelas.
Bersungguh-sungguh
Berpura-pura
Senyap
Jimat
Perkara berikut sering dilakukan orang yang berjaya, KECUALI ................................
berusaha dengan gigih
bermain permainan video
latihan berterusan
berdoa kepada Tuhan
Berdasarkan gambar di atas, apakah amalan yang baik untuk kesihatan?
Merokok
Bersenam
Makan snek
Menonton TV
Apakah ucapan yang perlu diungkapkan kepada jiran yang telah membantu kamu?
Syabas
Tahniah
Takziah
Terima kasih
Kurang tidur boleh menyebabkan kita .................................. di dalam kelas.
bersemangat
marah
mengantuk
seronok
Murid yang mempunyai budi pekerti ................................. akan disukai oleh rakan-rakan dan guru-guru.
rendah
sederhana
lemah
mulia
Bagaimanakah cara bercakap yang sesuai semasa meminta tolong?
Mendesak
Mengarah
Sopan santun
Memaksa
Berdasarkan gambar diberi, kita perlu .............................. jika ternampak individu yang merosakkan kemudahan awam.
berdiam diri
bersabar
menegur
menengking
Munirah menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya setiap tahun kerana dia mempunyai semangat .......................... dalam apa jua perkara yang dilakukannya.
tolong-menolong
berdaya maju
kesukanan
toleransi
Orang yang sentiasa mengamalkan nilai baik hati akan sentiasa memberikan sumbangan dengan ................................. untuk kebaikan orang lain.
Berani
Bertanggungjawab
Ikhlas
Sambil lewa
Annisa tinggal seorang diri di rumah pada waktu malam kerana ibubapanya menghadiri majlis rasmi. Dia perlu ................................
membuka pintu dan tingkap rumahnya.
mengunci pintu rumahnya.
letakkan kerusi depan pintu
merapatkan sahaja pintu rumahnya.
Bagaimanakah cara untuk kita menunjukkan penghargaan terhadap seseorang ?
Memberikan kasih sayang.
Berkongsi suka dan duka bersama.
Dengan ucapan takziah.
Dengan memberikan kad atau hadiah.
Rizal terjumpa sebuah dompet di kantin sekolah. Dia .............................
mengambil dan simpan dalam begnya.
mengambil dan membelanjakan wangnya.
mengambil dan serahkannya kepada guru.
mengambilnya dan terus buang dalam tong sampah.
Amanda sembahyang lima kali sehari. Apakah agama yang dianuti oleh Amanda ?
Agama Kristian
Agama Buddha
Agama Islam
Agama Hindu
Kita hendaklah ............................. kepercayaan dan adat resam kaum lain.
mempercayai
menghormati
memuji
mengejek
Orang yang yakin pada diri sendiri untuk melakukan sesuatu pasti akan ..........................
gagal
kecewa
berjaya
berduka
Pada pendapat kamu, apakah cara yang paling sesuai untuk memupuk rakyat Malaysia mencintai dan mengamalkan kebersihan persekitaran mereka?
Mengadakan aktiviti gotong-royong.
Meletakkan kamera litar tertutup untuk memantau pergerakan.
Menggalakkan murid-murid mengutip sampah.
Mengadakan kempen menjaga alam sekitar dan memberi kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga kebersihan.
Encik Teng .............................. atas pemberian yang diberikan oleh penduduk kampung kepada keluarganya setelah ditimpa bencana.
bertenang
bersyukur
berkecil hati
berduka
Penjagaan kesihatan dan ..................................... diri adalah tuntutan setiap agama di dunia.
pengetahuan
kegemaran
kebersihan
kemegahan
Apakah yang akan berlaku sekiranya kita melanggar peraturan sekolah? Berikut adalah akibatnya kecuali
Sekolah menjadi tidak terurus.
Menunjukkan bahawa kita tidak berdisiplin.
Guru sayang dengan kita.
Pelajaran akan merosot.
Kean Seng diajak oleh Ramu menghisap rokok. Apakah yang sepatutnya Kean Seng memberitahu atau nasihat secara berhemah kepada rakannya?
Boleh, apa salahnya.
Kamu pergilah ajak orang lain.
Berapa banyak yang kamu beli?
Saya tidak mahu. Rokok merbahayakan kesihatan.
Mengapakah dadah merbahaya ?
Kerana boleh mendekatkan diri dengan Tuhan.
Kerana boleh menjamin kesihatan diri.
Kerana akan memusnahkan masa depan.
Kerana keluarga dan diri akan dihormati oleh masyarakat.
Pembakaran secara terbuka boleh menyebabkan pencemaran ......................... dan merosakkan kualitinya.
Air
Udara
Tanah
Sungai
Berbaik-baik dengan jiran akan mewujudkan .......................... dalam kehidupan bermasyarakat.
Perselisihan
Persaingan
Kemesraan
Kemarahan
Mengapakah harta benda sekolah perlu dijaga dengan baik oleh semua murid?
Murid-murid tidak akan dapat belajar dengan baik tanpanya.
Menjaga imej pihak sekolah.
Murid-murid tidak akan memperoleh kejayaan tanpanya.
Mengelakkan kerosakan dan menambahkan perbelanjaan memperbaikinya.
