NEW
Font size
WorksheetsBAB 2 PASARAN
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Menurut hukum permintaan hubungan antara kuantiti yang diminta dengan harga digambarkan oleh
keluk permintaan menegak
keluk permintaan mendatar
keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan
keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
Apakah hubungan yang ditunjukkan oleh keluk permintaan sesuatu barang?
Kuantiti barang X yang dijual dengan harga barang X
Kuantiti barang Y yang dijual dengan harga barang Y
Kuantiti barang X yang diminta dengan harga barang Y
Kuantiti barang X yang diminta dengan harga barang X
Dalam ekonomi, permintaan pasaran ditakrifkan sebagai
kuantiti barang yang diminta oleh semua pengguna dalam pasaran pada pelbagai tingkat harga dalam tempoh masa tertentu
kuantiti barang yang diminta oleh individu pada pelbagai tingkat harga dalam tempoh masa tertentu
kuantiti barang yang diminta oleh pengeluar dalam tempoh tertentu pada tingkat harga tertentu
Kuantiti barang yang diminta oleh semua pengguna dalam pasaran
Apakah faktor yang menyebabkan berlaku perubahan daripada kuantiti Q0 ke Q1 dalam gambarajah di atas?
kempen iklan tidak berjaya
pendapatan individu berkurangan
harga barang berkenaan menurun
cukai pendapatan individu menurun
Apabila harga barang X meningkat, permintaan barang Y juga meningkat. Antara berikut berikut yang manakah mewakili barang X dan Y.
X = Milo , Y = Gula
X = Kasut , Y = Stokin
X = Ayam , Y = Ikan
X = Kerusi , Y = Meja
Apabila harga barang P naik, permintaan barang Q turun dan permintaan barang R naik.
Apakah hubungan antara barang P, Q dan R?
Barang Q dengan barang R adalah barang pengganti bagi barang P
Barang Q dan barang R adalah barang penggenap bagi barang P
Barang Q adalah barang pengganti dan barang R adalah barang penggenap bagi barang P
Barang Q adalah barang penggenap dan barang R adalah barang pengganti bagi barang P
Antara berikut faktor manakah yang boleh menyebabkan keluk permintaan seseorang pengguna akan beralih ke kanan
Harga barang penggenap meningkat
Harga barang pengganti meningkat
Pendapatan boleh guna menurun
Harga barang itu turun
Maklumat berikut boleh menyebabkan perubahan dalam permintaan barang Z.
*Harga barang Z dijangka menurun pada masa depan*
*Kadar cukai pendapatan individu ditingkatkan*
Keluk manakah menunjukkan perubahan permintaan bagi barang Z?
Jadual menunjukkan permintaan empat individu bagi barang Z.
Hitungkan jumlah permintaan barang Z bagi individu F dan H pada tingkat RM6.00.
410
504
1294
2432
Berdasarkan jadual , pernyataan manakah benar tentang faktor yang menyebabkan perubahan permintaan pada bulan Jun.
Penurunan tambang pengangkutan awam
Syarikat kewangan mengetatkan syarat sewa beli
Kerajaan mengarahkan penurunan dalam kadar faedah
Harga minyak petrol meningkat
Rajah di atas menunjukkan keluk penawaran Firma X. Keluk tersebut menunjukkan
kuantiti mempunyai hubungan langsung dengan harga
kuantiti mempunyai hubungan songsang dengan harga
harga dipengaruhi oleh perubahan kuantiti
kuantiti tidak dipengaruhi oleh harga
Selain daripada harga barang itu sendiri, faktor manakah yang menyebabkan penawaran bertambah?
Perubahan cita rasa
Pertambahan penduduk
Perubahan agihan pendapatan
Perkembangan dalam teknologi
Rajah manakah yang menunjukkan kesan tindakan pemberian subsidi kepada penawaran getah?
Berapakah kuantiti yang diminta oleh individu T pada tingkat harga RM5 jika Dp ialah keluk permintaan pasaran?
5 unit
7 unit
10 unit
15 unit
Jadual menunjukkan penawaran biskut oleh 3 buah firma di pasaran. Pilih pernyataan yang benar.
Pada tingkat harga RM5, penawaran pasaran bagi biskut ialah 30 kg
Pada tingkat harga RM3, penawaran pasaran bagi biskut ialah 31 kg
Penawaran biskut di pasaran berkurang sebanyak 12 kg apabila harga barang turun dari RM5 ke RM4
Penawaran biskut bertambah sebanyak 13 kg apabila harga barang naik dari RM3 ke RM4
Berapakah kuantiti yang ditawarkan oleh firma D jika penawaran pasaran pada tingkat harga RM15 ialah 57?
49
42
23
21
Apakah yang menyebabkan keluk penawaran buah belanda beralih ke kiri?
Kos pengeluaran menurun
Penggunaan teknologi moden
Cuaca panas tanpa hujan
Kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar
Laut bergelora dengan ombak setinggi 4 meter dijangka berterusan sehingga minggu depan. Keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil. Apakah kesan peristiwa ini kepada keluk penawaran ikan?
keluk penawaran ikan tidak berubah
keluk penawaran ikan beralih ke kanan
keluk penawaran ikan beralih ke kiri
Keluk penawaran ikan bergerak ke atas
Rajah manakah yang menerangkan keluk penawaran pasaran bagi barang Q?
Berapakah penawaran pasaran pada tingkat harga RM4?
20 unit
30 unit
45 unit
68 unit
Antara berikut yang manakah benar tentang keluk permintaan?
Hubungan antara harga dan kuantiti
Penurunan harga menyebabkan permintaan berkurangan
Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan
Menunjukkan kuantiti yang diminta pada setiap tingkat harga
Rajah 1 menunjukkan keluk permintaan suatu barang. Faktor manakah yang menyebabkan peralihan keluk dari D0D0 ke D1D1
Harga barang itu meningkat
Jangkaan harga masa depan naik
Pendapatan pengguna menurun
Harga barang penggenap meningkat
Rajah berikut menunjukkan pergerakan titik B ke A di sepanjang keluk permintaan. Apakah faktor yang menyebabkan pergerakan titik dari B ke A ?
Kenaikan harga barang penggenap
Kejatuhan harga barang penggenap
Kenaikan harga barang itu sendiri
Kejatuhan harga barang itu sendiri
Jadual berikut menunjukkan permintaan bagi empat individu bagi Barang Q. Hitungkan jumlah permintaan Barang Q bagi Individu S dan Individu U pada harga RM9.
1 130
1 320
1 340
1 800
Rajah berikut menunjukkan keluk-keluk permintaan individu dan keluk permintaan suatu barang. Berapakah kuantiti yang diminta oleh individu T pada tingkat harga RM5 jika DP ialah keluk permintaan pasaran?
10 unit
15 unit
20 unit
35 unit
Maklumat berikut berkaitan dengan satu penentu permintaan ke atas suatu barang. Rajah manakah yang menunjukkan kesan kepada permintaan pada masa sekarang?
Pilih pasangan yang betul tentang perubahan penentu penawaran terhadap penawaran sesuatu barang.
Jadual berikut menunjukkan hubungan antara harga sejenis ikan dengan kuantiti yang diminta oleh pemborong P, Q dan R. Jika kuantiti penawaran pasaran ikan tersebut ialah 200 kg, berapakah tingkat harga keseimbangan pasaran?
RM10
RM20
RM30
RM40
Rajah berikut menunjukkan keluk permintan dan keluk penawaran bagi pasaran ayam. Perubahan keseimbangan dari E0 ke E1 adalah kerana
kenaikan makanan ayam
peningkatan cukai pendapatan
kenaikan harga ikan
kejatuhan pendapatan pengguna
Permintaan berkesan ialah permintaan yang disokong oleh kuasa beli
BETUL
SALAH
10. Jika harga komputer turun daripada RM2 500 kepada RM2 000, kuantiti dimintameningkat sebanyak 25%. Berapakah nilai keanjalan harga komputer tersebut?
0.20
0.80
1.00
1.25
Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi buah manggis.
Berapakan nilai keanjalan harga permintaan apabila harga berubah dari RM2 ke RM1?.
0.40
0.50
0.60
6.00
Kenaikan harga barang R sebanyak 45% telah menyebabkan permintaan menurun sebanyak 20% Hitungkan nilai pekali keanjalan harga permintaan bagi barang R.
0.20
0.44
0.45
2.25
Jadual di bawah ini menunjukkan peratus perubahan kuantiti diminta dan peratus perubahan harga bagi dua jenis barang. Apakah jenis keanjalan harga permintaan bagi barang T dan barang U?
Barang T - Anjal
Barang U - Tak Anjal
Barang T - Tak Anjal
Barang U - Anjal
Barang T - Anjal
Barang U - Anjal
Barang T - Tak Anjal
Barang U - Tak Anjal
Tafsirkan nilai untuk keanjalan harga penawaran 0.5.
apabila harga meningkat 1%, kuantiti ditawarkan meningkat 0.5%
apabila harga meningkat 1%, kuantiti ditawarkan menurun 0.5%
apabila harga menurun 0.5%, kuantiti ditawarkan berkurang 1%
apabila harga menurun 0.5%, kuantiti ditawarkan meningkat 1%
Rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan (DD) bagi barang X. Berapakah kuantiti barang X jika nilai keanjalan harga permintaan barang tersebut 0.6?
32 unit
48 unit
64 unit
112 unit
Rajah di bawah menunjukkan kesan cukai terhadap permintaan tak anjal. Apakah kesan kepada pengeluar?
beban cukai pengeluar lebih kecil daripada beban cukai pembeli.
beban cukai pengeluar lebih besar daripada beban cukai pembeli
beban cukai pengeluar lebih setara dengan beban cukai pembeli
beban cukai pengeluar lebih seimbang dengan beban cukai pembeli.
Berikut adalah penentu keanjalan penawaran kecuali
Tambahan kos
Ketahan bahan
Corak penggunaan faktor pengeluaran
Mobiliti faktor pengeluaran
Apabila harga barang pertanian naik pengeluarannya boleh terus bertambah serta merta.
BETUL
SALAH
Jika permintaan terhadap sesuatu barang adalah tak anjal, peningkatan harga menyebabkan jumlah hasil turit meningkat.
BETUL
SALAH
