wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ekonomi Bab 2 Tingkatan 4

Total questions: 30

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah benar tentang keluk permintaan?

I Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan

II Penurunan harga menyebabkan permintaan berkurang

III Menunjukkan kuantiti yang diminta pada setiap tingkat

harga

IV Menunjukkan hubungan negatif antara kuantiti diminta dengan harga

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Permintaan pasaran ikan merujuk kepada..

a)

jumlah kuantiti ikan yang dijual oleh pengeluar pada tingkat harga tertentu.

b)

jumlah kuantiti ikan yang dibeli oleh semua pengguna pada tingkat harga tertentu

c)

jumlah kuantiti ikan yang diminta oleh semua pengguna pada tingkat harga dan jangka masa tertentu.

d)

jumlah kuantiti ikan yang dikeluarkan oleh semua pengeluar pada tingkat harga dan jangka masa tertentu

3.

Antara berikut , kumpulan yang manakah merupakan barang penggenap?

a)

Susu dan Keju

b)

Televisyen dan elektrik

c)

Daging kambing dan susu kambing

d)

Perkhidmatan teksi dan tambang teksi

4.

Peningkatan jumlah rumah di Kuala Lumpur menyebabkan permintaan tukang paip dan pendawai elektrik meningkat. Situasi ini menunjukkan..

a)

konsep barang pengganti

b)

konsep barang penggenap

c)

konsep keseimbangan pasaran

d)

konsep keanjalan harga permintaan

5.

Permintaan untuk televisyen meningkat jika..

a)

cukai pendapatan individu dinaikkan

b)

harga pemain cakera padat meningkat

c)

cukai untuk televisyen import meningkat

d)

yuran langganan ASTRO menurun

6.

Antara berikut , yang manakah akan mengurangkan permintaan terhadap ayam?

a)

Harga daging lembu menurun

b)

Pendapatan individu meningkat

c)

Perubahan dalam teknologi penternakan

d)

Kerajaan memberikan subsidi kepada penternak ayam

7.

Antara berikut yang manakah mungkin menyebabkan pergerakan di atas keluk permintaan kereta?

a)

Penurunan harga kereta

b)

Penurunan harga minyak petrol

c)

Kenaikan tambang pengangkutan awam

d)

Kenaikan premium insurans untuk motosikal

8.

Rajah di atas menunjukkan peralihan keluk permintaan bagi kereta tempatan jenama PERSONA.

Apakah yang menyebabkan keluk permintaan beralih dari DoDo ke D1D1?

a)

Penurunan harga kereta PERSONA

b)

Penurunan harga kereta import

c)

Penurunan pendapatan pengguna

d)

Kerajaan meningkatkan cukai terhadap kereta import

9.

Rajah menunjukkan keluk permintaan barang Z.

Apakah yang akan berlaku ke atas titik-titik pada keluk permintaan jika kempen promosi yang dijalankan untuk barang Z mencapai kejayaan?

a)

Titik G beralih ke titik H

b)

Titik G beralih ke titik E

c)

Titik F beralih ke titik G

d)

Titik F beralih ke titik E

10.

Rajah menunjukkan keluk penawaran barang X.

Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri keluk penawaran tersebut?

I Mempunyai kecerunan negatif

II Mencerun ke atas dari kiri ke kanan

III Hubungan langsung antara harga dan kuantiti ditawarkan

IV Semakin rendah harga barang X semakin tinggi kuantiti ditawarkan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Syarikat Hadi Berhad bercadang untuk menambahkan penawaran pakaian sebanyak 30% untuk pasaran tempatan.

Peningkatan penawaran ini mungkin disebabkan oleh

a)

Penurunan kos upah

b)

peningkatan sewa kilang

c)

penurunan harga pakaian

d)

peningkatan cukai ke atas bahan

12.

Antara berikut , yang manakah menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan?

I Peningkatan teknologi

II Penurunan kadar subsidi

III Peningkatan kos bahan mentah

IV Matlamat pengeluar memaksimumkan output

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Maksud kuantiti keseimbangan ialah..

a)

jualan purat firma untuk satu tahun

b)

keluaran purata firma untuk satu tahun

c)

satu keadaan di mana firma memperoleh keuntunga maksimum

d)

tingkat pengeluaran di mana keluk permintaan dan keluk penawaran bersilang antara satu sama lain.

14.

Jadual menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan sesuatu barang.

Apakah kesan kepada pasaran jika harga pada RM9?

a)

Berlaku lebihan penawaran

b)

Berlaku lebihan permintaan

c)

Harga cenderung untuk naik

d)

Harga cenderung untuk tidak berubah

15.

Rajah menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran sesuatu barang. Keseimbangan pasaran ditunjukkan oleh titik E.

Berapakah jumlah lebihan permintaan pada tingkat harga P1?

a)

HF

b)

GI

c)

HI

d)

FE

16.

Rajah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran suatu barang.

Apakah yang akan berlaku apabila harga turun lebih rendah daripada Po?

a)

Tingkat harga cenderung untuk menurun lagi

b)

Berlakunya lebihan penawaran dalam pasaran

c)

Kuantiti permintaan pasaran kurang daripada kuantiti penawaran pasaran

d)

Kuantiti penawaran pasaran kurang daripada kuantiti permintaan pasaran

17.

Rajah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran buku.

Apakah yang akan berlaku dalam pasaran apabila tingkat harga berada pada RM12?

I Harga cenderung menurun

II Keseimbangan pasaran dicapai

III Lebihan permintaan sebanyak 4 unit

IV Lebihan penawaran sebanyak 4 unit

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Apakah kesan kepada perabot kayu jika permintaan berkurang tetapi penawaran tetap?

a)

Berlaku lebihan penawaran dan harga akan naik

b)

Berlaku lebihan permintaan dan harga akan naik

c)

Berlaku lebihan penawaran dan harga akan jatuh

d)

Berlaku lebihan permintaan dan harga akan jatuh

19.

Apakah yan dimaksudkan dengan keanjalan harga permintaan?

a)

Ukuran perubahan harga akibat daripada perubahan pendapatan

b)

Ukuran perubahan kuantiti diminta akibat daripada perubahan harga

c)

Ukuran perubahan harga akibat daripada perubahan kuantiti diminta

d)

Ukuran perubahan kuantiti diminta akibta daripada perubahan pendapatan

20.

Rajah menunjukkan keluk permintaan untuk barang P.

Hitungkan pekali keanjalan harga permintaan barang tersebut.

a)

0.4

b)

1.0

c)

1.4

d)

3.5

21.

Apakah yang ditunjukkan oleh tanda negatif pada keanjalan harga permintaan ?

a)

Hubungan positif antara harga dengan kuantiti diminta

b)

Hubungan mutlak antara harga dengan kuantiti diminta

c)

Hubungan langsung antara harga dengan kuantiti diminta

d)

Hubungan songsang antara harga dengan kuantiti diminta

22.

Satu kajian menunjukkan nilai keanjalan harga permintaan kasut di Malaysia adalah 1.5.

Apakah kesimpulan yang boleh didapati dalam pernyataan tersebut?

a)

Permintaan kasut adalah tak anjal

b)

Penjual harus menaikkan harga jualan untuk memaksimumkan keuntungan

c)

Peratus perubahan harga adalah lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti diminta kasut

d)

Kenaikan harga kasut sebanyak 1% akan menyebabkan pengurangan kuantiti diminta sebanyak 1.5%

23.

Antara berikut yang manakah akan mempengaruhi keanjalan permintaan televisyen?

a)

Kadar faedah

b)

Bilangan barang pengganti

c)

Tarikh pengeluaran televisyen

d)

Perubahan cita rasa pengguna

24.

Hitungkan keanjalan harga penawaran bagi barang apabila harganya naik daripada RM 250 kepada RM 300.

a)

0.2

b)

0.5

c)

2.0

d)

5.0

25.

Jika nilai pekali keanjalan harga penawaran bagi barang H adalah 2.0, kenaikan harga sebanyak 40% akan menyebabkan kuantiti ditawar

a)

naik sebanyak 20%

b)

naik sebanyak 80%

c)

turun sebanyak 20%

d)

turun sebanyak 20%

26.

Keanjalan harga penawaran pakaian adalah 3.0.

Kenaikan harga pakaian daripada RM10 kepada RM12 akan meningkatkan jumlah penawaran pakaian daripada 1000 unit kepada berapa unit?

a)

1006 unit

b)

1060 unit

c)

1066 unit

d)

1600 unit

27.

Peratus perubahan kuantiti barang W adalah lebih besar daripada peratus perubahan harga barang W.

Apakah jenis keanjalan harga penawaran bagi barang tersebut?

a)

Anjal

b)

Anjal satu

c)

Tak anjal

d)

Anjal uniti

28.

Antara berikut , barang yang manakah mempunyai pekali keanjalan harga penawaran kurang daripada satu?

a)

Kereta

b)

Komputer

c)

Televisyen

d)

Kelapa sawit

29.

Antara berikut, yang manakah akan menyebabkan penawaran barang T anjal?

a)

Firma mempunyai stok barang T yang banyak

b)

Mobiliti faktor pengeluaran barang T adalah rendah

c)

Bilangan firma yang mengeluarkan barang T adalah sedikit dalam pasaran

d)

Penambahan kuantiti barang T memerlukan tambahan kos pengeluaran yang besar

30.

Konsep keanjalan harga permintaan penting untuk

a)

mengira kadar inflasi

b)

mengenalpasti jenis kos pengeluaran firma

c)

mengira pendapatan boleh guna syarikat

d)

mengenal pasti corak perubahan perbelanjaan pengguna