wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET 3 BM PT3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pelayan restoran itu sedang ______ makanan untuk pelanggannya.

a)

menjulang

b)

mengangkat

c)

menatang

d)

menjunjung

2.

Perjumpaan Hari Keluarga diadakan bertujuan agar ahli-ahlinya dapat ______ antara satu sama lain.

a)

tahu-menahu

b)

tengok-menengok

c)

soal-menyoal

d)

kenal-mengenal

3.

Badannya kelihatan ______ akibat tidak lalu makan selama beberapa hari.

a)

kecut

b)

surut

c)

lurut

d)

susut

4.

Jentera berat digunakan untuk meratakan tanah sehingga menjadi ______ sebelum dibuat jalan raya.

a)

mampat

b)

rapat

c)

sendat

d)

berat

5.

Walaupun arahan untuk meninggalkan kawasan itu telah diberikan, namun terdapat sebilangan penduduk yang ______ belum berbuat demikian.

a)

sungguh

b)

sekali

c)

selalu

d)

masih

6.

Seharusnya, kita perlu lebih ______ dalam menghadapi dunia perniagaan yang begitu mencabar.

a)

kuat kuasa

b)

kuat duga

c)

kuat usaha

d)

kuat cuba

7.

pihak kerajaan telah menunjukkan data-data ______ menjawab soalan daripada pihak pembangkang.

a)

untuk

b)

yang

c)

agar

d)

supaya

8.

Amin ______ di atas lantai apabila terpijak kulit pisang.

a)

terjerumus

b)

tersungkur

c)

terjelepok

d)

terkedek

9.

Oleh sebab ayahnya bertugas sebagai anggota tentera, mereka sekeluarga sering ______.

a)

ulang-alik

b)

pindah-randah

c)

bolak-balik

d)

bongkar-bangkir

10.

Ramesh terpaksa menjual tanah pusakanya di kampung kerana _______ wang untuk membiayai pembedahan jantung anaknya.

a)

kesusahan

b)

kemuflisan

c)

kebanyakan

d)

kesempitan

11.

“______ sedia melaksanakan tugas yang dititah oleh tuanku,” kata Laksamana kepada Bendahara.

a)

hamba

b)

patik

c)

saya

d)

beta

12.

Amsari terlalu ______ memancing ikan sehingga tidak menyedari hari sudah senja.

a)

gembira

b)

ghairah

c)

gelojoh

d)

girang

13.

Bantuan makanan itu ______ dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir tersebut.

a)

sekurang-kurangnya

b)

secukup-cukupnya

c)

sebaik-baiknya

d)

seada-adanya

14.

Pihak sekolah akan memberikan bantuan ______ para pelajar yang kurang berkemampuan dan cemerlang dalam akademik.

a)

bagi

b)

pada

c)

untuk

d)

kepada

15.

Suasana _______ menyelubungi kampung itu pada waktu subuh.

a)

ceria

b)

bening

c)

senyap

d)

lengang

16.

Rumah kos rendah itu dibina ______ mereka yang berpendapatan rendah.

a)

terhadap

b)

untuk

c)

oleh

d)

kepada

17.

Sebelum pergi ke sekolah setiap pagi, saya akan ______ adik kecil saya yang berusia empat bulan hingga dia ketawa.

a)

menepuk-nepuk

b)

mengetuk-ngetuk

c)

mengoncang-goncang

d)

mengagah-agah

18.

Buah yang disimpan lama akan menjadi ______ dan tidak boleh dimakan.

a)

magang

b)

masak

c)

ranum

d)

matang

19.

Mak Limah kerap _______ perkara lama apabila dia naik marah terhadap suami dan anak-anaknya.

a)

membebel-bebel

b)

mengenang-ngenang

c)

mengingat-ingat

d)

mengungkit-ungkit

20.

Lelaki tua itu kelihatan ______ menganyuh sebuah beca.

a)

terkial-kial

b)

terenjut-enjut

c)

terkapai-kapai

d)

terhuyung-hayang